Sudah seminggu Umairah menjadi pelajar di SMK Tunas Bakti. Selama itulah juga dia Berjaya menyembunyikan identiti dirinya yang sebenar. Keputusannya untuk meneruskan pelajaran dalam mengambil STPM betul-betul mengejutkan banyak pihak. Berdasarkan keputusan SPMnya seharusnya dia memilih dimana-mana universiti di negara ini untuk menyambung pengajiannya. Ataupun memilih untuk belajar di luar negara. Walau apa pun itu adalah keputusannya. Orang lain tiada hak untuk mempertikaikannya.
Pagi itu Umairah terbangun lewat. Gara-gara penat membuat persembahan pada malam semalam. Dia tergesa-gesa menyiapkan dirinya untuk ke sekolah. Dia melihat jam tangan yang menunjukkan pukul 7.20 minit pagi.
“Mampus aku… dah lambat dah ni!” Umairah terus mencapai basikal yang berada di perkarangan rumah sewanya. Kakinya laju mengayuh basikal supaya cepat sampai ke sekolah.
Setelah penat berhempas pulas mengayuh basikal melewati jalanraya menuju ke sekolah, akhirnya sampai juga dia di hadapan pintu pagar sekolah. Dilihatnya beberapa orang pengawas yang bertugas menjaga di hadapan pintu pagar sekolah telah terpacak di hadapan. Direnung lagi jam di pergelangan tangan.
Nasib aku sempat lagi. Masih ada lima mint lagi. Tak payah aku nak tergesa-gesa. Umairah mahu meneruskan langkahnya tetapi ada sesuatu yang mematikan langkahnya di situ.
Alamak! Dia ada kat situ… macam mana ni? Ah, apa aku kisah. Bukannya aku lambat pun. Masih ada lima minit lagi masa. Umairah meneruskan langkahnya mengusung basikal menuju ke pintu pagar sekolah.
“Nanti dulu! Awak sila ke tepi.” Seorang pengawas lelaki yang berbadan tegap serta tinggi itu menghalang perjalanan Umairah.
“Kenapa pula saya ditahan? Saya tak lewatlah. Masih ada masa lima minit lagi.” Umairah mempertahankan dirinya. Kenapa pula aku ditahan? Bukan ke banyak masa lagi. Alah, habislah aku… nama aku dah naik. Dalam keterpaksaan Umairah mengikut juga arahan dari pengawas tersebut.
“Kad pelajar awak.” Pengawas lelaki itu menadah tangan meminta kad pelajar Umairah.
“Kenapa pula nak kena tulis nama ni? Saya tak lewat lah…” Umairah memberi kad pelajar kepada pengawas lelaki tersebut.
“Jam awak tu lewat lima minit baik awak betulkan.” Pengawas lelaki itu sibuk menulis nama Umairah di dalam buku catatannya.
“Tolonglah awak. Jangan tulis nama saya. Saya baru lagi kat sekolah ni. Selok belok jalan raya kat sini pun saya tak hafal lagi. Sebab tu saya terlambat. Lagi pun saya cuma terlambat sikit je.” Entah apa Umairah mereka cerita untuk dia terlepas kali ini. Ah, apa-apa ajelah Umairah. Asalkan terlepas dari tangan pengawas yang tak bergaji ni.
“Ok, tapi dengan syarat.” Tiba-tiba pengawas lelaki itu menutup buku catatannya lalu merenung wajah Umairah.
Muka boleh tahan handsome tapi suka menyeksa aku. Tak faham aku. Selalunya muka yang macam gini gentleman orangnya. Tapi dia ni dah terbalik kot.
“Apa syaratnya?” soal Umairah.
“Awak kena belanja saya makan di town boleh?”
Setakat belanja tu no hal. Ditanggung beres asalkan nama aku tu tak naik.
“O.k”
“Tapi bukan hari ni tau. Saya tak free. Saya nak awak belanja saya weekend ni.”
“Apa, weekend ni? Eh, mana boleh… saya ada hal.”
“Kalau tak boleh, o.k nama awak ni akan naik ke tangan guru disiplin. Jaga-jagalah awak.” Pengawas lelaki tersebut tersenyum sumbing.
“O.k, o.k… saya belanja awak weekend ni. Jangan hantar nama saya.” Umairah cepat-cepat bersetuju.
“Dengan itu awak boleh masuk sekarang.”
Umairah dengan segera mengusung basikalnya masuk ke perkarangan sekolah. Aduhai… letih aku dengan mamat gila kuasa tu lah. Kalau tak jumpa dia dalam sehari kan bagus. Lagi bagus kalau dia tak ada terus. Umairah merungut dalam hati.
Kring!!! Loceng sekolah berbunyi nyaring. Semua pelajar beredar ke kelas masing-masing. Umairah baru terperasankan sesuatu. Reaksi wajahnya mula berubah. Tak guna punya mamat. Aku terkena! Arrgghhh!!! Umairah terus menunju ke kelasnya dengan hati yang panas membara.
Kelas 6 sains rendah 1 bingit dengan suara pelajar-pelajar yang bermukim di kelas itu. Ada yang sibuk menyebarkan gossip artis-artis terkini dan juga membuat hal masing-masing. Ada yang tidak berapa serasi lagi kerana masih baru di kalangan mereka.
Umairah masuk ke kelas. Tanpa memperdulikan rakan-rakannya terus saja dia pergi ke meja lalu duduk di kerusi yang disediakan untuknya. Buku nota dibuka dan terus dibacanya.
“Kau tengok tak konsert mega kat tv semalam? Best kan. Dia orang ada jemput Mieya Mayra sekali buat performance.”
“Betul ke? Ruginya… aku tak tengoklah Nana. Apa kau tak beritahu aku?”
“Gila best semalam. Rugi kau tak tengok Dila. Mieya buat performance dah macam taraf Britney spears. Aku salute lah dengan dia. Betul tak Nana?”
“Yeah! You’re right Mieza.”
“Wei,wei girls. Ni apa ceirta kecoh-kecoh ni?” Kay tiba-tiba mencelah mereka bertiga.
“Pasal konsert semalam kat tv tu!” Nana pantas menjawab.
“Ni pastinya story pasal Mieya kan?”
“Yup!” mereka bertiga berkata serentak.
“Dah agak dah. Mieya is the best. That’s my girl.” Kay tersenyum bangga.
“Wei, Kay. Kau tak payah lah nak perasan. Setakat muka macam kau ni, Mieya awal-awal dah kick kau dari senarai dia tau.”
“Alah aku tau lah kau jealous kan Mieza?”
“Huh, setakat kau bagi free pun aku tak nak.”
“Ye ke? Jual mahal betul kau ni!”
Umairah yang curi-curi dengar hanya mengeleng kepala. Apa lah dia orang ni. Pasal Mieya pun nak jadi bahan topik. Tak ada kerja lain betul. Kalau bincang pasal pelajaran tak apa lah jugak. Tapi nak buat apa aku hairan. Lagi pun yang dia orang sebut-sebut tu diri aku juga. Bukannya orang lain hehehe… kalau dia orang tahu dalam kelas dia orang ni ada penyanyi tu… mahu bergegak sekolah ni dibuatnya. Nasiblah aku ni brilliant girl. Dengan rambut palsu aku ni dan kaca mata yang nil powernya membuatkan mereka tidak mengenali aku. Gaya aku pun aku ubah 100% supaya tidak kelihatan seperti Mieya Mayra yang berada di pentas penuh bergaya itu. Transform habis. Well done Umairah! Huhuhu!!!
“Ni apa tersengih sorang-sorang ni? Dah sewel ye?” Amirul Faleq tiba-tiba menolak bahu Umairah dari arah belakang. Nyaris tidak tersembam muka Umairah di meja.
“Apa ni Faleq? Awak ni kalau tak kacau saya dalam sehari agaknya tak aman hidup awak eh?” Umairah menjegilkan mata. Bila masa lah pulak mamat sekor ni menapak masuk ke kelas ni? Aku sendiri pun tak sedar. Umairah membetulkan cermin matanya yang mahu melurut jatuh.
“Wah, dah berani ye burung hantu ni jegilkan mata kat Amirul Faleq Razak Othman. Pengawas yang berkalibel di sekolah ni.”
“Faleq, apa awak nak lagi ni?” Umairah mengeluh. Penat dia melayan karenah Faleq. Setiap hari ada saja dirinya tidak kena di mata Faleq. Semenjak hari pertama di sekolah ini lagi Faleq sudah mengenakannya. Dia sendiri pun tidak tahu apa salahnya terhadap Faleq.
“Janji ye burung hantu. Awak kena belanja saya hari minggu ni.”
“Yelah… saya janji saya belanja awak. Puas hati?”
Amirul Faleq tersenyum dan mengangguk.
“Dah, pergi jauh-jauh. Jangan kacau saya lagi.”
“Kacau awak? Tolong sikit. Daripada saya kacau awak baik saya kacau Mieya Mayra tu. Cute, ada style, pandai, berstamina… nak dibandingkan dengan awak, burung hantu… letak kat dalam kandang zoo pun orang tak pandang.”
Umairah mengetap bibir. Sungguh, inilah satu-satunya kata-kata yang mencabar tahap kesabarannya. Selama ini dia boleh tahan dengan gossip-gosip liar yang tercetak di dada akhbar tapi yang ini…
“Baik awak pergi ke tempat awak sebelum saya naik darah.” Umairah berkata tegas.
“O.k burung hantu.” Faleq cepat-cepat beredar dari meja Umairah dan pergi ke tempat duduknya.
Umairah melepaskan keluhan. Gila mamat tu. Suka-suka hati dia je nak mengutuk orang. Dia ingat aku ni siapa? Tak tahu ke orang yang dia kutuk-kutuk ni orang yang sama dia minat. Memang nak mati agaknya mamat tu.
“Guys! Guys! Dengar sini… Aku ada berita panas ni!” Joey meluru masuk ke kelas. Dia berdiri di hadapan papan putih.
“Berita apa Joey? Betul-betul hot ke?” Nana tidak sabar-sabar mahu mendengarnya dari mulut Joey.
“Betul-betul hot. Siapa pun tak akan percaya dengan berita ni.”
Satu kelas mula mengambil perhatian terhadap Joey. Mungkin berita hangat ni akan menggegarkan satu sekolah nanti. Siapa yang tahu? Umairah tidak ketinggalan mengambil perhatian apa yang akan diperkatakan oleh Joey saat ini.
“Yelah, apa dia?” Mieza geram kerana ternanti-nantikan berita yang dikatakan hot itu.
“Mieya Mayra…”
“Kenapa dengan dia?” Faleq cepat-cepat memintas.
“Dia… pelajar sekolah kita!” Joey tidak dapat menahan rasa gembira sampai sebutannya terputus-putus.
“Hhaaa???” semua pelajar dalam kelas itu terkejut mendengar kata-kata Joey. Umairah yang mendengarnya tiba-tiba terbatuk kecil.
“Kau kenapa Umairah? O.k?” Joey terperasan akan Umairah yang terbatuk kecil.
Umairah membuat isyarat yang dirinya sudah o.k.
“Kau biar betul Joey… dari mana kau dapat sumber ni?” Nana tidak percaya.
“Ada lah… dari sumber yang boleh dipercayai.” Joey tersengih.
“Kalau betul dia pelajar sekolah ni, habis tu mana dia?” soal Faleq.
“Itu aku tak tahu. Aku hanya sampaikan je kat korang.”
“Kau ni memang nak kena sekeh dengan aku. Mari sini kau.” Faleq mengejar Joey yang terlebih dahulu membuka langkah seribu.
Umairah menelan air liur. Siapa pula yang berani membuka mulut memberitahu aku belajar di sini? Memang dasar mulut tempayan sungguh. Menyusahkan orang betul lah. Harap-harap budak-budak ni tak perasanlah aku ni Mieya Mayra. Kalau tak mampus aku.
“Kalau berita yang disampaikan Joey tu betul, memang ada la Mieya Mayra di sini. Cuma kita tak tahu siapa dia sekarang ni.” Nana membuat telahan.
Semua pelajar mengangguk. Umairah jadi tidak senang duduk. Apa dia orang ni… sudah-sudah lah pun…
“Yang pastinya dia adalah pelajar perempuan. “ Mieza menyambung.
“Dan kemungkinan juga dia menyamar jadi orang lain.” Dila mencelah.
Nana memerhatikan pelajar-pelajar perempuan di kelas itu satu-persatu. Matanya liar menilik wajah seorang demi seorang. Nana mendekati Umairah. Umairah menundukkan wajahnya. Saat ini kalau boleh dia hentikan masa akan dihentikannya. Alamak, apa aku nak buat ni? Nana ni macam tahu-tahu je aku menyamar. Ya Allah ya tuhanku, bantulah hambamu ini. Umairah menelan air liur.
“Jangan-jangan… kau, Umairah!” Nana menunding jari telunjuk ke muka Umairah. Hampir terbang nyawa Umairah dibuatnya. Namun Umairah buat-buat tidak tahu sahaja.
“Nana, kau ni buat aku rasa segan je. Tak kan lah aku Mieya. Tak logik langsung.” Umairah membetulkan cermin matanya.
“Heh, kau ni Nana… main redah je.” Faleq yang bersandar dari pintu kelas melangkah masuk menghampiri meja Umairah.
Rakan-rakan sekelasnya memerhati tingkah laku Faleq. Bila masa dia bersandar di pintu kelas mereka pun tidak tahu. Tiba-tiba sahaja dia bersuara. Nana memandang Faleq. Apa lagilah dia ni nak buat dengan Umairah. Kadang-kadang aku geram juga dengan mamat sorang ni. Entah-entah dia ada hati pada Umairah tak? Umairah menjeling Faleq. Dah datang satu lagi masalah!
“Muka macam dia ni… ada ke kau samakan dengan Mieya?” Faleq mencekak wajah Umairah. Di kalis kiri dan kanan. Dengan cepat Umairah menepis tangan Faleq. Dia merengus perlahan.
“Kenapa? Tak boleh ke?” Nana memeluk tubuh.
“Kau ni betul-betul tak pandai menilai.”
“Aku tahu lah Mieya tu awek fantasi kau.”
“Sebab tu lah aku cakap kau tak pandai menilai. Kau tengoklah penampilan dia ni. Tak macam Mieya pun. Rambut kasar macam sabut kelapa je aku tengok. Rabun ayam pula tu. Pakai cermin mata dah macam burung hantu je aku rasa.” Faleq menjeling Umairah.
“Faleq, kau ni…” Nana geram dengan Faleq. Suka hati dia saja mengutuk orang.
Umairah hanya mendiamkan diri. Sabar hati sabar! Kalau ikutkan hati mahu saja aku belasah mamat perasan ni cukup-cukup. Apa guna ada tali pinggang hitam kalau tak dipraktikkan.
“Lainlah Mieya aku. Ada style. Rambut cantik beralun lembut. Mata bersinar terkena pancaran cahaya. Perghhh!!! Kalau aku dapat memang tak tidur malam dibuatnya.” Sambung Faleq lagi.
Umairah tersenyum sumbing. Huh, perasan betul mamat perasan yang dah tersedia perasan ni! Tak hingin aku.
“Perasan lebih lah kau ni Faleq. Entah hendak atau tidak Mieya tu kat kau. Kalau Mieya tu dah ada boyfriend meloponglah kau.” Nana kembali ke tempatnya. Faleq mengekori Nana.
“Eleh, aku tahu kau tu jealous.”
Faleq dan Nana terus berdebat sehingga guru mengajar pada pagi itu masuk. Umairah menarik nafas lega. Terlepas dia dari terkena jerat. Harap-harap selepas kejadian ini tak akan berlaku lagi incident ni.
Hari minggu kunjung tiba. Seperti yang dijanji, Umairah bersiap-siap ala kadar untuk menghadiri temu janjinya dengan Faleq. Keluar saja dari rumah sewanya terus saja dia bergegas menuju ke perhentian bas. Beberapa minit ditunggu bas tidak kunjung tiba. Dia menilik jam tangan. Wajahnya Nampak resah.
“Mana bas ni? Karang kalau lambat mahu kena bebel dengan mamat pshycho lagi. Malapetaka apalah yang dah kena dengan aku ni?”
Umairah mengambil tempat duduk yang disediakan di situ. Dia mengipas-ngipas wajahnya. Merenek-renek peluh di dahi. Lalu dikesat dengan tisu yang dibawa bersama.
“Kesian kau Umairah. Selalunya naik kereta. Kali ni naik bas. Terpaksalah berpeluh-peluh. Tapi ada baiknya juga. Sekurang-kurangnya aku belajar berdikari dan merasa susah payah jadi orang biasa. Kenangan yang tak akan dilupakan.” Senyuman terukir di bibir Umairah. Senyuman itulah juga yang telah membunuh hati para jejaka di luar sana. Sesiapa yang melihatnya pasti tertawan termasuklah jejaka yang bernama Amirul Faleq.
Beberapa minit kemudian bas sampai. Umairah menahan bas. Sebaik sahaja bas berhenti dihadapan, terus saja dia melompat masuk ke dalam perut bas.
Faleq sudah berkali-kali melihat jam di pergelangan tangan. Sudah berkali-kali juga dia merungut sendirian. Salah dia juga tidak meminta nombor telefon bimbit Umairah. Buatnya Umairah tak datang hari ni macam mana? Buat penat je aku tunggu sampai dah naik lenguh lutut aku ni. Hari ni tak salah aku ada persembahan Mieya kat sini. Tak rugilah aku datang hari ni. Faleq tersenyum puas.
Umairah berlari memasuki bangunan Pavilion. Beberapa kali juga dia terlanggar bahu pengunjung di pusat beli belah itu. Sudah beberapa kali juga bibirnya menutur kemaafan. Dalam pada itu matanya berligas mencari kelibat Faleq. Akhirnya pencariannya berakhir. Hatinya lega. Perlahan-lahan dia menghampiri Faleq.
“Awak, lama tunggu?” Umairah tersengih. Nafasnya yang kederasan masih lagi kedengaran.
Faleq memandangnya lama. Pandai juga minah ni berpakaian. Sesuai dengan umurnya yang baru menapak 18 tahun. Walaupun nampak simple tetapi menarik. Kena pada gayanya. Kadang-kadang nampak cute. Cuma cermin matanya tu… membuatkan wajahnya sedikit cacat macam…
“What?” Umairah memecahkan angan-angan Faleq. Serba salah dibuatnya Faleq merenungnya begitu. Ada apa-apa ke yang tak kena dengan aku? Entah-entah pakaian aku koyak tak? Eeiii…malunya aku! Umairah membelek pakaiannya.
“Apasal lambat? Sampai naik lenguh lutut saya ni tunggu awak.”
“Bas lambat. Nak buat macam mana?” Umairah mencebik. Kalau dah tahu lenguh pandai-pandai la cari tempat duduk mamat psycho oi… tak kan itu pun tak reti.
“Dah lah, jom!” Faleq meanrik tangan Umairah.
“Eh, nak pergi mana?”
“Kita pergi shopping dulu sementara nak tunggu Mieya buat performance”
“Mieya… buat persembahan kat sini?” Umairah buat-buat terkejut.
“Hmm…” Faleq menggangguk. Wajahnya terpancar kegembiraan. Umairah tidak terkata apa hanya mengikut langkah Faleq menuju ke destinasi yang diingininya.
Faleq dan Umairah sudah berada di hadapan pentas menyaksikan persembahan dari penyanyi terkenal Adam AF2. Umairah mula gelisah. Selepas lagu ini dia akan berduet bersama Adam. Dia harus berlalu segera dari situ. Hah, idea!
“Faleq, saya minta diri dulu. Saya nak pergi lady’s sekejap.” Umairah menekan-nekan perutnya. Mukanya berkerut-kerut. Menunjukkan dia menahan sakit.
“Pergilah. Jangan lama-lama sangat.”
Dengan segera Umairah melepasi sekumpulan manusia yang sedang menyaksikan persembahan di pentas. Faleq masih leka melihat persembahan dari Adam.
“Baiklah, ada semua mahu lagi?” Adam menjerit lantang. Kedengaran suara sorakan peminat yang begitu meriah.
“O.k, terimalah daripada kami berdua… tak tahu antara dua…” Adam bersedia membuat persembahan. Muzik dimulakan.
Keluarga ku bukannya berharta
Dan akulah satu-satunya
Harapan untuk menyara
Mereka di hari tua
Begitulah hendaknya…
Diriku pun juga begitu
Tidak semena-mena gamat sorakan penonton memenuhi ruang pusat membeli-belah di situ. Mieya muncul dari arah belakang pentas. Bagaikan terkena histeria penonton-penonton menjerit apabila kelibat Mieya muncul di atas pentas.
Ke sini tuk mencari ilmu
Tak sangka pula kau yang ku jumpa
Berbelah bagi ku bertanya
Mana satu yang harus dikejarkan…
“Tepukan untuk Mieya!”
Tepukan gemuruh serta siulan nakal diberikan kepada Mieya. Mieya menghadiahkan senyuman mesra serta melambaikan tangan kepada para penonton. Faleq berasa teruja apabila senyuman itu seperti tertuju kepadanya. Dirinya berasa berdebar. Matanya asyik tertumpu dengan persembahan Mieya. Mieya… kau seperti bidadari turun dari kayangan… Adakah aku akan memilikimu?
Mieya memberikan persembahan yang terbaik buat peminatnya. Dia seolah-olah berhibur dengan dirinya. Tariannya bersama Adam juga mantap tidak mengecewakan para peminatnya. Sehingga ke akhir persembahannya penonton rasa terhibur.
Tanpa disedari Faleq, sudah beberapa minit Umairah tiada di sisinya. Dia kembali sedar ketika Mieya mengakhiri persembahan.
Hish, mana dia ni? Spoil betul! Hati aku baru nak sejuk. Dia buat hal pula. Faleq melihat jam di pergelangan tangan. Dah lama ni dia pergi. Jangan-jangan dia dah blah tak? Sengaja nak cari bala dia ni. Faleq mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar jeans. Dia menaip sesuatu. Setelah itu dia berlalu ke sebuah restoran di dalam kompleks beli belah tersebut.
Umairah tergesa-gesa mendapatkan Faleq di sekumpulan orang ramai yang penuh sesak menyaksikan persembahan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Siapa pula yang menghantar mesej kat aku ni tengah aku sibuk-sibuk sekarang ni? Dengan geram Umairah membaca mesej tersebut.
‘Awak jangan nak lari. Saya tunggu awak di restoran yang kita janjikan. Datang segera! Kalau tak nahas awak!’ semakin panas hati Umairah membacanya.
Dari jauh Faleq sudah nampak riak wajah Umairah yang semakin kelat itu. Faleq tersenyum melihat gelagatnya itu. Apabila Umairah semakin menghampiri dia kembali dengan muka serius. Umairah mengmabil tempat duduk.
“Apasal lama sangat? Awak buat apa dalam tandas tu? Bertelur?”
Umairah menjeling Faleq. Sengaja nak menyakitkan hati aku lagilah tu. Ni semua kau punya pasal lah Faleq. Tak pasal-pasal aku macam masuk marathon. Terkejar sana terkejar sini. Fuh, penat giler aku dibuatnya!
“Awak dah order makanan ke belum?”
“Sebelum awak sampai saya dah order. Nasib awaklah kalau saya pilih tu tak menepati selera awak.”
“Saya tak kisah. Saya makan apa aje.”
Faleq memerhatikan wajah Umairah. Seperti ada sesuatu di wajah Umairah.
“Kenapa?” soal Umairah apabila terperasankan Faleq memerhatinya.
“Dahi awak berpeluh.” Dengan tidak semena-mena Faleq mengeluarkan sapu tangannya lalu mengelap peluh di dahi Umairah.
Umairah terkesima dengan tindakan refleks Faleq. Dengan segera dia menepis tangan Faleq.
“Apa awak ni?”
“Orang nak tolong tak mahu. Nah, ambil ni! Lepas ni cuci sapu tangan tu bagi balik kat saya.” Faleq tersedar dengan perbuatannya. Cis! Macam mana aku boleh terlajak ni? Aku boleh terbayangkan Mieya di hadapan aku? Tak logik betul! Buat malu aku je…
Umairah mengambil juga sapu tangan tersebut lalu mengelap peluhnya. Sambil itu mulutnya merungut-rungut kecil tanpa didengari Faleq. Makanan sampai terus sahaja mereka makan. Umairah merenung Faleq. Tak berbunyi pulak mamat ni. Janggal pula rasanya. Umairah menyedut minumannya beberapa kali. Bersedia untuk menyoal beberapa soalan kepada Faleq.
“Er… saya tengok awak minat betul dengan Mieya Mayra tu…”
“Ermm…” Faleq mengangguk.
“Apa yang ada pada dia sehinggakan awak tertarik pada dia?”
“Dia punya tarikan tersendiri. Cantik. Apa yang ada pada dia tidak ada pada artis prempuan lain. Ramai peminatnya sayangkan dia tidak kira jatina dan tua atau muda. Yang saya paling suka dia pandai mengambil hati peminat-peminatnya. Setiap kali persembahan saya melihatnya begitu. Itulah kelebihan Mieya dan saya tak mungkin dapat memilikinya. Dia hak orang ramai. Dia superstar di hati kami.” Faleq menjawabnya dengan senang hati. Dia membayangkan wajah Mieya kembali.
“Oh, begitu…” Umairah membiarkan Faleq dengan angan-angannya. Angau agaknya mamat ni. Mungkin tadi dia membayangkan Mieya tak? Eee…seram aku dibuatnya.
Loceng tamat sekolah berbunyi nyaring. Umairah teringatkan sesuatu. Dia dengan segera mengejar Faleq yang sudah jauh ke hadapan bersama teman-temannya.
“Faleq!” jerit Umairah memanggil Faleq.
Tetapi Faleq tidak mendengarnya. Dia cuba sekali lagi memanggil Faleq. Tanpa diduga seorang pelajar melanggar bahu Umairah dengan kuat menyebabkan cermin matanya jatuh terpelanting jauh daripadanya. Umairah bernasib baik dapat mengimbangi dirinya dari jatuh tergolek akibat dari perlanggaran itu.
Alamak, cermin mata aku! Macam mana ni? Kalau aku terus ambil je cermin mata aku tu tentu ada orang perasan aku tak rabun sebenarnya. Terpaksalah aku buat-buat rabun. Umairah teraba-raba mencari cermin matanya.
“Kenapa, cari sesuatu ke?” Hyereen dan rakan-rakannya berdiri tegak di hadapan Umairah.
Umairah mengangkat wajah untuk melihat siapa yang menegurnya. Dia orang ni dari 6 sains rendah 2. Nampak seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka dari pengetahuan aku. Aku harus berhati-hati.
“Ya, saya cari cermin mata saya.” Umairah bangun.
“Yang ni ke?” Hyereen tersengih mengejek. Umairah meneliti cermin mata itu dengan teliti.
“Ye tak ye juga. Awak ni kan rabun. Mana nak Nampak kan?” Mereka ketawa mengejek. Umairah hanya mampu bersabar. Kalau diikutkan hati mahu saja dia membuka langkah mahagurunya.
“Kalau awak nak… Nah, ambil lah!” Hyereen mengunjukkannya kepada Umairah. Sebaik sahaja Umairah mahu mengambilnya Hyereen terlebih dahulu mencampakkannya jauh.
Tanpa diduga cermin mata itu jatuh betul-betul di hadapan kaki Faleq. Faleq berhenti melangkah. Hyereen dan rakan-rakannya terkesima melihat kehadiran Faleq. Faleq mengambil cermin mata tersebut. Dia tahu cermin mata itu milik Umairah. Dia juga tahu itu adalah perbuatan Hyereen dan konco-konconya. Dengan selamba dia menghampiri Umairah. Wajah Umairah ditenung lama.
“Mata awak cantik tanpa cermin mata ni.” Faleq terus memakaikan Umairah cermin matanya.
Lidah Umairah kelu dengan ungkapan Faleq tadi. Dia terlupa untuk mengucapkan terima kasih. Faleq tersenyum. Dia menggenggam erat tangan Umairah.
“Jom!” Tangan Umairah ditarik meninggalkan Hyereen dan rakan-rakannya.
“Faleq, awak nak bawa saya ke mana ni?” Faleq tidak menjawab pertanyaan Umairah. Dia melepaskan tangan Umairah sebaik sahaja dirasakan kawasan itu agak selamat dari penglihatan pelajar lain.
“Awak panggil saya tadi kenapa?” Faleq memeluk tubuh. Dia memandang Umairah.
“Hah? Saya panggil awak?”
Faleq mengangguk.
“Oh, itu ermm…” Umairah mengeluarkan sapu tangan Faleq dari beg sekolah lalu diberikan kepada Faleq.
“Terima kasih.”
Faleq menjungkitkan kening.
“Oh, hampir terlupa. Terima kasih sekali lagi pasal kejadian tadi tu.”
“Well, never mind. Saya memang suka tolong orang.”
“Kalau macam tu saya balik dulu.” Umairah membuka langkah meninggalkan Faleq sendirian.
“Hei, burung hantu! Saya rasa awak lebih elok pakai cermin mata tu daripada tak pakai langsung. Awak nampak cute sangat dengan cermin mata tu! Hahaha!!!”
Tak guna punya mamat psycho. Dia kena kan aku lagi! Aarghhh…!!! Tapi tak kan la aku dah kena cupid dia? Tadi aku rasa dia… oh no! Umairah apa dah jadi ni? Aku terpaksa deletekan semuanya!
Faleq tersenyum sendirian apabila mengenangkan gelagat Umairah yang dirasakan mencuit hati setiap kali dia mempermainkan Umairah. Paling tidak dapat dilupakan ketika dia memakaikan Umairah cermin matanya semula. Betapa merah pipi gadis itu kelihatan. Sepadan dengan namanya. Mungkin gadis itu segan menyebabkan pipinya bertukar warna dari putih gebu ke warna merah seperti dibubuh blusher. Satu lagi yang Faleq tidak dapat lupakan. Matanya… cantik. Seakan pernah dilihat tapi di mana ya?
“Hei, Faleq!” Farhan menyiku tubuh Faleq.
“Ada apa? Kau ni kacaulah Farhan. Tak boleh tengok aku senang.”
“Kau ni, semenjak dua menjak ni aku tengok lain macam je. Suka sangat senyum sorag-sorang. Ada apa-apa ke?” Farhan menjungkitkan kening beberapa kali. Sambil itu dia tersengih seperti kerang busuk.
“Tak ada apa-apalah. Korang ni ada-ada je.” Faleq cepat menyangkal.
“Come on la Faleq. Dengan kita orang pun nak berahsia ke? Kita orang dah kenal sangat dengan perangai kau.” Joey cuba menyungkil rahsia Faleq.
“Betul tu. Bukan sehari dua kita kenal. Dah bertahun kau tahu tak?” Kay pula menambah.
Faleq hanya tersenyum melihat gelagat rakan-rakannya yang mahu menyungkil rahsianya. Lama Faleq terdiam akhirnya dia bersuara.
“Korang perasan tak si burung hantu tu…”
“Burung hantu?” soal Farhan pelik.
“Umairah la.” Kay menjawab. Farhan mengangguk.
“Tak ke rasa wajahnya ada mirip Mieya kita tu?”
“Kau ni Faleq demam ke apa ? ada ke Umairah nak disamakan dengan Mieya. Tak masuk akal langsung.” Kay cepat-cepat menjawab. Marah benar dia apabila Mieyanya disamakan dengan Umairah budak nerd itu.
“Jauh panggang dari api. Tak sama langsung.” Joey mengeleng kepala tanda tidak setuju.
“Kau Farhan?” soal Faleq ingin tahu jawapan Farhan.
“Tak… tapi aku fikir Umairah tu cute bila dia tersenyum. Aku perah nampak dia tersenyum. Cantik.”
Faleq mula rasa tercabar dengan kenyataan Farhan.
“Cantik kau kata Farhan. Aci sapu sampah tepi jalan tu lagi cantik aku rasa. Tak boleh blah betul la kau ni.”
“Kau tak pernah tengok senyuman dia Faleq. Bolehlah kau cakap macam tu. Cuba kau tengok sekali. Silap haribulan kau pula yang tergilakan dia.”
“Wei, korang ni… daripada bergaduh pasal Umairah yang tak ada apa-apa tu baiklah kita makan. Kenyang juga perut ni.” Joey sudah mula menyuapkan nasi gorengnya ke mulut.
Kay terlebih dahulu menjamah makanannya. Dia tidak memperdulikan rakan-rakannya lagi. Asalkan perutnya kenyang penuh berisi sudah.
Waktu persekolahan sudah lama berlalu. Umairah masih lagi berada di dalam kelas. Mengomel sendirian sambil memerhatikan kertas putih di atas mejanya. Tidak sedar kewujudan insan lain di situ. Fikirnya semua pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing. Yang ada hanya dirinya sahaja. Bersendirian sambil memikirkan sesuatu.
Dari jauh Faleq tersenyum melihat telatah umairah. Seperti ada sesuatu yang bermain di fikiran Umairah. Terus dia menapak lalu berhenti di belakang tubuh Umairah.
“Kertas apa tu? Bak sini saya tengok.” Faleq merampas kertas itu daripada Umairah. Ditelitinya apa yang tertulis di kertas itu.
“Hei, apa ni? Faleq, mintalah balik kertas tu!” Terkejut bukan kepalang Umairah dibuatnya ketika Faleq merampas kertas dari tangan. Terasa seperti darah menyerbu ke kepala. Sepantas itu juga Umairah cuba mendapatkan kembali kertasnya daripada Faleq.
“Ha? Concert tour of Asia?” Faleq terus menghamburkan ketawanya. Terasa begitu lucu dengan apa yang dibacanya tadi. Umairah hanya mencebik. Sempat dirampas kembali kertas yang berada di tangan Faleq.
“Awak demam ke apa? Tiba-tiba je berangan nak buat konsert. Tour of Asia pula tu. Malaysia pun belum tentu lagi nak dengar suara awak tu. Inikan Asia. Mahu meletup stage nanti.” Faleq ketawa lagi.
“Awak kalau tak mengutuk saya dalam satu hari tak boleh ke? suka hati sayalah nak buat apa pun. Awak apa kisah?” Umairah malas mahu melayan Faleq. Terus sahaja dia mengemaskan barang-barangnya lalu di masukkan ke dalam beg sekolah.
“Saya tak kisah tapi saya tak dapat nak membayangkan macam mana stage tu boleh meletup bila keluar je suara awak macam guruh tu.”
Umairah memandang Faleq tajam. Dia ni sengaja nak menaikkan darah aku. Selama ni aku buat persembahan tak ada pun runtuh stage tu. Elok je… peminat aku pun suka dengan persembahan aku. Kira o.k lah tu.
“Dahlah, malas nak layan awak. Balik rumah tengok tv lagi bagus.” Umairah menggalas beg dan terus berlalu dari situ.
“Umairah, baik awak batalkan jelah hasrat awak tu! Buat malu je nanti. Nak datang sekolah pun rasa dah malas sebab kena kutuk. Rindulah saya nanti kat awak!”
Umairah berhenti melangkah sebaik sahaja terdengar ayat terakhir Faleq lalu memaling ke belakang.
“Rindukan saya? Awak rindukan saya? Huh, boleh blah!” Umairah menunjukkan buku limanya. Faleq hanya tersenyum dari jauh. Sungguh pun begitu hati Umairah berbunga ceria dengan kata-kata Faleq tadi.
Kelas Enam Rendah Sains Satu begitu riuh apabila tiada guru mengajar pada subjek seterusnya. Nana dan sekutu-sekutunya berkumpul di hadapan meja Faleq, Kay, dan Joey.
“Aku dengar cerita Mieya nak buat konsert tour of Asia. Aku surf internet semalam. Aku jumpa satu artikel ni. Dia kata nak buat konsert tour of Asia meliputi Negara Jepun, Taiwan, Korea Selatan, Thailand, Indonesia dan last sekali kat Malaysia.” Kata Joey.
“Hmm…lepas ni mesti lagi top lah dia. Boleh jadi superstar of Asia.” Komen Nana.
“Kempunan la korang nak mengorat si Mieya tu.” Dila mengejek budak lelaki bertiga itu.
“Tak apa…. kalau aku tak dapat Mieya boleh aku mengorat kau!” Kay mengenyitkan mata pada Dila.
“Heh, boleh blah!” jelling Dila.
Sementara itu fikiran Faleq menerawang ke lain. Dia teringatkan sesuatu. Tersenyum-senyum sendirian tanpa menyedari rakan-rakannya memerhatinya dengan pandangan yang pelik.
“Woi, Faleq! Kita orang tengah berborak pasal Mieya. Dia boleh pula berangan. Teruk betul lah kau ni.” Kay menolak bahu Faleq.
“Alah Kay, kau orang cakaplah aku dengar ni.”
“Dahlah… kau tu mesti berangan pasal Mieya lah tu.”
“Apa-apa jelah Kay. Memang aku tengah teringatkan Mieya pun sekarang ni.”
Mereka semua bengang dengan jawapan Faleq. Faleq tidak mengendahkan mereka lagi. Dia membuang pandang ke arah Umairah. Tanpa disedari Umairah, Faleq merenungnya.
Umairah. Umairah… macam mana agaknya ye kalau kau berada di atas pentas membuat persembahan. Aku teringin melihatnya. Adakah kau seperti Mieya? Faleq meneruskan khayalannya.
Faleq memandu kereta keluar dari perkarangan sekolah. Radio dipasang. Tubuhnya bergerak-gerak mengikut rentak alunan muzik yang ke udara. Tiba-tiba dia terpandangkan sesusuk tubuh sedang terbaring kaku di tepi jalan dan basikalnya terdampar di sebelahnya.
Eh, macam aku kenal. Kalau tak silap aku… Umairah!!! Faleq dengan serta merta memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dengan pantas dia mendapatkan Umairah.
“Umairah! Umairah…! Awak ok ke?” Faleq menggerak-gerakkan tubuh Umairah.
Dia pengsan ni. Baiklah! Faleq tanpa berfikir panjang lagi terus mengangkat tubuh Umairah berlalu ke keretanya. Kereta terus bergerak menuju ke klinik berhampiran.
Umairah terjaga dari lenanya yang panjang. Kepalanya terasa berat dan masih lagi berdenyut. Jari runcingnya sibuk memicit kepala perlahan.
Aku kat mana ni? Kat bilik tidur aku… eh, bukan. Ni bukan katil aku. Bilik tidur aku tak bercat warna yang berkontra macam ni. Aku kat mana sebenarnya ni? Dahi Umairah mula kerut seribu.
Tiba-tiba pintu di buka dari luar. Faleq masuk dengan dulang di tangan.
“Eh, Faleq! Awak buat apa kat sini?” Umairah terkejut bukan kepalang. Kepalanya kembali berserabut.
“Saya buat apa kat sini?” Faleq tersenyum sumbing. Umairah melontarkan pandangan yang pelik.
“Inikan bilik saya. Tak salah kan kalau saya nak masuk bilik saya sendiri.”
“Bilik awak? Habis tu macam mana saya boleh ada kat sini? Awak kipnap saya ye?” Umairah mula fikir yang bukan-bukan.
“Awak jangan merepek. Bila masa saya kipnap awak? Cuba awak ingat balik apa yang berlaku lepas waktu sekolah tadi.”
Umairah cuba mengingati kembali kejadian tadi. Seperti biasa dia akan menunggang basikal untuk kembali ke rumah. Dalam perjalanan dia seperti mahu pitam. Ada sebuah lori pasir dengan tiba-tiba memberikan hon yang begitu kuat kepadanya. Umairah terkejut lalu menyebabkan basikalnya hilang kawalan dan dia terus terbabas di tepi jalan. Selepas itu dia tidak ingat apa-apa sehingga tersedar dirinya kini terlantar di bilik Faleq.
“Oh, maaf.” Umairah menundukkan wajah.
“O.k maaf diterima. Kaki awak sakit tak?” Umairah mengangguk.
“Naikkan seluar awak tu ke paras lutut. Saya nak sapu ubat ni.”
“Tak apalah. Saya boleh buat sendiri.”
“Cepat!”
Umairah tersentak. Mahu tidak mahu dia mengikut juga arahan Faleq walaupun hatinya memberontak. Dalam hati Faleq hanya tersenyum melihat gelagat Umairah. Faleq merawat luka Umairah dengan lemah lembut dan penuh hati-hati. Umairah terpegun dengan layanan Faleq itu.
Faleq, walaupun kau suka membuli aku tapi dalam keadaan aku memerlukan pertolongan, kau datang membantuku. Kau ambil berat tentang aku. Sayang sekali kalau aku lepaskan kau pergi. Bertuah sesiapa yang dapat memiliki kau. Faleq, adakah kau sukakan aku? Sayangkan aku? Cintakan aku?
“O.k dah… kalau ye pun nak tenung muka saya janganlah sampai tak ingat dunia. Saya tahulah saya ni handsome.” Faleq berkata dengan selamba.
“Perasan betul. Saya tenung awak sebab saya tak percaya betul ke ini Amirul Faleq pengawas yang perasan handsome dan suka buli saya hampir setiap hari tu?”
“Kenapa? Tak percaya? Kalau awak tak percaya terpulang kat awaklah. Saya tak paksa awak untuk percaya.”
“Huh.” Jeling Umairah. Faleq hanya tersenyum.
“Muka awak ada kesan lebam. Mari sini saya tuamkan.”
Umairah tidak membantah. Takut dimarahi Faleq lagi. Dengan lemah lembut Faleq menekapkan tuala kecil lembap yang dibasahi air suam ke wajah Umairah. Walaupun Faleq kelihatan bersahaja tetapi di dalam hati begitu hebat getaran dirasai. Terasa gementar seluruh tubuhnya. Umairah begitu cantik di matanya. Wajah Umairah bersih tanpa jerawat dan pipinya kelihatan putih gebu umpama kapas. Membuatkan Faleq tidak ingin melepaskannya ke tangan lelaki lain.
Umairah, kau cantik. Sayang sekali kalau aku lepaskan kau pergi. Mahukah kau terima aku sebagai kekasihmu? Dengan tidak disangka pandangan mata mereka bersatu. Satu panahan elektrik terjadi kepada mereka berdua. Hati berdegup kencang. Seperti ada suatu kuasa magnetik yang mendorong Faleq mendekati wajah Umairah. Hampir sahaja mereka berkucupan tetapi sempat dihalang oleh deringan dari telefon bimbit Faleq. Kedua-duanya tersentak. Faleq terus menjawab panggilan tersebut. Umairah beristighfar. Betul-betul terkejut dengan apa yang berlaku tadi.
“Korang kat mana tu? What? Kat sana dah! Nana, cakap kat dia orang tunggu sekejap. Aku on the way ni nak pergi. Ok bye.” Faleq menekan butang off untuk panggilan tersebut.
“Awak nak pergi mana Faleq?” soal Umairah dengan tiba-tiba.
“Nak pergi ke persembahan Mieya hari ni di Shah Alam. O.k lah, dah lambat ni. Saya pergi dulu. Awak berehat kat sini dulu. Don’t go anywhere till I got back.” Faleq bangun dari katil lalu mengatur langkah.
Dengan segera Umairah memegang tangan Faleq. Langkah Faleq mati tiba-tiba. Dia memalingkan muka ke arah Umairah. Berkerut seribu dahinya tidak memahami perlakuan Umairah itu meminta penjelasan.
“Faleq, awak tak payah pergilah.”
“Kenapa pula?”
“Mieya tak akan buat persembahan hari ni.”
Faleq memandang Umairah pelik. Hai, macam mana pula dia ni tahu Mieya buat persembahan ke tak hari ni? Dia ni ada magik ke?
“Mana awak tahu?”
“Sebab… saya…er… saya dapat rasa.”
Faleq mahu tergelak mendengar jawapan Umairah itu.
“Dah la, saya nak pergi ni. Take care. Jumpa lagi nanti.” Faleq terus menghilangkan diri di sebalik pintu.
Suka hati awaklah Faleq kalau tak percaya. Umairah terus mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang. Faleq tiba di rumahnya sebelum azan maghrib berkumandang. Dia bergegas naik menuju ke biliknya. Pintu bilik dibuka. Namun apa yang diharapkan tiada di hadapan mata. Puas dicari tetapi tidak juga jumpa.
“Mak Jah! Ada Nampak tak budak perempuan yang Faleq bawa balik tadi? Dia tak ada pun dalam bilik Faleq.”
“Oh, budak tu dah balik ke rumahnya masa Faleq keluar tadi. Dia bagi ni kat Mak Jah. Dia pesan suruh bagi kat Faleq.” Mak Jah mengunjuk sekeping sampul surat kepada Faleq.
Faleq mengambilnya lalu terus dibuka sampulnya. Isi diambil lalu dibaca.
‘Faleq, terima kasih kerana awak sudah bersusah payah menolong saya. Kalau awak tiada tadi entah bagaiamana agaknya keadaan saya sekarang. Saya terpaksa pulang dahulu kerana tidak mahu menyusahkan awak. Lagi pula mak su saya sedang risau menunggu saya di rumah. Berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan kepada awak kerana sudi menghulurkan bantuan kepada saya.
Ikhlas dari,
-Umairah-
Faleq melipat kembali surat tersebut. Di dalam fikirannya tercetus satu persoalan yang tiada jawapannya. Persoalan bagaimana Umairah boleh merasakan tiadanya konsert Mieya pada hari itu. Akhirnya persoalan itu terkubur begitu sahaja.
Masa berlalu begitu pantas. Kini sudah hampir ke penghujung tahun. Perhubungan antara Faleq dan Umairah bertambah baik. Tidak seperti dahulu, mereka kini boleh bergaul mesra bersama rakan-rakan yang lain. Konsert MIeya juga akan dilancarkan tidak lama lagi. Segala perancangan sudah dirancang dengan rapi. Mieya memberi komitmen yang tinggi untuk persembahannya pada kali ini kerana dia akan berehat sebentar tanpa sebarang konsert untuk tahun hadapan bagi memastikan pembelajarannya lancar untuk menghadapi peperiksaan STPM nanti. Kerap kali juga Faleq melihatnya sering keletihan dan mengantuk. Sehinga menimbulkan tanda tanya pada diri Faleq. Tanpa berlengah lagi Faleq cuba bertanya mengapa keadaan Umairah sebegitu rupa. Jawapan Umairah hanya satu, memberikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran dan tidak sedar sehinga lewat malam dia masih berjaga. Faleq yang tidak mengetahui cerita sebenar memberi nasihat kepada Umairah supaya menjaga kesihatan diri. Umairah hanya mendengar tanpa menjawab sepatah kata.
Akhirnya konsert Tour Of Asia berjaya dilangsungkan. Begitu ramai peminat Mieya yang menyaksikan konsert itu. Kini nama Mieya sudah terkenal di Asia. Mieya berasa begitu gembira. Tidak disangka segala usahanya membuahkan hasil. Dia bersyukur ke hadrat ilahi. Kini hanya tinggal satu konsert saja lagi untuk menjadi penutup konsert pada kali ini iaitu di Kuala Lumpur.
Faleq menyelak majalah hiburan yang dibeli oleh kakaknya tempoh hari. Dia ingin mengetahui kisah selanjutnya tentang Mieya. Sejak dari awal pembabitan Mieya dalam bidang seni lagi dia sudah mengikutinya.
“Apa ni? Mieya dikatakan sudah lupa daratan . bercinta dengan salah seorang ahli group muzik Jepun yang membuat persembahan dengannya tempoh hari?” Dengan kasar Faleq menghempas majalah yang berada di tangannya ke sofa. Terasa seperti dia akan kehilangan seseorang yang disayangi.
“Mieya, aku tak percaya kau begitu.” Terus saja Faleq menaiki tangga menuju ke biliknya.
Hari pertama dalam tahun baru persekolahan bermula. Faleq laju melangkah masuk ke kelas berharap akan bertemu Umairah. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan Umairah. Rasa rindunya semakin membuak-buak. Sebulan tidak bertemu dirasakan seperti bertahun-tahun. Sengaja egonya dipertahankan supaya tidak berjumpa dan menghubungi Umairah kerana dia takut Umairah akan berfikir yang bukan-bukan terhadapnya. Dahulu dia juga yang selalu mengejek Umairah mengatakan tiada siapa pun lelaki yang mahu pada Umairah. Sekarang dia pula yang terhegeh-hegeh kepada Umairah. Malu beb…malu!!!
Ah, itu dia Umairah. Awal dia sampai hari ni. Faleq tersenyum apabila melihat kelibat Umairah tetapi dengan tiba-tiba senyumannya mati. Itu bukan Umairah!
“Hai Faleq, lama tak jumpa! Semakin handsome la kau sekarang.” Anne yang duduk di kerusi Umairah menegur Faleq. Faleq memberikan senyuman kepada Anne.
“Umairah tak sampai lagi ke Anne?”
“Ntah. Tak Nampak batang hidung dia pun dari tadi. Tak sampai lagi la tu. Kenapa Faleq? Kau ada apa-apa urusan ke dengan dia?”
“Ha? Er… ha’ah. Ada… aku ada benda nak cakap dengan dia. Tak apalah aku pergi ke tempat aku dulu.” Faleq terus menuju ke mejanya.
Nana dan Kay masuk ke kelas diikuti Dila dan Miza. Mereka rancak berbual mengenai konsert Mieya Mayra pada malam semalam. Ternyata konsert semalam memberi kepuasan kepada diri mereka. Mieya tidak menghampakan mereka buat kesekian kalinya. Walaupun gossip-gosip panas yang melanda Mieya sejak kebelakangan ini, Mieya tetap memberikan yang terbaik buat para peminatnya. Faleq hanya melontarkan pandangan kosong kepada mereka berempat. Kay yang Nampak akan reaksi Faleq itu mencuit Nana.
“Apa?”
“Tu! Kenapa dengan dia tu?” Kay menunding ke arah Faleq. Mereka berempat kemudian pergi mendapatkan Faleq.
“Kenapa dengan kau ni Faleq? Pagi-pagi dah tunjuk muka kelam kau. Kau o.k?” Nana memegang bahu Faleq.
“Tak ada apa-apa lah Nana… aku o.k.”
“Hai, tak kan rindu kot? Baru semalam jumpa hari ni dah rindu? Angau betul la mamat sorang ni.” Kay mengusik.
“Bukan la Kay.”
“Habis tu apa lagi?” Kay merasakan sesuatu tidak kena. Dia memandang sekeliling.
“Eh, Umairah tak datang ke hari ni?”
Nana dan Miza mengangkat bahu. Dila hanya mengeleng.
“Patutlah…” Kay seperti tahu akan jawapannya.
“Berita tergempar! Berita tergempar!!!” Jerit Joey memasuki kelas mereka sambil termengah-mengah.
“Apahal kau Joey? Suka buat terkejut orang lah kau ni.” Soal Nana tampak terkejut.
“Mieya… Mieya…”
“Mieya apa?”
“Mieya Accident!”
“Haa???”
Peperiksaan STPM semakin hampir. Faleq dan rakan-rakannya sibuk mengulangkaji pelajaran. Tiada lagi gossip-gossip artis di bibir mereka. Di fikiran mereka sekarang adalah rumus-rumus untuk menjawab soalan di atas kertas peperiksaan nanti. Segala-galanya sudah ditinggalkan. Perihal kemalangan yang melanda Mieya juga kehilangannya yang menjadi tanda tanya sudah lenyap ditelan arus masa. Pada masa yang sama berita peberhentian Umairah dari sekolah itu secara tiba-tiba juga turut lenyap. Hanya kenangan yang tinggal di hati mereka. Faleq akan menyimpan kenangan itu untuk selamanya. Jika ada jodoh, dia akan bertemu kembali dengan Umairah. Itu harapannya.