Faleq bergegas menaiki tangga menuju ke biliknya. Ada sesuatu yang mahu dicarinya. Habis semua barang di dalam bilik dipunggah. Seakan-akan tongkang pecah biliknya kelihatan. Dia tidak hiraukan semua itu. Apa yang penting barang yang dicari mesti ditemui.
Ah, jumpa pun akhirnya! Faleq tersenyum puas. Dia menarik keluar kamera digital dari kotak simpanan barang-barangnya. Boleh guna ke lagi kamera ni? Harap-harap bolehlah… Faleq membelek kamera itu beberapa kali. Ditekan-tekan punat yang berada di kamera. Akhirnya dia dapat melihat gambar-gambar yang masih tersimpan di memory card kamera tersebut. Tersenyum dia seorang diri. Tiba-tiba jarinya berhenti menekan punat seterusnya. Gambar yang terpapar sekarang betul-betul menarik perhatiannya. Terus sahaja dia bergegas mengambil laptop kesayangan memasukkan gambar tersebut ke dalam laptop. Terimbas kembali suasana tersebut di dalam layar kenangannya.
Mata Umairah tertutup kemas dengan ikatan sapu tangan milik Faleq. Faleq memimpinnya ke suatu tempat.
“Faleq, kenapa saya kena tutup mata pula? Awak ni sengaja nak mendera saya. Dari awal saya masuk sekolah sampai la sekarang ni. Apa best sangat ke tengok saya dipermainkan?” Umairah meluahkan rasa hatinya. Dengan segera Faleq melekapkan jari telunjuk ke bibir Umairah.
“Sshhh….saya tahu Umairah, saya banyak buat salah kat awak. Saya minta maaf.”
Umairah terdiam seketika apabila mendengar ucapan maaf daripada Faleq. Tersentuh juga hatinya untuk memaafkan Faleq.
“Tapi hari ni saya tetap nak kenakan awak lagi!”
Cis, Faleq… tiada maaf bagimu! Umairah merentap tangannya dari pegangan Faleq.
“Umairah, kenapa ni?”
“Saya boleh jalan sendirilah. Saya bukannya budak kecik lagi.” Tanpa disedari Umairah terpijak ranting kayu besar dan tubuhnya hilang imbangan. Nasibnya baik ada tangan yang sempat membantunya dari jatuh tersembam. Terus dia berpaut pada lengan tersebut.
“Awak tak apa-apa Umairah?”
“O.k, o.k… saya o.k… tak ada apa-apa…” Umairah kalut menjawab pertanyaan Faleq. Wajahnya kini bertukar merah.
Faleq tersenyum dengan gelagat Umairah. Dirasakan seperti comel di matanya.
“Tulah, orang dah hulurkan bantuan tak nak.” Umairah hanya mencebik. Geram sikap Faleq yang suka mengenakannya.
“Siapa suruh tutup mata saya macam ni?”
Faleq dengan segera mencapai jemari Umairah lalu digenggamnya erat.
“Ikut saja saya o.k?” terus Faleq menarik Umairah mengikut langkahnya menuju ke destinasi di mana Nana dan yang lain-lain berada. Umairah hanya menurut. Malas mahu bertekak dengan Faleq lagi.
Kini mereka berdua sampai ke destinasi yang ditujui. Kelihatan Nana, Dila, Mieza, Kay dan Joey sedang sibuk menyusun makanan di atas meja. Faleq memberi isyarat kepada mereka supaya bersedia. Setelah semuanya bersedia, Faleq membuka ikatan sapu tangan yang menutupi kedua-dua belah mata Umairah. Serentak itu mereka menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada Umairah. Terharu Umairah dengan rakan-rakan kelasnya itu kerana sanggup meraikan hari jadinya pada hari itu. Itu adalah hadiah yang paling bermakna bagi dirinya.
Seorang demi seorang memberikan hadiah kepada Umairah. Umairah mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sanggup bersusah payah meraikan hari jadinya.
“Hai, Faleq… kau tak bagi hadiah kat Umairah ke?” Tanya Nana. Faleq yang sibuk menjamah makanan buat-buat tidak tahu sahaja dengan pertanyaan Nana.
“It’s ok Nana. Korang dah bagi ni pun aku kira bersyukur daripada tak dapat langsung.” Umairah tersenyum kepada Nana.
“Nah, ambik ni… hadiah daripada Amirul Faleq. Karang tak bagi merajuk pulak.” Faleq meletakkan hadiahnya di atas meja di hadapan Umairah. Sempat lagi dia mengerling wajah gadis itu untuk melihat reaksinya.
“Terima kasih Faleq tapi ikhlas ke ni?” Umairah memandang Faleq.
“Ikhlaslah… bukalah hadiah tu. Tengok apa di dalamnya.”
Umairah cepat-cepat membuka hadiah tersebut. Seutas rantai perak melurut jatuh di jemari Umairah. Berkilauan menerjah mata mereka semua.
“Faleq, cantiknya…” Dila memuji.
“Hebatlah kau. Pandai kau cari.” Kay menepuk bahu Faleq.
“Eh, eh… loket dia berukiran burung hantu pakai spek mata?” Nana mengerutkan kening sambil memandang faleq. Tahu niat sebenar Faleq. Faleq hanya buat tidak tahu saja.
“Tapi serius comel. Aku jealous tau!” Sambung Nana kembali.
“Alah, apa kau susah Nana, nanti birthday kau suruh la kau punya balak tempahkan satu untuk kau.” Joey memberi saranan.
“Suka suki hati kau je Joey! Ada minta permission kat aku dulu? Ada aku approve? Never… that locket just only one in this world created by Amirul Faleq o.k. Just for Umairah. No copying!” tegas kata-kata Faleq.
Semua terdiam dengan kata-kata Faleq sebentar tadi. Hairan mereka dengan Faleq. Joey tersalah cakapkah? Tak kan bergurau macam tu nak hangin? Ish, tak faham… tak faham…
Melihatkan keadaan yang menjanggalkan itu Umairah berasa serba salah. Kerana dia mereka begitu. Dia cuba memecahkan keheningan.
“Awak ni Faleq… jahatlah. Apa-apa pun terima kasih ye hadiahkan saya rantai ni… saya suka…” Umairah tunduk malu.
Sebaik sahaja mendengar ungkapan itu Faleq mengangkat wajah memandang Umairah. Yes, Umairah suka hadiah aku! Jerit Faleq di dalam hati.
Faleq tersenyum mengenangkan semua itu. Kenangan itu akan sentiasa tersimpan kemas di hati Faleq. Umairah, bila kita dapat bertemu kembali? I miss you so much…
“Ah, akhirnya… aku merdeka!” Jerit kay gembira.
“Seronok sangat dah lepas ye.” Kata Mieza.
“Aku pun rasa lega. Yelah, setelah berhempas pulas study nak jawab kertas peperiksaan. Nak pulak masuk dewan peperiksaan tu. Rasa nak meletup je kepala otak aku ni. Akhirnya hari ni selesai juga.” Celah Nana.
“Kalau macam tu apa kata kita celebrate dulu dengan makan-makan ke…” Faleq mengutarakan pendapatnya.
“O.k jugak tu.” Ujar Joey.
“Great idea.” Kay memetik jari.
“Apa lagi jomlah.” Nana melangkah terlebih dahulu daripada mereka.
Sampai saja di café mereka terus memesan makanan dan minuman. Berborak sesama sendiri mengenangkan kisah lama. Kay membelek majalah yang dicuri dari bilik adiknya.
“Huh, tak ada cerita yang menarik langsung!” bentak Kay.
“Kau ni nak marah-marah kenapa? Kalau tak nak baca bak sini bagi aku je.” Joey menadah tangan.
“Nah lah… bosan!” cemuh Kay.
Joey menyambut majalah dari tangan Kay sambil tersenyum. Dibeleknya satu persatu cerita di dalam majalah tersebut. Tiba-tiba matanya membulat.
“Wei, wei, korang. Ni ada berita panas. Mieya akan kembali!”
“Biar betul?” Nana tidak percaya.
“Sini aku tengok.” Kay merampas kembali majalahnya.
“Korang ni cepat betul percaya khabar angin. Entah betul entah tidak Mieya tu akan kembali.” Faleq buat tidak endah dengan khabaran itu.
“Faleq, yang ni betul-betul la Faleq. Dia orang dah siap jual tiket sekarang ni. Mieya nak buat performance kat Stadium Putra Bukit Jalil.” Sangkal Kay.
“Kalau macam tu… aku nak pergilah.” Kata Nana riang.
“O.k aku tolong tempah tiket. Siapa nak pergi?” Tanya Kay.
“Kau tempah je 5 keping tiket. Kita kan fan Mieya. Tak ada siapa pun yang tak nak pergi. Betul tak korang.” Soal Joey.
Mereka semua mengangguk.
“5 keping tiket sedia ditempah!”
Pesawat boeing 737 selamat mendarat di Lapangan terbang KLIA. Seorang gadis remaja keluar dari perut pesawat menuju ke balai ketibaan. Senyuman tidak lepas dari bibirnya sejak dia melangkah masuk ke dalam perut pesawat lagi. Ah, Malaysia… negara yang aku cinta. Betapa aku merinduimu. Sudah lama aku menantikan saat ini. Akhirnya… welcome back Dharmia Umairah! Dia terimbau kembali kisah lama ketika Di Malaysia. Guys, here I come! Umairah memakai kaca mata hitam. Dengan begitu yakin dia mengatur langkah.
Loceng di pintu pagar ditekan beberapa kali. Umairah sabar menunggu kedatangan penghuni rumah tersebut. Tidak lama kemudian pintu pagar dibuka secara automatik. Umairah menarik masuk beg pakaiannya. Tidak lekang dengan senyuman di bibir. Mak su Alya menyambutnya dengan senyuman lebar. Disalam, dipeluk, dicium barulah Umairah bertanya khabar.
“Mak su, konichiwa! Ogenki desuka? Genki desu.” Umairah bertanya dengan penuh ceria.
“Wait, wait…Mieya. What are you talking about? Mak su tak faham. Boleh perjelaskan? Sini bukan Tokyo sayang… sini Malaysia dah.” Mak su Alya mengeleng. Lupalah tu dah sampai Malaysia.
“Oh, gomen nasai Mak su. Mieya tak perasan. Rupanya Mieya ada kat Malaysia sekarang ni. Patutlah Mak su muka blur je tadi.” Umairah tersengih.
“Mieya…Mieya… jom masuk.” Mereka bedua melangkah masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu.
“Papa dengan mama kirim salam pada Mak su.”
“Waalaikum salam…”
“Wah, besar juga rumah mak su ni… cantik.”
“Biasa-biasa je Mieya… hah, kata nak datang next week. Kenapa awal dah sampai?”
“Tukar plan mak su. Dah rindu sangat kat Malaysia ni. Lagi pun Mieya nak rasa tinggal rumah baru mak su ni.” Mereka berdua mengambil tempat duduk di sofa ruang tamu.
“Ye ke? Bukan rindu orang kat sini ke? Sampai tak sabar-sabar nak balik Malaysia. “
“Hmm… maybe. Mak su, onakaga suiteimasu…” Umairah merengek manja sambil mengosok perutnya.
“Sudah-sudahlah cakap Nippon tu… Nippon pun dah balik Jepun habis perang dunia ke dua. Mak su tahu Mieya tu lapar siap gosok perut lagi. Petandanya nak kena isilah tu… Dah, jom ke dapur. Mak su dah siapkan makanan.”
“Really? Arigatou mak su! Aishiteru!” jerit Umairah kemudian memeluk mak su Alya erat. Mereka berdua melangkah ke dapur.
Sudah seminggu Umairah berada di bumi Malaysia. Selama itulah juga dia meronda ke merata pelosok Kuala Lumpur menggunakan kereta mak su Alya mencari teratak kediaman Amirul Faleq. Dia sudah lupa akan jalan ke sana. Manakan tidak hanya sekali saja dia pernah menjejakkan kaki di sana. Itu pun secara kebetulan. Ketika itu dia mengalami kemalangan kecil dan tidak sedarkan diri. Faleq yang memberikan bantuan membawanya ke sana.
Harap-harap hari ni jumpalah aku rumah Faleq. Aku harus terangkan segala-galanya pada dia. Jika tidak dia akan kecewa dengan aku dan anggap aku seorang penipu. Walau apa pun terjadi aku harus beritahu dia. Umairah berazam. Dia terus membelok ke kiri kemudian ke kanan. Akhirnya jalan yang dicari dijumpai. Dia tersenyum riang. Yes, inilah rumah dia! Umairah memberhentikan kereta di bahu jalan. Umairah keluar dari perut kereta. Pintu kereta ditutup. Terus saja dia melangkah menuju ke pintu pagar banglo dua tingkat yang tersergam indah. Loceng ditekan. Beberapa saat kemudian dia didatangi seorang lelaki tua berkemungkinan pemandu peribadi tuan rumah tersebut.
“Assalamualaikum pakcik!” ucap Umairah sambil tersenyum.
“”Waalaikum salam… ye nak, cari siapa?” soal Pak Mat.
“Er… ini rumah Amirul Faleq ke Pakcik?”
“Ye… anak ni rakan sekolah dia ke?”
“Ye pakcik. Aa… dia ada kat rumah ke sekarang? Boleh saya berjumpa dengan dia?”
“Minta maaflah nak… Faleq baru saja keluar. Kalau anak cepat sikit tadi mungkin boleh jumpa.”
“Kalau macam tu, tak apalah pakcik. Saya minta diri dulu. Nanti sampaikan salam saya pada dia. Kata kan saya Dharmia Umairah.”
“Baiklah nak… nanti pakcik sampaikan.”
“Terima kasih pakcik.” Umairah berlalu dari situ dengan perasaan hampa.
“So, bagaimana Mieya? Dah jumpa?”
“Hmm… rumahnya dah jumpa tapi tuannya pula tak jumpa mak su. Mieya betul-betul kecewa. “ Mieya mengambil tempat duduk di sebelah mak su Alya yang sedang menonton televisyen.
“Sabarlah Mieya. Masih banyak masa lagi.” Mak su Alya mengosok-gosok bahu Umairah.
“Lepas ni Mieya tentunya sibuk nak concentrate dengan persembahan Mieya. Tiada masa dah mak su. Agaknya kita orang ni tak ada jodoh.” Lirih suara Umairah.
“Hish, tak baiklah cakap macam tu. Fight till you die ok? Lepas konsert kan boleh cari.”
“Tak tahu lagilah mak su. Papa dengan mama tak kasi Mieya berlama-lama di sini. Takut kejadian lama berulang kembali. Lagi pun kuliah Mieya akan bermula tak lama lagi. Mungkin selepas konsert Mieya akan terbang semula ke Tokyo.” Umairah berwajah muram. Masih adakah pertemuannya dengan Faleq lagi? Hanya tuhan yang mengetahui.
“Hmm… kalau macam tu… apa kata Mieya beritahu perkara sebenar ketika penghujung concert. Tapi Mieya kena beranilah…”
“Ermm… baiklah mak su Mieya akan cuba.”
“Macam tulah anak sedara mak su kena berani.” Mak su Alya memeluk Umairah. Umairah membalas pelukan itu.
Mungkin cadangan mak su ini akan berhasil. Baiklah aku akan cuba. Aku tak kan mengaku kalah. Umairah menguatkan azamnya.
Stadium National Bukit Jalil kini dipenuhi ribuan peminat Mieya Mayra. Tidak berapa minit lagi konsert akan bermula. Nana dan rakan-rakannya berhimpit mendapatkan kawasan di hadapan pentas. Dengan itu dapatlah mereka menyaksikan persembahan Mieya dengan jelas. Tiba-tiba lampu stadium dimatikan. Semua yang berada di situ senyap serta merta. Kedengaran satu suara mengalunkan lagu. Lampu sportlight dipasang dan kelihatan sedang mencari di mana suara itu kedengaran. Muncul Mieya Mayra di tengah lautan peminatnya yang membanjiri stadium. Bergegar sorakan dan tepukan gemuruh dari peminat di dalam stadium.
“Assalamualaikum semua! Apa khabar? Terima kasih kerana masih menyokong saya dengan kehadiran para peminat saya pada hari ini di koncert kedua saya ini. Tanpa anda semua siapalah saya. O.k dengan itu terimalah daripada saya…” Mieya berlari menuju ke atas pentas. Muzik telah dimainkan dan dia mula menyanyi. Para penonton juga turut sama menyanyi mengikut rentak muzik yang dialunkan. Nama Mieya turut juga dilaungkan berkali-kali berserta dengan sorakan. Mieya berasa terharu sekali dengan sambutan peminat-peminatnya.
Mieya tiba-tiba turun dari pentas lalu pergi ke arah peminat-peminatnya. Sambil menyanyi dia turut bersalaman setiap orang di situ. Mata Nana sudah terpancar sinar. Tidak berapa saat lagi dia dapat bersalaman dengan Mieya. Begitu juga Kay. Dengan senyuman yang penuh bermakna dia memandang Mieya. Berlainan pula Faleq. Seperti memikirkan sesuatu dia memandang Mieya. Satu persatu terimbas kembali di kotak fikirannya.
“Kertas apa tu? Bak sini saya tengok.”
“Hei, apa ni? Faleq, minta la balik kertas tu!” jerit Umairah cuba merampas kembali kertas itu.
“Ha? Concert Tour of Asia?” Faleq terus ketawa. Umairah mencebik sambil merampas kembali kertas itu.
“Awak demam ke apa? Tiba-tiba je berangan nak buat konsert. Tour of Asia pula tu…”
Fikiran Faleq terus berputar lagi.
Umairah memegang tangan Faleq.
“Faleq, awak tak payah pergilah…”
“Kenapa pula?”
“Mieya tak akan buat persembahan hari ni.”
“Mana awak tahu?”
“Sebab…er… sebab saya dapat rasa.”
Terimbas kembali setiap kali kemunculan Mieya setiap kali itulah Umairah akan menghilangkan diri. Berita kemalangan Mieya dan kemudiannya menghilangkan diri turut sama melanda Umairah yang tiba-tiba menghilangkan diri dan dikatakan sudah berhenti secara mengejut. Tiba-tiba matanya tertacap sesuatu. Bagai dikenali rantai yang melilit di leher jinjang Mieya. Faleq betul-betul tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang ini.
Tak… tak mungkin… Mieya adalah…
Mieya kini tegak berdiri di hadapan Faleq. Tangannya dihulur sambil tersenyum. Mata mereka bertentangan. Senyuman Mieya mati tiba-tiba. Dia turut terpana dengan pertemuan itu. Lidah kelu untuk berkata. Faleq menyambut huluran Mieya. Menatap wajah yang dirinduinya itu seketika.
“Nice to meet you… Umairah…” Terkedu Umairah dengan ungkapan Faleq.
Orang ramai beransur-ansur keluar dari stadium Putra Bukit Jalil sebaik sahaja konsert tamat. Nana dan rakan-rakan turut sama menyertai mereka.
“Eh, Korang aku nak pergi tandas dulu. Dila, Mieza nak ikut?” Nana memandang kepada Dila dan Mieza.
“No, thanks.” Jawab Dila. Mieza hanya mengeleng.
“Nana, kita orang tunggu kat kereta jelah ye.” Kay bersuara.
Nana mengangguk. Mereka berempat meneruskan langkah.
“Eh, apasal Faleq blah cepat sangat? Ada yang tak kena ke dengan dia?” Mieza tiba-tiba mencetuskan persoalan mengenai Faleq.
“Ntah, aku pun tak tahu. Tadi aku nampak muka dia macam shocked. Tak tahu la kenapa.” Kay merasakan ada sesuatu yang berlaku kepada Faleq. Akan disiasat perkara ini.
Nana sibuk membasuh tangan di sinki tandas. Di dalam fikirannya tercetus persoalan mengenai Faleq. Mengapa dengan Faleq hari ni ye? Tiba-tiba saja minta diri. Selalunya tu sampai akhir konsert masih tak berganjak. Ada apa-apa terjadi ke? Hmm… baik aku hantar mesej kat dia. Nana mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar jeans. Dia sibuk menaip mesej.
“Nana…”
Nana berhenti menaip mesej. Dipaling wajah ke arah suara yang memanggilnya.
“Mie… Mieya???” tersentak Nana dengan kemunculan Mieya Mayra di hadapannya. Tidak disangka orang yang memanggil namanya sebentar tadi adalah Mieya Mayra penyanyi pujaannya serta rakan-rakannya. Tapi… bagaimana dia tahu nama aku? Dia kenal aku ke?
“Apa khabar Nana?” Umairah mengukir senyuman.
“Ba… baik. Ta… tapi bagaimana Mieya tahu nama saya?” Tergagap-gagap Nana bertutur bersama Mieya yang tiba-tiba muncul di hadapannya itu.
Mata Nana beralih lalu tertacap sesuatu yang berada di dada Mieya. Seperti dikenali. Ah, rantai tu! Tak mungkin! Yang berdiri di hadapan aku ni Umairah! Nana beberapa kali mengeleng kepalanya.
“Kau, Umairah!”
“Ya Nana. Aku Dharmia Umairah classmate korang. Aku juga Mieya Mayra artis pujaan korang dan bahan gossip korang ketika di kelas. Aku minta maaf dengan apa yang dah aku lakukan pada korang semua. Aku terpaksa.” Umairah tunduk. Dia merasakan dirinya begitu kecil di hadapan Nana.
“Sebenarnya apa yang dah berlaku Umairah? Kenapa tiba-tiba kau hilangkan diri tanpa khabar berita?” Tanya Nana ingin tahu. Dia tidak mahu lagi Umairah berahsia. Ini akan membuatkannya berasa lebih sangsi terhadap Umairah.
Umairah tanpa berselindung lagi terus menceritakan segala-galanya kepada Nana. Dari awal pembabitannya dalam dunia seni hinggalah sekarang. Tiada satu pun yang tertinggal kecuali hal-hal yang berkaitan betul-betul peribadi.
“Baiklah, aku akan maafkan kau dengan satu syarat.”
“Syarat?” Umairah mengerutkan dahi. Nana mengangguk.
“Syaratnya kau kena berterus terang di hadapan rakan-rakan kita secara terbuka. Kita orang akan adakan majlis perpisahan di dewan sekolah. Dan masa tu kau harus terangkan segala-galanya. Macam mana?”
Agak berat juga syarat yang dikenakan bagi Umairah. Lama dia berfikir. Akhirnya dia bersuara.
“Baiklah… aku setuju.” Mendatar suara Umairah. Nana tersenyum puas. Dia memberikan nombor telefonnya kepada Umairah supaya senang untuk Umairah menghubunginya.
“Er… Nana. Aku harap pertemuan kita ni dirahsiakan. Jangan sesiapa pun tahu sampailah waktunya ok?”
“O.k aku rahsiakan. Aku gerak dulu. Diorang dah lama tunggu tu. Jumpa lagi.” Nana melangkah keluar dari pintu tandas sambil diperhatikan Umairah. Sebaik sahaja kelibat Nana hilang dari pandangan Umairah melepaskan keluhan. Apa-apa pun dia harus menghadapinya.
Faleq berdiri di balkoni rumahnya sambil memegang tin coca cola. Pandangannya jauh menghala ke hadapan. Beberapa kali air di dalam tin diteguk. Sehingga habis air masih juga tidak hilang rasa panas yang membara di dalam.
Why Umairah? Why??? Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Kau tipu aku, kau tipu rakan-rakan sekolah, kau tipu semua orang. Aku tak sangka kau begini. Setelah kau curi hati ini… Damn you! Satu tumbukan padu singgah di dinding. Auchhh! Faleq menjerit kecil. Dia mengibas-ngibas tangannya sambil mengerutkan muka menahan sakit. Buku limanya kini memerah.
Malam yang dinanti-nantikan telah tiba. Dewan sekolah sudah penuh diisi pelajar-pelajar tingkatan 6 atas. Mereka kini sibuk menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh pihak catering yang ditempah khas untuk majlis pada malam tersebut. Nana melirik jam di pergelangan tangan. Kemudian dia menoleh ke luar dewan. Dah pukul berapa ni dia masih tak sampai lagi? Tak jadi ke nak datang malam ni? Atau lewat disebabkan lalu lintas?
“Nana, kau cari siapa?” Mieza menepuk bahu Nana.
“Eh, tak ada siapa. Jomlah makan.” Mereka berlalu ke meja hidangan.
Tidak sampai beberapa saat kemudian sebuah kereta mewah masuk ke perkarangan sekolah. Seorang gadis dengan penuh bergaya keluar dari kereta tersebut. Berjalan melewati bangunan sekolah menuju ke dewan. Langkahnya serta merta terhenti sebaik sahaja bertembung dengan seorang jejaka yang amat dikenali. Mata bertentangan mata. Tiada kata-kata terungkap. Masing-masing membisukan diri. Akhirnya sang jejaka membuka langkah terlebih dahulu melalui gadis itu.
“Faleq!” Faleq mematikan langkah.
“Awak nak apa lagi Umairah? Apa awak buat di sini? Segala-galanya dah berakhir. It’s over. Faham!” tegas kata-kata Faleq.
“Faleq, saya tahu saya salah. Tak berterus terang dengan awak. Tak boleh ke awak maafkan saya?” Umairah mula sebak.
“Awak tahu tak Umairah, betapa sakitnya hati saya bila kepercayaan saya terhadap awak telah awak musnahkan. Sekarang ni dah tak bermakna apa-apa lagi pada saya. Nama awak sudah tiada dalam kamus hidup saya.”
“Dengar dulu penjelasan saya Faleq…” Umairah tidak mahu mengalah.
“Sudahlah Umairah. Baiklah awak balik. Tiada guna pun awak berada di sini hanya untuk melukakan hati orang lain.” Faleq sudah membuka langkah.
“Faleq, tunggu dulu!” air mata sudah membasahi pipi gebu Umairah.
Faleq tetap meneruskan langkahnya. Dia tidak akan mendengar rintihan Umairah lagi. Akhirnya kelibat Faleq hilang dari pandangan.
“Faleq…” Umairah terduduk di lantai. Dia menekup wajah. Menangis semahu-mahunya. Adakah ini pengakhiran kisahnya bersama Faleq? Dia tidak mahu ini berlaku tapi apakan daya…
Nana yang menyaksikan adegan itu dari jauh terus mendapatkan Umairah. Dipegang bahu Umairah. Umairah mendongak. Dilihatnya Nana sedang berdiri tegak sambil menghulurkan tisu kepadanya.
“Thanks.” Umairah menyambut huluran tersebut.
“Kalau kau dah o.k nanti beritahu aku.” Nana beredar dari situ meninggalkan Umairah keseorangan.
“Attention!!! Attention please!!!” Nana mengawal suasana di dalam dewan. Semuanya kini memberikan perhatian kepada Nana.
“Saya harap apa yang akan disampaikan di sini nanti mendapat kerjasama rakan-rakan semua. Nilai yang mana baik dan yang mana tidak. Jangan terus menghukum. Tiada salahnya kita member kemaafan. Lagikan Rasulullah s.a.w memaafkan umatnya inikan pula kita. Saya harap rakan-rakan semua mendapat iktibar. Buang yang mana keruh dan ambil yang jernih.” Nana beredar dari pentas mendapatkan Umairah.
“Baiklah Umairah, aku harap kau berjaya.” Nana menepuk bahu Umairah sambil mengukir senyuman.
“Terima kasih Nana. Kau dah banyak tolong aku.” Terus tubuh Nana diraih Umairah. Kemudian langkahnya diatur dengan kemas menuju ke atas pentas. Walaupun gementar dia tetap mahu lakukan.
Seluruh dewan kini gempar dengan kemunculan Mieya di atas pentas. Tidak disangka malam itu mereka menyaksikan persembahan Mieya.
“Biar betul Nana ni? Mieya yang dia jemput. Giler best.” Joey tidak berkelip mata memandang Mieya.
“Hebat betul Nana. Mana dia dapat nombor contact Mieya ha?” Dila hairan lalu memandang Kay.
“Entah. Tapi memang marvelous la Nana. Ni yang aku sayang lebih kat Nana ni.” Sengih Kay. Dila menjeling tajam.
“Er…Tapi kat kau… lebih sikit dari Nana.” Sambung Kay lagi. Sempat dia menangkap secarik senyuman terukir di bibir Dila.
“Er… assalamualaikum… semua. Apa khabar?”
Semua terdiam sebaik sahaja suara Mieya menerombosi Mikrofon yang digunakan.
“Dila, Kay, Mieza, Joey… apa khabar?” Mieya melemparkan senyuman kepada mereka berempat.
Saat itu Joey rasa seperti mahu terbang. Jantungnya berdegup laju. Kay seperti mahu jatuh rahangnya menganga sebaik sahaja mendengar namanya disebut Mieya. Dila dan Mieza betul-betul terkejut dengan keadaan itu. Biar betul Mieya tahu nama dia orang? Tak kan Nana beritahu kot?
“Apa yang saya nak perkatakan di sini adalah benar. Saya harap rakan-rakan semua dapat bersabar dengan penjelasan saya ini dan nilailah setelah itu.” Mieya memandang setiap orang rakan-rakannya. Namun wajah yang dicari tiada di situ.
“Rakan-rakan masih ingat lagi pada seorang gadis bernama Dharmia Umairah? Seorang yang dianggap nerd berada di kelas 6 rendah sains 1. Dia memakai cermin mata berbingkai bulat dan digelar burung hantu. Tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita kemudian diberitahu sudah berhenti dari sekolah.
Kalau rakan-rakan nak tahu… sayalah gadis itu.”
“Apa???” seluruh dewan menjadi gamat kembali.
“Tak mungkin…” Kay betul-betul terpana.
“Betul kan? Apa yang aku kata dulu… Mieya pelajar sekolah kita. But Umairah… Miieya… nonsense. No way!” Joey rasa seperti hilang akal.
“Mieya is Umairah???” Dila rasa seperti tidak logik. Mieza hanya mengangguk sambil memandang Mieya di pentas. Dia juga turut terkejut seperti rakan-rakan lain.
“Ya, sayalah Umairah dan saya jugalah Mieya Mayra. Saya berasal dari Tokyo, Jepun. Dilahir dan dibesarkan di sana. Ibu bapa saya ahli perniagaan di Bandar besar Tokyo. Bapa saya berketurunan jepun dan ibu saya berketurunan melayu. Atas permintaan saya, mereka membenarkan saya berhijrah ke Malaysia untuk mempelajari adat resam dan budaya orang melayu. Di sini saya menetap bersama mak su saya yang mengendalikan syarikat milik keluarga saya juga. Ketika itu umur saya baru mencecah 16 tahun. Saya meneruskan karier saya sebagai penyanyi ketika masih menetap di Tokyo. Di sana sememangnya nama saya sudah dikenali ramai tetapi apabila di sini saya bermula dari bawah kembali sehinggalah ke tahap ini. Alhamdulillah… usaha saya berhasil.
Mengenai hal kemalangan yang menimpa saya tempoh hari, memang sebelum itu kereta kami kerap diekori oleh sebuah kereta yang tidak dikenali. Dalam melarikan diri daripada diekori kami terlibat dengan kemalangan ngeri. Pemandu saya cedera parah. Saya pula koma hampir sebulan lamanya. Keluarga saya yang menguruskan segala-galanya dengan rapi sehinga pihak media tidak dapat mengesan kehilangan saya dari dunia seni Malaysia. Persekolahan saya juga turut diberhentikan. Sebaik saja saya tersedar dari koma saya sudah berada di bumi Tokyo. Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana saya di bawah kawalan ketat oleh ibu bapa saya. Sebaik sembuh dari sakit saya didaftarkan di University of Tokyo, Japan. Mengambil jurusan berkenaan perniagaan. Karier saya tetap diteruskan walaupun tidak sehebat dahulu.
Saya minta maaf kepada rakan-rakan semua kerana penyamaran saya itu. Saya bukannya mahu berbuat begitu tetapi kerana terpaksa saya lakukan juga. Ini adalah kerana keselamatan saya dan juga untuk ketenteraman sekolah. Saya tak mahu rakan-rakan saya diganggu oleh pihak-pihak tertentu bagi mendapatkan bahan cerita mengenai saya. Biarlah saya dan rakan-rakan belajar dengan aman dan tenteram. Itulah yang saya mahu. Sekali lagi saya mohon maaf.” Umairah tunduk.
Dewan menjadi sunyi seketika. Tiba-tiba terdengar seperti seseorang memberikan tepukan tanda sokongan terhadap Umairah. Umairah mengangkat wajahnya. Rupa-rupanya Farhan yang berbuat begitu. Akhirnya semua menurut Farhan sekaligus memberikan tepukan gemuruh kepada Umairah. Umairah begitu terharu dengan penerimaan rakan-rakannya. Air mata gembira mengalir laju membasahi pipi. Nana dengan gembira terus naik ke atas pentas memeluk Umairah. Diikuti Dila dan Mieza. Kay dan Joey turut serta di atas pentas.
“dah, dah la tu wei… aku pun nak juga.” Sengaja Kay mengusik mereka berempat.
“Apa kau nak kena siku ke Kay?” Nana menjegilkan mata.
“Biasalah tu Nana… tak kan kau tak kenal Kay.” Sengih Joey. Sambil itu dia mengerling ke arah Umairah. Sungguh dia tak percaya Umairah adalah gadis yang sentiasa diminatinya itu. Mieya mayra… rupa-rupanya aku hari-hari jumpa kau satu waktu dahulu. Kalaulah aku tahu dari awal…
“Wait seminit. Aku ada permintaan. Aku nak Mieya… eh, Umairah nyanyikan satu lagu. Bolehkan Umairah?” Kay kenyit mata. Umairah ketawa dengan aksi Kay itu.
“Boleh je… kerana korang apa-apa pun boleh.”
“Hah, apa kata lagu Ella, gemilang!” saran Nana.
“O.k juga tu. Macam mana Umairah ok?” Tanya Kay.
“Boleh… tapi kau petik gitar ye?”
“O.k” Kay bersedia mengambil gitar.
“Kita buat versi unplugged.” Umairah sudah bersedia dengan mikrofon di tangan.
Gitar dipetik. Umairah memulakan nyanyiannya.
Terjaga ku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu
Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini
“Alright, we sing together!” jerit Umairah. Dewan kini gamat dengan tepukan dan sorakan pelajar-pelajar 6 atas. Mereka bersedia menyanyi bersama.
Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mata ku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menungu tika dan masa
Bersama-sama tempuhi segala
Saat geilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untuk ku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar…
Tanpa mereka sedar, sepasang mata sudah lama memerhatikan mereka dari jauh. Segaris senyuman terukir di bibirnya.
Umairah… you’re so adorable. Semua orang sayangkan kau. Kau juga menarik. Membuatkan aku tertarik pada kau. Berani, tak mudah mengalah dan juga seorang yang penyabar. Kerana sifat-sifat itulah mengapa aku suka pada kau. Tak mungkin aku akan memiliki kau. Kau kepunyaan semua orang. Kau superstar di hati kami. Teruskan umairah… teruskan melangkah agar kau bisa menawan dunia luar. Aku di sini akan sentiasa mendoakan kejayaanmu. Aku, Amirul Faleq akan sentiasa menyokong kau tidak kira di mana jua kau berada…
Faleq memakirkan keretanya di kawasan letak kereta. Dia terus melangkah menuju ke restoran starbucks coffee di mana rakan-rakan yang lain berada.
“Apahal korang nak jumpa aku hari ni? Ada hal penting ke?” Faleq menarik keluar kerusi yang masih kosong dari meja lalu duduk.
“Memang ada hal penting kami nak jumpa kau ni.” Jawab Kay.
“Kau ni kenapa Faleq? Semalam Mieya buat penjelasan secara terbuka kepada kita semua tapi kau pula tak ada. Kau pergi mana?” soal Joey.
“Aku… ada hal semalam. Sebab tu aku pulang awal.” Dalih Faleq.
“Hal berkenaan dengan Mieya?” soal Nana memerangkap Faleq.
“Mieya tak ada kena mengena dengan aku.”
“Tak ada kena mengena kau kata? Semalam tu apa? Drama apa yang korang mainkan? Kau terus blah macam tu saja tanpa beri dia peluang untuk memperjelaskan hal yang sebenar.”
Faleq terkejut dengan dengan kata-kata Nana. Nana Nampak ke insiden semalam? Aku rasa hanya aku dan Umairah je semalam. Tak Nampak pun bayang-bayang Nana.
“Sudahlah Nana… Aku tak nak dengar lagi nama dia. Sakit hati aku ni dia buat macam tu kat kita. Agaknya dalam hidup dia suka tipu orang tak? Yelah… dia kan artis. Artis kalau cakap apa pun depan kamera semua orang percaya tapi hakikatnya temberang semua. Kita ni yang dungu pergi percaya bulat-bulat memanglah senang kena main. So, lepas ni aku tak dengar dah apa-apa berkenaan dengan Mieya. I threw away her name from my memory. Dah tak ada apa-apa lagi dah. O.k guys?”
“Come on Faleq. Tak kan sampai macam tu sekali? Mieya kan kawan kita. Tak boleh ke kau maafkan je dia. Lagi pun dia buat macam tu kerana terpaksa dan disebabkan kita juga.” Joey pula menyampuk. Dia tidak mahu Faleq berkeadaan begitu. tidak mahu Faleq menyesal satu hari nanti. Umairah adalah sebahagian daripada mereka juga.
“Kenapa kau begini Faleq? Dulu kau tak macam ni. Ke… kau dah jatuh cinta dengan Umairah?” Nana sekali lagi menduga. Terpana Faleq seketika.
“Ak…Aku…mana ada jatuh cinta dengan dia. Korang ni entah apa-apa entah.” Faleq mula gelabah. Kini rahsia hatinya dapat dihidu pula oleh rakan-rakannya.
“Terpulang kat kau la Faleq. Jangan di kemudian hari kau baru nak menyesal sudah. Masa tak boleh diputarkan semula. Sebenarnya aku minta kau ke mari nak sampaikan sesuatu kat kau.” Nana mengeluarkan surat yang telah diamanahkan kepadanya lalu diletakkan di atas meja.
“Mieya amanahkan aku untuk sampaikan kepada kau. Aku harap kau baca. Aku chiao dulu. Kay, Joey jom blah!”
“Bro, fikir-fkirkanlah.” Joey menepuk bahu Faleq lalu beredar dari situ mengejar Nana dan Kay yang sudah ke hadapan.
Faleq melepaskan keluhan berat. Dia mengambil surat yang ditinggalkan Nana untuknya. Maaf Umairah… aku dah kata kau yang bukan-bukan. Tak terniat langsung dihati ni nak menyingkirkan nama kau. You’re always in my heart, Umairah… always!
Faleq keluar dari kereta sebaik sahaja keretanya terpakir di perkarangan bangle dua tingkat milik kedua ibu bapanya.
“Awal balik Faleq? Dah jumpa dengan kawan-kawannya?” tegur Pak Mat yang sibuk mengelap kereta Mercedes benz kepunyaan bapa Faleq.
“Dah Pak Mat. Sekejap je dia orang nak jumpa saya. Lagi pun dia orang ada hal penting lepas tu.”
“Cakap pasal kawan-kawan kamu ni… baru Pak Mat teringat. Ada seorang budak perempuan cari kamu. Dia kata dia kawan kamu. Masa tu kamu tak ada dah keluar. Dia kirim salam pada kamu. Riak muka dia Nampak macam hampa je Pak mat tengok.”
“Bila dia dating sini Pak Mat?”
“Rasanya ada la dalam dua minggu sudah. Apa ke nama dia ye? Bedah… Milah…Merah…” Pak Mat cuba mengingati nama yang diberitahu gadis itu.
“Umairah?” Faleq cuba meneka.
“Hah, betul la tu… Umairah. Pelupa betul Pak Mat ni. Maklumlah dah tua. “ ketawa Pak Mat dengan kata-katanya sendiri. Dia meneruskan kembali kerjanya.
Umairah ke sini cari aku? Sebelum konsert? Hah… apa aku dah buat ni? Faleq seakan tidak percaya dengan perkhabaran itu.
“Pak Mat, saya masuk dulu ye.” Terus saja Faleq melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mendaki tangga menuju ke biliknya.
Faleq menghempaskan diri ke atas katil. Dirasakan perhitungannya sudah salah. Dia tidak patut membiarkan Umairah terlepas dari tangannya. Seharusnya dia menggenggam erat tangan Umairah. Ah, apa patut aku buat? Dia teringatkan surat tadi. Bingkas bangun lalu menyeluk kocek seluarnya. Surat dibaca.
Assalamualaikum…
My dear friend, Faleq… sorry for this letter to you. It must be bothering you right now. I knew it. But please… read it before you throw it into dustbin.
First sight I want to apologize what I’ve done to you. Bukan bermaksud saya nak berbuat begitu kepada awak. Saya terpaksa lakukan demi keselamatan saya dan untuk kawan-kawan semua. Saya tak mahu kerana saya pelajaran kita semua terganggu dengan orang luar. Saya tak paksa awak untuk memaafkan saya. Terpulang kepada diri awak untuk memaafkan saya atau tidak. saya bukan siapa-siapa pada awak hanyalah kawan biasa yang bila-bila awak boleh lupakan jika awak mahu… tetapi saya akan tetap mengingati awak sampai bila-bila.
Awak tahu tak Faleq, saya rasa seronok sangat apabila diberi kebenaran untuk menjejaki tanah Malaysia semula. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya wajah awak. Tak sabar-sabar saya nak bertemu dengan awak semula. Mahu saja saya terbang ke Malaysia pada waktu tu juga tapi saya harus menghabiskan kuliah semester saya dahulu. Saya sendiri pun tidak tahu mengapa dengan saya berkeadaan begitu.
Saya ada pergi ke rumah awak sebelum konsert berlangsung tapi awak tiada. Saya rasa seperti kecewa sangat tak dapat berjumpa dengan awak. Saya tak ada banyak masa lagi di sini. Tak sangka pula kita bertemu di konsert saya pada malam itu. Saya betul-betul terkejut dengan pertemuan tak diduga begitu. semestinya awak kecewa sangat dengan saya bukan? Saya minta maaf…
Saya akan terbang semula ke Jepun petang ni. Mungkin dalam pukul 3.00 petang. Saya doakan awak berbahgia selalu bersama orang-orang yang tersayang. Izinkan saya menyimpan kenangan kita bersama ketika kita berada di SMK Tunas Bakti. Saya dah maafkan segala kenakalan awak pada saya. Sampaikan salam saya pada Dila, Kay, Nana, Mieza, Joey… mereka sangat baik sebenarnya pada saya. I always remember you… miss you always! Yeah, Miss you so much!!!
Arigatou… sayonara…
Your faithfully
-Dharmia Umairah-
@
-Mieya Mayra-
Sebak mula mencengkam di jiwa Faleq. Bagaimana semua ni boleh berlaku. Adakah aku salah percaturan? Umairah… sebenarnya aku juga seperti kau. Rindu untuk bertemu kau. Faleq melepaskan keluhan. Mana mungkin dia akan berjumpa dengan Umairah lagi. Umairah sudah jauh beribu batu meninggalkannya. Masih adakah pertemuan antaranya dengan Umairah lagi? Dia tiada jawapan. Tanpa berfikir lebih panjang dia sudah bergegas keluar dari rumah.
“Faleq, nak pergi mana tu?” Jerit Pak Mat.
Kereta berdecit laju keluar dari perkarangan banglo dua tingkat. Pak Mat hanya mengeleng kepala. Faleq berpaling ke arah jam di dashboard kereta. Masih ada beberapa minit lagi ke pukul 3. Kelajuan harus dimaksimakan. Sudah beberapa kali juga keretanya di hon oleh pengguna jalan raya lain tetapi dia tidak peduli semua itu. Yang penting dia harus sampai sebelum tepat pada waktunya.
Umairah mengambil tempat duduk. Mak su Alya sentiasa menemani di sisi. Tidak lama lagi Umairah akan masuk ke balai berlepas menaiki pesawat menuju ke Tokyo kota kelahirannya. Jam di pergelangan tangan dikerling beberapa kali kemudian memandang sekeliling mencari kelibat seseorang. Dia masih menaruh harapan yang pemuda itu akan datang mencarinya di sini buat kali terakhir.
“Mieya masih menaruh harapan pada dia ye?” tiba-tiba mak su Alya bersuara. Dia memandang wajah Umairah.
“Hah? Tak ada la mak su. Saja Mieya tengok orang ramai yang berada di sini. Sibuk je sepanjang masa ya mak su.”
Mak su Alya hanya tersenyum. Dia tahu apa yang tersirat di hati Mieya. Dia juga pernah mengalaminya suatu waktu dulu.
“Nanti dah sampai sana jangan lupa hadiah mak su tu sampaikan kepada papa dan mama Mieya. Kirim salam pada dia orang sekali. Ada masa mak su akan ke sana.”
“Baiklah mak su… Mieya ingat. Kalau Mieya lupa mak su tolong la ingatkan Mieya ye… hantar mesej ke…telefon ke…” Umairah sudah tersengih di hadapan mak sunya.
“Eh, budak ni… nak main-mainkan kita pula.”
“Alah, Mieya gurau jelah mak su.” Mieya memeluk mak su Alya.
Faleq sudah memasuki ruang legar di KLIA. Dia tercari-cari kelibat Umairah. Sudah beberapa kali dia memusingkan tubuhnya ke 360 darjah tetapi masih juga tidak kelihatan walaupun baying-bayang Umairah. Matanya kini mendarat ke skrin panduan pesawat yang akan berlepas dan mendarat. Oh, no! dia bergegas ke suatu tempat.
Umairah menilik jam tangan. Sudah hampir ke pukul 3 petang. Namun apa yang ditunggu-tunggu masih juga tidak kunjung tiba. Dia sudah penat menunggu. Seharusnya dari mula lagi dia tidak menaruh harapan kepada pemuda itu. Baiklah! Umairah bangun dari kerusi.
“Attention to miss Dharmia Umairah, miss Dharmia Umairah. We had a message from Mr. Amirul Faleq to you. So please listen carefully. Here are the message.
I don’t know
What should I do?
I don’t understand
Why this happened to me
Always thinking of you
Always dreaming about you
My heart always in loneliness
Without you by my side
Is this call love?
Now I want you to know
Honestly, truthfully and faithfully
I love you…
Sebaik sahaja habis mendengar bait-bait itu Umairah terduduk semula di kerusi. Benarkah apa yang didengar sebentar tadi atau mainan fikiranya saja. Dia memandang mak su Alya ingin mencari kepastian.
“Mak su, betul ke apa yang Mieya dengar tadi?” Mak su Alya mengangguk. Air mata sudah bergenang di tubir. Umairah tersenyum gembira. Akhirnya Faleq datang mencarinya. Di kesat air mata yang ingin jatuh.
“Mak su, Mieya nak masuk ke balai berlepas. Dah lewat ni.”
“Tak nak tunggu dia ke?”
“Tak apalah mak su sekadar mendengar luahan hati dia dah membuatkan Mieya berpuas hati. Mieya akan kembali ke sini secepat mungkin nanti.”
“Baik-baik jalan Mieya…” mereka berdua berpelukan buat kali akhir.
“Mak su kalau Faleq datang cari Mieya khabarkan kepada dia Mieya akan kembali semula untuk dia.”
“Oh, Faleq namanya. Macam mana mak su nak kenal dia?”
Mieya mengeluarkan gambar yang berada di dalam dompetnya lalu diberikan kepada Mak su Alya. Handsome juga pilihan Mieya ni. Ada taste. Umairah melambaikan tangan dan melangkah menuju ke balai berlepas.
“Umairah!” langkah Umairah mati. Dia seperti kenal akan suara itu. Lalu dia berpaling. Faleq! Kejutan apakah ini? Tanpa membuang masa Umairah terus meluru ke arah Faleq. Mata mereka bertentangan.
“Thank you for that… and I love you too…” mereka berpelukan. Masing-masing menangisi kegembiraan. Mak su Alya hanya mengeleng dari jauh.
Dewan hotel kini telah dipenuhi oleh bekas-bekas pelajar SMK Tunas Bakti. Ada yang sedang menjamu selera dan ada juga yang duduk bersembang bersama-sama teman lama bertukar khabar.
Nana menghampiri Kay dan Dila yang sedang rancak berbual sesama mereka. Sudah lama dia tidak bertemu mereka. Rasa ingin berkongsi cerita setelah lima tahun terpisah kerana menimba ilmu. Masing-masing membawa diri sehinggalah pada hari ini kebanyakanya dapat dikumpulkan semula di dewan yang serba indah ini.
“Hei, korang! Wah…wah… rancak betul berbual sampai aku datang pun tak perasan. Nak join boleh?”
“Eh, Nana. Kau apa khabar? La… aku tak perasan la kau tadi.” Kay baru terperasankan kewujudan Nana.
“Yelah, rancak semacam mana nak perasan aku…”
“La…merajuk pulak. Buruklah kau merajuk. Buat kau tak merajuk… Nah! Aku kasi kau ni.”
Nana membuka kad jemputan yang diberikan Kay. Kay dan Dila tersenyum.
“Kay, biar betul kau dengan Dila? Sejak bila ni?”
“Sejak kita orang seuniversiti. Maka terlahirlah cinta…” Kay ketawa dengan kata-katanya.
“Tahniahlah… aku juga yang solo.”
“Eleh, yo yo owh je kau tu. Yang kat London tu siapa? Bukan bakal husband kau ke?”
“Alamak, terkantoilah pulak…hahaha…” Nana sudahnya ketawa menutup malu sendiri. Dila dan Kay juga turut ketawa dengan kata-kata Nana itu.
“Assalamualaikum wahai kawan-kawan ku… apa khabar?” joey tiba-tiba mencelah.
“Hampeh kau Joey, terkejut aku.” Nana memukul bahu Joey.
“O.k Nana… ampun. Lain kali aku tak buat dah.”
“Hai korang apa khabar?” Mieza muncul di belakang Joey.
“Wah… semuanya dah ada. Tinggal Faleq je yang tak ada.” Kay baru teringatkan Faleq.
“Yelah. Apa cerita dia sekarang ye? Dengar cerita dia sambung belajar di Jepun. Tak silap aku seuniversiti dengan Umairah. Kau joey tak kan tak ada apa-apa berita tentang Mieya? Selalunya tu kau yang dulu kecoh.”
“Aku dah berhentilah Nana jadi reporter yang tak bergaji tu. Sekarang ni aku tumpu kat business aku je.”
“Oh, patutlah pun…”
“Eh, tu macam Faleq je. Makin handsome dia sekarang ni.” Mieza memuji.
“Siapa di sebelah dia tu? Cantik giler awek tu. Ni yang aku jeles ni!” cemburu Joey melihat mereka.
“Macam kenal. Tu kan…” Nana melopong.
“Mieya!!!” serentak mereka menyebut.
“Hai korang apa khabar?” Faleq melemparkan senyuman kepada mereka. Umairah turut sama tersenyum.
“Berjaya juga kau dapatkan awek fantasi kau ye.” Nana sengaja mengusik Faleq.
“Biasalah berkat kesabaran aku.”
“Eleh, tu pun dengan bantuan aku juga kalau tak jangan haraplah kau…”
“Ye ke Nana? Aku tak tahu pun. Eh, korang boleh aku pinjam kejap mikrofon tu.” Terus sahaja Faleq menuju ke meja pengerusi majlis lalu mengambil Mikrofon yang berada di situ.
“Perhatian semua… hari ni saya ada berita penting nak beritahu. Saya akan melangkah setapak ke hadapan lagi untuk kehidupan saya yang seterusnya. Sayang, come here.” Faleq memanggil Umairah yang berada bersama rakan-rakannya yang lain. Umairah menurut.
“ Sebagai tanda cinta saya pada awak…” Faleq melutut di hadapan Umairah.
“Faleq, apa awak buat ni?”
Faleq tersenyum dengan kekalutan Umairah. Lantas mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek seluar.
“Dharmia Umairah… will you marry me?” Faleq sudah mengunjukkan cincin lamarannya di hadapan Umairah.
Seluruh dewan gamat dengan suara nakal mengusik dan menyuruh supaya Umairah bersetuju sahaja dengan lamaran Faleq. Umairah sudah menekup mulutnya tanda dia betul-betul terkejut dengan tidakan Faleq itu. Sudah bergenang air mata di tubir. Lama dia berdiam diri dan akhirnya dia menyahut lamaran itu.
“Yes,Faleq… I do.” Umairah menundukkan muka. Malu dia dengan jawapan yang diberikan.
Semua hadirin memberikan tepukan yang gemuruh buat mereka berdua. Faleq dengan pantas menyarung cincin di jari manis Umairah. Wajah kegembiraan terpancar di muka berdua.
“Tahniah Faleq tapi bagi aku dulu naik pelamin.”
“Kau dengan siapa Kay?” Kay lantas memberikan Faleq kad undangan perkahwinannya.
“Mangkuk tingkat betul kau Kay. Tak bagi tahu aku pun. Sejak bila kau dengan Dila ni?”
“Sejak kau sibuk bercinta dengan Umairah…” dengan selamba Kay menjawab pertanyaan Faleq.
“Umairah, nanti datang tau. Kita orang bagi high class punya layanan.”
“Insyaallah Dila…”
“Kau jangan risaulah Dila. Dia mesti datang punya sebab bakal suami dia akan paksa dia datang.”
“Faleq!” Umairah memukul manja bahu Faleq. Geram dia dengan perangai Faleq yang tak habis-habis mengusiknya.
“Janganlah marah sayang. Abang gurau je.” Bagi Faleq inilah hadiah yang paling berharga buat dirinya. tidak akan sesekali dia melepaskan Umairah pergi. Semoga kebahagiaan akan kekal menjadi milik mereka berdua. Sayangku Umairah… kaulah superstar di hatiku…
No comments:
Post a Comment