Subscribe:

Pages

Sunday, December 25, 2011

NOVEL : Kau Perempuanku (bab 1)

Kaki melangkah ke café berdekatan. Beberapa orang pelajar lelaki yang berada berhampiran memberikan siulan nakal sengaja mahu mengusik gadis itu. Gadis itu hanya memberikan senyuman. Tahu mereka hanya mahu mengusik dirinya. Maklum sahajalah dia adalah salah seorang gadis freshie yang semakin popular namanya di universiti itu.

“Hei, Iz… here!” jerit Iman sambil melambaikan tangannya ke arah Izra.

Izra cepat-cepat mengatur langkah menghampiri empat sekawan di salah sebuah meja makan di café tersebut.

“Hi geng! Wazzup?” Izra menarik keluar kerusi lalu duduk.

“Wah, wah… Iz. Kau sekarang bukan main lagi ye. Meletup-letup nama kau kat universiti ni.” Irma memuji.

“Yela… orang cantik la katakan… pandai pulak tu.” Iman pula menyambung.

“Mana ada. Aku biasa-biasa je. Macam korang jugak. Apalah korang ni.” Sengih Izra.

“Kau lain Iz. Kau tu macam ada satu aura yang boleh buat orang tertarik kat kau. Kami ni tak ada aura tu. Betul tak korang?” Ika menanya pendapat rakan-rakan yang lain.

“Betul…betul.” Semua mengangguk.

Izra hairan melihat kelakuan mereka berempat.

“Eh, kejap…kejap! Korang ni semacam je hari ni. Siap cakap aura segala ni… ni tak lain dan tak bukan nak suruh aku belanja la ni…”

Mereka berempat sengih seperti kerang busuk.

“Eh, macam tau…tau pula kau ye.” Intan menyahut.

“Oh, nak pekenakan aku rupanya. Yelah…yelah… aku belanja. Terima kasih yang tak terhingga dengan puji-pujian korang tu ye… Ha, apa lagi? Cepatlah order.”

Tanpa berlengah lagi mereka terus membuat pesanan makanan dan minuman.

“Kau tak makan ke Iz?” Tanya Iman sebaik sahaja makanan yang dipesan mereka tadi sampai. Dilihatnya Izra tidak memesan sebarang makanan. Hanya ada segelas oren jus di hadapannya.

“Tak…”

“Kenapa? Kau tak lapar ke nanti?”

“Malaslah aku… lepas ni aku nak keluar dengan BFF aku.” Senyum Izra.

“Boyfriend??? Woo… hebat kau Iz. Baru kita memulakan kuliah kat sini kau dah dapat boyfriend. Aku salute dengan kau.” Irma menepuk-nepuk bahu Izra.

Woit, korang ni betul-betul salah fahamlah. BFF tu maksud aku best friend forever not boyfriend forever.”

“Laaa… aku ingatkan tadi kau betul-betul dah ada boyfriend. Maka terbuka luaslah peluang kami nak tackle seorang pria yang kacak tu.”

“Pria kacak? Hai… mamat mana lah pula korang nak perebutkan lagi ni? Sudah-sudah lah tu korang. Jatuh pride kita nanti.”

“Yang ni serius aku cakap memang kacak habis. Macam… macam… hah! Macam Jang Geun Seuk aku.” Irma dah tersengih membayangkan jejaka idamannya yang melakonkan watak Hwang Tae Kyung dalam you’re beautiful.

“Apa pula Jang Geun Seuk… macam Kim Hyun Joong aku lah. Wah, bestnya kalau aku dapat BF yang handsome macam dia.” Ika pula mencelah.

“Mana ada macam Kim Hyun Joong. Dia macam Jae Jong akulah!” Iman membantah.

“Tapi… aku rasa wajah dia ada iras-iras Wu Chun…” Intan tiba-tiba bersuara.

“Ha???” Ketiga-tiga mereka memandang Intan. Intan hanya selamba menghabiskan makanannya. Tidak memperdulikan pandangan rakan-rakannya. Bukan ke Wu Chun tu pelakon drama Taiwan? Ahli kumpulan Fahrenheit?

“Sudah, sudah! Korang ni… benda macam tu pun nak bertekak ke? Semuanya orang Korea pula tu. Giler korea betul la korang ni. Member aku tu tak lama lagi sampai la tu kat sini. Nanti aku perkenalkan dia kat korang. Jangan pula korang kata wajah dia ada iras-iras Lee Minho la… Lee Hong Ki la… Aku tak nak dengar semua tu faham!”

Mereka berempat mengangguk. Dengan tiba-tiba telefon bimbit Izra berbunyi. Lagu Trap nyanyian No Min Woo kedengaran. Mereka semua tersentak lalu memandang wajah Izra pelik. Tadi kata tak suka korea? Apahal pula pakai ringtones lagu korea? Mereka sudah menjegilkan mata masing-masing kepada Izra. Izra hanya tersengih.

“Hello…”

“Hello Iz… kau kat mana?aku dah ada depan Café yang kau cakap tu. Aku tak Nampak pun kau!”

“Kau dah ada depan café?” Izra tercari-cari kelibat rakan baiknya itu. Sebaik sahaja ternampak batang tubuh orang yang dicari, dia melambai-lambaikan tangan.

“O.k, O.k aku dah Nampak kau.” Senyuman ditujukan ke arah Izra. Lantas dia melangkah menuju di mana Izra berada.

“Rakan-rakan ku sekalian… aku kenalkan inilah Syahz. Member baik aku yang aku beritahu tadi. Handsome kan?”

“Hi semua!” Syahzran melemparkan senyuman kepada mereka berempat.

Mereka semua terpegun dengan sapaan Syahzran itu. Terpikat dengan senyuman yang telah diberikan oleh Syahzran.

“Alamak, looks alike Nickhun 2pm!” jerit Ika.

“Nickhun oppa… anyong!” Iman menyapa kembali.

“Nickhun… sarangheyo!” Irma mula mengarut.

Ika dan Iman cepat-cepat menekup mulut Irma sebelum keluar perkataan-perkataan mengarut dari mulutnya. Mereka kemudian tersengih di hadapan Syahzran. Syahzran blur. Nickhun? Siapa Nickhun? Oh, Boy from 2pm tu. Memang ada yang pernah cakap muka aku ni macam Nickhun 2pm. Tapi betul ke sama? Dia pandang Izra dengan wajah yang pelik.

“Eeeiii… geram betul aku! Dah aku cakap tadi jangan sebut pasal orang orang korea ni. Dia orang buat balik!” Kata Izra dalam nada berbisik berbaur geram. Dia kemudian memberikan panahan mata yang tajam kepada rakan-rakannya tanda amaran.

Rakan-rakannya hanya buat tidak tahu dengan pandangan dari Izra. Mereka mula sibuk membuat hal masing-masing.

“Hai, Syahz! Nice to meet you. Just ignore with them. Mereka memang macam ni. Crazy with korea.” Intan tersenyum manis menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

Syahzran yang melihatnya tiba-tiba rasa tertarik untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi. Senyuman gadis itu benar-benar telah membuatkan hatinya terpikat. Masih banyak masa lagi Syahzran. Sabar! Sabar!

“O.k Syahz… ni aku kenalkan Ika, Iman, Irma dan last sekali ni Intan. Paling senyap antara semua tetapi dialah paling tip top!”

“Tip top?” Tanya Syahzran mahukan penjelasan yang lebih lanjut.

“Intan ni tip top dalam pelajaran. Tanyalah apa-apa pun pasti dia ada jawapan punya. Betul tak intan?” Iman menepuk bahu Intan.

“Mana ada Syahz. Dia orang ni saja main-main. Saya biasa-biasa je.” Merah muka Intan menyangkal kata-kata rakan-rakannya.

“Hahaha… Intan dah mula segan nampaknya. O.k lah geng, aku nak gerak dulu. Apa-apa hal call or message aku.”

“Izra , apasal cepat sangat nak geraknya? Kita orang baru nak berkenal-kenalan dengan Syahz ni… Kedekut betul lah kau!” Irma menghalang pemergian Izra dan Syahzran.

“Betul!” sampuk Iman.

“Alah, korang ni lain kalilah. Banyak masa lagi kan? Bukannya satu sem je kita kat sini tapi enam sem. O.k, aku nak cepat ni. Aku pergi dulu! Jom Syahz.” Izra menarik tangan syahz secepat mungkin.

Syahzran terpinga-pinga dengan keadaan itu. Dia hanya mengikut hanyunan langkah Izra. Mereka menghantar pandangan hampa kepada kedua pasangan itu.

“Izra, kenapa tergesa-gesa ni? Bukan ke kita masih ada banyak masa lagi ni?”

“Kita tak boleh berlama-lama di situ nanti tersangkut.”

“Hah, sangkut? Apasal pula?” Lagi Syahzran pelik dengan kata-kata Izra. Tidak mengerti apa maksud Izra yang sebenarnya.

“Kau akan tahu nanti Syahz bila kau dah kenal dia orang. Buat masa ni kau ikut je cakap aku. Jangan banyak Tanya nanti aku gam mulut kau.”

“Amboi …garang betul minah sorang ni. Karang aku kiss kau baru tau!”

“Hah, kau nak kiss aku Syahz? Cubalah kalau dapat.”

“Ooo… kau nak main-main dengan aku ye. Meh sini!” Syahzran terus mengejar Izra yang sudah pun membuka langkah seribu. Gelak ketawa mereka kedengaran. Suasana ini juga menimbulkan kehairanan kepada pelajar-pelajar lain yang menyaksikan aksi mereka berdua.

Tanpa Izra sedari seseorang telah melintas di hadapannnya. Izra tidak sempat membrek lalu satu pelanggaran terjadi. Habis buku-buku dan kertas-kertas berupa nota berterbangan lalu jatuh bertaburan di atas lantai kaki lima. Izra pula sudah jatuh terjelepuk di atas lantai. Mujur tidak mencium lantai simen kaki lima. Kalau tidak di mana mahu dia meletakkan mukanya yang cun habis itu? Dia mula menggosok punggung. Syahzran cepat-cepat menghampiri Izra.

“Kau ok ke Iz?” Syahzran cuba menolong membangunkan Izra.

“Adoi… sakit gila punggung aku ni.” Berkerut-kerut dahi Izra menahan rasa sakit.

“Tula kau… lari tak ingat dunia lagi. Dah la tolong aku kutip buku-buku student ni.”

“Yelah…” Izra mula memungut satu persatu buku yang bertaburan di atas lantai.

“Nah buku awak. Sorry ye saya tak sengaja tadi. “ Izra tersenyum manis.

Pemuda itu hanya menyambut huluran Izra. Tidak pula dia mengucapkan terima kasih kepada Izra. Izra mula merasa pelik. Hai tak kan dengan senyuman aku dan suara aku yang merdu ni dia boleh jadi bisu kot? Ke sememangnya dia bisu? Ish, apalah kau ni Iz… Tak baik mengata orang sesuka hati. Biarkan dia. Agaknya dah tertawan dengan aku la tu. Hahaha… Izra masih lagi mengekalkan senyuman manisnya. Sebaik sahaja dia mnedongakkan wajahnya memandang pelajar tersebut, tiba-tiba senyumannya mati. Lidahnya kelu. Bola matanya membutang.

Apakah ini hanya satu mimpi? Atau ianya realiti? Harap-harap ia satu mimpi. Mimpi yang sesingkat mungkin. Izra mahu terjaga dari mimpi yang mengerikan ini. Arrgghhh…tidakkkk!!! Izra, cepat lah sedar dari terus terlena dengan mimpi ngeri ini!


No comments:

Post a Comment

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!