Subscribe:

Pages

Tuesday, January 17, 2012

Akan Datang...

Senyuman manis terlakar di bibir Qrisha. Pagi-pagi lagi hatinya sudah berbunga. Masakan tidak sedikit masa lagi dia akan bertemu dengan orang yang sangat dirindui sepanjang cuti sekolah berlangsung. Sememangnya hanya dia sahaja yang tidak menyukai cuti sekolah bermula. Pada masa itu dia akan merindui seseorang. Seringkali juga dia mendoakan agar cuti sekolah cepat berlalu. Qrisha tersenyum seorang diri.

“Ah, sampai pun!” Qrisha menjerit kecil. Dia mengusung basikalnya mendaki bukit sekolah.

Adakah dia sudah sampai atau masih lagi dalam perjalanan? Harap-harap aku dapat bertembunglah dengan dia sebelum masuk ke kelas. Qrisha berangan lagi. Dengan tidak disangka tiba-tiba sebuah kereta proton perdana v6 berwarna hitam metalik melalui di sebelah Qrisha. Qrisha sempat melemparkan pandangan pada seseorang di dalam kereta tersebut

Ah, itu dia! Dia yang aku rindu selalu. Dia yang membuatkan aku sering tidak tidur malam. Dia juga yang membuatkan aku seringkali lupa pada duniaku… Irfan Qadziem! Kau membuatkan aku semakin gila kepadamu…

Qrisha cepat-cepat mengusung basikalnya ke bangsal basikal. Basikal dikunci olehnya. Dia berlari anak menuju ke tengah tapak perhimpunan. Di situ berhentinya kereta perdana v6. Qrisha menghentikan lariannya. Matanya tidak berkelip memandang ke arah kereta tersebut. Walaupun begitu ramai pelajar lalu lalang di hadapannya, sedikit pun tidak diendahkan olehnya. Seolah-olah pelajar-pelajar itu lenyap dari pandangannya.

Irfan Qadziem keluar dari perut kereta. Qrisha terpaku seketika. Rindunya aku kepadamu… semakin lama aku tengok semakin handsome pula dia ni. Irfan… alangkah bagus jika aku dapat memilikimu… Qrisha mengecilkan anak matanya. Pandanglah kepadaku wahai pujaanku agar aku dapat mengubati rinduku ini…

Seperti diseru, Irfan memandang Qrisha lalu senyuman menghiasi bibirnya. Mahu gugur jantung Qrisha dibuatnya. Dia senyum kat aku ke ni? Harap-harap begitulah. Qrisha membalas kembali senyuman kepada Irfan.

Irfan tiba-tiba mengorak langkah menuju ke arah Qrisha. Begitu bergaya sekali gerak langkahnya. Semakin lama semakin hampir. Alamak, dia datanglah pula. Macam mana ni? Jantung Qrisha mula berdegup kencang memainkan rentak irama sumbang. Tidak tahu berbuat apa Qrisha mula mengatur langkah. Niat di hati mahu melarikan diri.

“Awak, tunggu dulu!” Irfan memanggil Qrisha.

Dia panggil aku ke? Qrisha menghentikan langkahannya lalu berpaling ke arah Irfan.

“Awak panggil saya ke?” Qrisha menunding jari telunjuk kepada dirinya. Irfan mengangguk. Bibirnya tetap terserlah dengan senyuman.

“Kenapa awak nak beredar tadi? Takut dengan saya ke?” Irfan mengusik Qrisha.

“Aaa… bukan… saya sebenarnya…errr… sebenarnya…nak pergi sana… ermm… pergi kantin. Yup nak pergi kantin.” Qrisha tersengih. Gelabah dia menjawab pertanyaan Irfan itu. Agak gementar dia apabila berhadapan dengan Irfan. Semuanya jadi tidak kena.

Irfan tersenyum lagi. Mahu pengsan Qrisha dibuatnya apabila dihadiahkan senyuman sebegitu rupa oleh jejaka yang telah pun mencuri hatinya tanpa disedari oleh jejaka itu sendiri.

Wahai pencuri hatiku janganlah kau senyum sebegitu kepadaku. Mahu aku demam tak kebah nanti.

“Awak…” Irfan meraih jari jemari Qrisha.

Mahu cair seperti coklat Qrisha dibuatnya. Longgar segala sendi di tubuh. Jantung berdetap lebih laju dari keretapi ekspress KLIA. Alahai Irfan apa kau nak buat kat aku ni?

“Sebenarnya dah lama saya pendam perasaan ini. Baru sekarang ingin saya luahkan. Ermm… saya dah lama suka pada awak…” Qrisha terpana.

“Apa?” Qrisha rasa seperti ingin terbang. Tidak disangka Irfan juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.

“Ye awak… saya suka awak. Tak pernah saya lupakan awak walau sesaat. Jadi saya ingin tahu apa perasaan awak pada saya. Qrisha Dayana… adakah awak suka pada saya?” Irfan merenung ke dalam anak mata Qrisha.

Terkedu Qrisha seketika. Lidahnya turut terkelu. Bibir terkunci rapi. Alamak, apa aku nak jawab ni?

Jawab ajelah Qrish yang kau pun turut sama suka pada dia. Habis cerita. Lagi pun memang kau ada hati pada dia. Inilah masanya Qrish…inilah masanya.

“Err…sebenarnya Irfan… saya pun sama. Saya pun suka pada awak.”

Akan Datang...

Riesha melabuhkan punggung di atas katil biliknya. Masih terasa akan kepenatan memandu kereta dari Shah Alam hingga ke kampungnya di Ipoh, Perak. Dia mengurut bahunya perlahan. Entah kenapa minggu ini dia terasa seperti mahu pulang ke kampung dia sendiri tiada jawapannya. Baru sahaja mahu berbaring pintu biliknya diketuk beberapa kali dari luar.

“Angah, adik ni… boleh masuk?” laung Aien dari luar.

“Masuklah, angah tak kunci pintu pun.”

Aien masuk lalu duduk di birai katil. Tangannya memegang sesuatu.

“Angah, adik ada sesuatu untuk angah… Nah, ni ada surat untuk angah.” Aien menghulurkan sampul surat kepada Riesha. Riesha menyambutnya lalu meletakkan sampul surat itu di tepi bantal.

“Aik, tak nak buka ke? Macam dari K.L je surat tu. BF angah kirim ye?” Aien sudah tersengih di hadapan Riesha.

“Hish, budak ni busybody betul… Angah mana ada BF…”

“Tak kan lah…”

“Iye… kalau ada dah lama angah kahwin tahu tak?”

“Yelah tu… adik keluar dululah. Malas layan angah. Jawapan tak pernahnya betul. Layan tv lagi baik.” Aien terus berlalu dari situ.

“Adik, nakal ye!” jerit Riesha geram. Namun dia tersenyum mengenangkan kenakalan adiknya nan satu. Selalu mengusiknya jika ada peluang. Dik, kau bertuah masih lagi tidak mengenali alam kedewasaan. Tidak tahu suka duka kehidupan dan paling penting kau tidak tahu apa itu yang dipanggil cinta. Jika kau tahu pasti kau juga akan mengalami keadaan yang sama seperti angahmu ini.

Riesha merebahkan kembali tubuhnya. Meneruskan kembali pembaringannya. Dia mengiring ke sisi. Pandangannya kini tertumpu pada sampul surat berwarna oren susu yang dibiarkan terdampar di situ. Siapa yang kirim ye? Untuk aku pula tu… Ah, biarkan jelah. Karang-karang jelah baru buka. Riesha mengalih posisi baringan. Kelopak matanya ditutup tetapi hatinya seperti ditarik-tarik untuk membuka sampul surat tersebut. Dia kembali mengiring ke a rah sampul surat. Dipandang lama barulah sampul surat diambil. Ketika jemari menyentuh, hatinya kian berdebar.

Dari Selangor. Siapa yang kirim ni? Debaran semakin menggegar jiwanya. Sebaik sahaja sampul surat terbuka, sekeping kad berwarna oren susu yang indah dan berbau harum tergenggam kemas di jemari Riesha. Seperti tahu gerangan siapakah pemiliknya. Lemah segala urat saraf serta di seluruh sendi tubuh. Mengeletar kedua-dua belah tangannya tatkala ini. Bola matanya tertacap pada nama yang tertera di bucu kad tersebut. Dirasakan seperti hati tertusuk sembilu. Sakit. Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini… ku bermohon kepadamu…

Walimatus urus

ZAINAL BIN MOHAMED & AZIAH BINTI AZLAN

Serta seisi keluarga…

Dengan keizinan Allah s.w.t ke atas hambanya yang merancang, kami sekeluarga sepakat mempersilakan CIK NUR AIRIESHA ke majlis putera kami:

AIRIEL IZDHIHAM BIN ZAINAL

Dengan pasangannya

SHAHIDATUL MAISARAH BINTI KHAIRUDDIN…

Tanpa disedari air hangat laju mengalir membasahi pipi gebu Riesha. Segala-galanya sudah berakhir. Apa yang menjadi igauan serta ketakutan Riesha selama ini kini sudah ternyata benar.

Akan Datang...

Pintu bilik dibuka dari luar. Syifaa meluru masuk ke dalam. Terus mendapatkan Azwani yang sedang leka bersiap untuk turun ke court bola tampar.

“Awan!!!” Syifaa menjerit kuat kegembiraan.

“Hish, apa kau ni Syifa jerit kuat sangat. Bingit telinga aku ni. aku belum pekak lagilah.” Tersentak Azwani dibuatnya dengan jeritan Syifaa seperti halilintar itu. Kalau ada penyakit jantung mahu dia masuk ICU.

“Sorry!” sengih Syifaa di hadapan Azwani.

“Ni apa sengih-sengih? Ada apa-apa ke ni?”

Syifaa perlahan-lahan mengeluarkan sesuatu yg disorok di belakang tubuhnya.

“Nah, untuk kau!” hulur Syifaa kepada Azwani.

Namun huluran itu tidak disambut oleh Azwani. Hanya dipandang sepi. Syifaa mengerutkan kening. Hairan melihat perlakuan Azwani yang tidak menghiraukan langsung bungkusan yang dihulurkan.

“Kenapa awan?”

“Kenapa apa?”

“Hadiah ni… kau tak nak ke?”

“ Huh, bosan sungguh aku. Kalau kau berkenan, kau ambil jelah Syifaa aku dah malas dah nak terima. Dia orang ni macam tak faham-faham apa yang aku cakap. Aku dah kata aku tak nak terima siapa-siapa. Degil betul!”

“Tapi awan… tak baiklah kau buat macam ni. Orang dah bagi baik ambil. Ini tak kau pass kat aku pula. Macam tak hargai pemberian dia orang pula.”

“Nasib dia orang lah. Aku dah cakap aku tak mahu ada apa-apa perhubungan dengan mana-mana lelaki buat masa sekarang ni. Yang dia orang bermurah hati sangat tu kenapa? Tak ada kerja lain ke nak buat? Apa dah tak ada perempuan-perempuan lain ke dia orang nak kejar di universiti ni? Yang lebih cun dari aku pun ada. Tapi kenapa aku juga jadi mangsa dia orang? Penat aku nak layan. Haih… eh, dah lah aku nak pergi ni. Kalau ada sesiapa yang cari aku, beritahu aku ada di court bola tampar ok syifaa!” Azwani melangkah pergi meninggalkan Syifaa yang masih terkebil-kebil di dalam bilik mereka. Mungkin terpana dengan kenyataan Azwani tadi.

Monday, January 16, 2012

Aku dan Kau


Mulanya aku
seperti membencimu
balik-balik muka dia lagi
macam tiada muka lain
dalam dunia ni
di mana saja aku pergi
di situ ada kau
pelik bin ajaib
macam tak ada tempat lain nak pergi

Aku mula naik meluat
benciku semakin menjadi-jadi
macamlah diri tu hensem sangat
sekali tengok
macam cicak koben ada la...
yang hairan tu
macam mana perempuan lain
boleh minat
aku tengok macam nak berkarat je
mata aku ni...

Timbul pula gosip hangat
antara aku dan dia
muka ni tak tahu nak letak mana
dia pula asyik tersengih
macam kerang basi kat aku
ish, rasa nak tampar je muka dia!
sabar!sabar! sabar tu
separuh dari iman

Sudah lama tidak
bertemu sapa
antara aku dan kau
kian menyepi
kini hati terkenangkan di kau
di kala rasa kesunyian
dari situ terbitnya
rindu seorang kekasih

Kau muncul
di saat aku memerlukan dirimu
membantu di dalam kesusahan
saat itu terasa seperti
muncul kebahagiaan
akhirnya kau melamar ku...


create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!