Subscribe:

Pages

Tuesday, January 17, 2012

Akan Datang...

Riesha melabuhkan punggung di atas katil biliknya. Masih terasa akan kepenatan memandu kereta dari Shah Alam hingga ke kampungnya di Ipoh, Perak. Dia mengurut bahunya perlahan. Entah kenapa minggu ini dia terasa seperti mahu pulang ke kampung dia sendiri tiada jawapannya. Baru sahaja mahu berbaring pintu biliknya diketuk beberapa kali dari luar.

“Angah, adik ni… boleh masuk?” laung Aien dari luar.

“Masuklah, angah tak kunci pintu pun.”

Aien masuk lalu duduk di birai katil. Tangannya memegang sesuatu.

“Angah, adik ada sesuatu untuk angah… Nah, ni ada surat untuk angah.” Aien menghulurkan sampul surat kepada Riesha. Riesha menyambutnya lalu meletakkan sampul surat itu di tepi bantal.

“Aik, tak nak buka ke? Macam dari K.L je surat tu. BF angah kirim ye?” Aien sudah tersengih di hadapan Riesha.

“Hish, budak ni busybody betul… Angah mana ada BF…”

“Tak kan lah…”

“Iye… kalau ada dah lama angah kahwin tahu tak?”

“Yelah tu… adik keluar dululah. Malas layan angah. Jawapan tak pernahnya betul. Layan tv lagi baik.” Aien terus berlalu dari situ.

“Adik, nakal ye!” jerit Riesha geram. Namun dia tersenyum mengenangkan kenakalan adiknya nan satu. Selalu mengusiknya jika ada peluang. Dik, kau bertuah masih lagi tidak mengenali alam kedewasaan. Tidak tahu suka duka kehidupan dan paling penting kau tidak tahu apa itu yang dipanggil cinta. Jika kau tahu pasti kau juga akan mengalami keadaan yang sama seperti angahmu ini.

Riesha merebahkan kembali tubuhnya. Meneruskan kembali pembaringannya. Dia mengiring ke sisi. Pandangannya kini tertumpu pada sampul surat berwarna oren susu yang dibiarkan terdampar di situ. Siapa yang kirim ye? Untuk aku pula tu… Ah, biarkan jelah. Karang-karang jelah baru buka. Riesha mengalih posisi baringan. Kelopak matanya ditutup tetapi hatinya seperti ditarik-tarik untuk membuka sampul surat tersebut. Dia kembali mengiring ke a rah sampul surat. Dipandang lama barulah sampul surat diambil. Ketika jemari menyentuh, hatinya kian berdebar.

Dari Selangor. Siapa yang kirim ni? Debaran semakin menggegar jiwanya. Sebaik sahaja sampul surat terbuka, sekeping kad berwarna oren susu yang indah dan berbau harum tergenggam kemas di jemari Riesha. Seperti tahu gerangan siapakah pemiliknya. Lemah segala urat saraf serta di seluruh sendi tubuh. Mengeletar kedua-dua belah tangannya tatkala ini. Bola matanya tertacap pada nama yang tertera di bucu kad tersebut. Dirasakan seperti hati tertusuk sembilu. Sakit. Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini… ku bermohon kepadamu…

Walimatus urus

ZAINAL BIN MOHAMED & AZIAH BINTI AZLAN

Serta seisi keluarga…

Dengan keizinan Allah s.w.t ke atas hambanya yang merancang, kami sekeluarga sepakat mempersilakan CIK NUR AIRIESHA ke majlis putera kami:

AIRIEL IZDHIHAM BIN ZAINAL

Dengan pasangannya

SHAHIDATUL MAISARAH BINTI KHAIRUDDIN…

Tanpa disedari air hangat laju mengalir membasahi pipi gebu Riesha. Segala-galanya sudah berakhir. Apa yang menjadi igauan serta ketakutan Riesha selama ini kini sudah ternyata benar.

1 comment:

SitiEiha said...

akak..
waa..cm best...
cpt22..nk baca..ngeee
love u akk!

Post a Comment

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!