Subscribe:

Pages

Tuesday, January 17, 2012

Akan Datang...

Senyuman manis terlakar di bibir Qrisha. Pagi-pagi lagi hatinya sudah berbunga. Masakan tidak sedikit masa lagi dia akan bertemu dengan orang yang sangat dirindui sepanjang cuti sekolah berlangsung. Sememangnya hanya dia sahaja yang tidak menyukai cuti sekolah bermula. Pada masa itu dia akan merindui seseorang. Seringkali juga dia mendoakan agar cuti sekolah cepat berlalu. Qrisha tersenyum seorang diri.

“Ah, sampai pun!” Qrisha menjerit kecil. Dia mengusung basikalnya mendaki bukit sekolah.

Adakah dia sudah sampai atau masih lagi dalam perjalanan? Harap-harap aku dapat bertembunglah dengan dia sebelum masuk ke kelas. Qrisha berangan lagi. Dengan tidak disangka tiba-tiba sebuah kereta proton perdana v6 berwarna hitam metalik melalui di sebelah Qrisha. Qrisha sempat melemparkan pandangan pada seseorang di dalam kereta tersebut

Ah, itu dia! Dia yang aku rindu selalu. Dia yang membuatkan aku sering tidak tidur malam. Dia juga yang membuatkan aku seringkali lupa pada duniaku… Irfan Qadziem! Kau membuatkan aku semakin gila kepadamu…

Qrisha cepat-cepat mengusung basikalnya ke bangsal basikal. Basikal dikunci olehnya. Dia berlari anak menuju ke tengah tapak perhimpunan. Di situ berhentinya kereta perdana v6. Qrisha menghentikan lariannya. Matanya tidak berkelip memandang ke arah kereta tersebut. Walaupun begitu ramai pelajar lalu lalang di hadapannya, sedikit pun tidak diendahkan olehnya. Seolah-olah pelajar-pelajar itu lenyap dari pandangannya.

Irfan Qadziem keluar dari perut kereta. Qrisha terpaku seketika. Rindunya aku kepadamu… semakin lama aku tengok semakin handsome pula dia ni. Irfan… alangkah bagus jika aku dapat memilikimu… Qrisha mengecilkan anak matanya. Pandanglah kepadaku wahai pujaanku agar aku dapat mengubati rinduku ini…

Seperti diseru, Irfan memandang Qrisha lalu senyuman menghiasi bibirnya. Mahu gugur jantung Qrisha dibuatnya. Dia senyum kat aku ke ni? Harap-harap begitulah. Qrisha membalas kembali senyuman kepada Irfan.

Irfan tiba-tiba mengorak langkah menuju ke arah Qrisha. Begitu bergaya sekali gerak langkahnya. Semakin lama semakin hampir. Alamak, dia datanglah pula. Macam mana ni? Jantung Qrisha mula berdegup kencang memainkan rentak irama sumbang. Tidak tahu berbuat apa Qrisha mula mengatur langkah. Niat di hati mahu melarikan diri.

“Awak, tunggu dulu!” Irfan memanggil Qrisha.

Dia panggil aku ke? Qrisha menghentikan langkahannya lalu berpaling ke arah Irfan.

“Awak panggil saya ke?” Qrisha menunding jari telunjuk kepada dirinya. Irfan mengangguk. Bibirnya tetap terserlah dengan senyuman.

“Kenapa awak nak beredar tadi? Takut dengan saya ke?” Irfan mengusik Qrisha.

“Aaa… bukan… saya sebenarnya…errr… sebenarnya…nak pergi sana… ermm… pergi kantin. Yup nak pergi kantin.” Qrisha tersengih. Gelabah dia menjawab pertanyaan Irfan itu. Agak gementar dia apabila berhadapan dengan Irfan. Semuanya jadi tidak kena.

Irfan tersenyum lagi. Mahu pengsan Qrisha dibuatnya apabila dihadiahkan senyuman sebegitu rupa oleh jejaka yang telah pun mencuri hatinya tanpa disedari oleh jejaka itu sendiri.

Wahai pencuri hatiku janganlah kau senyum sebegitu kepadaku. Mahu aku demam tak kebah nanti.

“Awak…” Irfan meraih jari jemari Qrisha.

Mahu cair seperti coklat Qrisha dibuatnya. Longgar segala sendi di tubuh. Jantung berdetap lebih laju dari keretapi ekspress KLIA. Alahai Irfan apa kau nak buat kat aku ni?

“Sebenarnya dah lama saya pendam perasaan ini. Baru sekarang ingin saya luahkan. Ermm… saya dah lama suka pada awak…” Qrisha terpana.

“Apa?” Qrisha rasa seperti ingin terbang. Tidak disangka Irfan juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.

“Ye awak… saya suka awak. Tak pernah saya lupakan awak walau sesaat. Jadi saya ingin tahu apa perasaan awak pada saya. Qrisha Dayana… adakah awak suka pada saya?” Irfan merenung ke dalam anak mata Qrisha.

Terkedu Qrisha seketika. Lidahnya turut terkelu. Bibir terkunci rapi. Alamak, apa aku nak jawab ni?

Jawab ajelah Qrish yang kau pun turut sama suka pada dia. Habis cerita. Lagi pun memang kau ada hati pada dia. Inilah masanya Qrish…inilah masanya.

“Err…sebenarnya Irfan… saya pun sama. Saya pun suka pada awak.”

Akan Datang...

Riesha melabuhkan punggung di atas katil biliknya. Masih terasa akan kepenatan memandu kereta dari Shah Alam hingga ke kampungnya di Ipoh, Perak. Dia mengurut bahunya perlahan. Entah kenapa minggu ini dia terasa seperti mahu pulang ke kampung dia sendiri tiada jawapannya. Baru sahaja mahu berbaring pintu biliknya diketuk beberapa kali dari luar.

“Angah, adik ni… boleh masuk?” laung Aien dari luar.

“Masuklah, angah tak kunci pintu pun.”

Aien masuk lalu duduk di birai katil. Tangannya memegang sesuatu.

“Angah, adik ada sesuatu untuk angah… Nah, ni ada surat untuk angah.” Aien menghulurkan sampul surat kepada Riesha. Riesha menyambutnya lalu meletakkan sampul surat itu di tepi bantal.

“Aik, tak nak buka ke? Macam dari K.L je surat tu. BF angah kirim ye?” Aien sudah tersengih di hadapan Riesha.

“Hish, budak ni busybody betul… Angah mana ada BF…”

“Tak kan lah…”

“Iye… kalau ada dah lama angah kahwin tahu tak?”

“Yelah tu… adik keluar dululah. Malas layan angah. Jawapan tak pernahnya betul. Layan tv lagi baik.” Aien terus berlalu dari situ.

“Adik, nakal ye!” jerit Riesha geram. Namun dia tersenyum mengenangkan kenakalan adiknya nan satu. Selalu mengusiknya jika ada peluang. Dik, kau bertuah masih lagi tidak mengenali alam kedewasaan. Tidak tahu suka duka kehidupan dan paling penting kau tidak tahu apa itu yang dipanggil cinta. Jika kau tahu pasti kau juga akan mengalami keadaan yang sama seperti angahmu ini.

Riesha merebahkan kembali tubuhnya. Meneruskan kembali pembaringannya. Dia mengiring ke sisi. Pandangannya kini tertumpu pada sampul surat berwarna oren susu yang dibiarkan terdampar di situ. Siapa yang kirim ye? Untuk aku pula tu… Ah, biarkan jelah. Karang-karang jelah baru buka. Riesha mengalih posisi baringan. Kelopak matanya ditutup tetapi hatinya seperti ditarik-tarik untuk membuka sampul surat tersebut. Dia kembali mengiring ke a rah sampul surat. Dipandang lama barulah sampul surat diambil. Ketika jemari menyentuh, hatinya kian berdebar.

Dari Selangor. Siapa yang kirim ni? Debaran semakin menggegar jiwanya. Sebaik sahaja sampul surat terbuka, sekeping kad berwarna oren susu yang indah dan berbau harum tergenggam kemas di jemari Riesha. Seperti tahu gerangan siapakah pemiliknya. Lemah segala urat saraf serta di seluruh sendi tubuh. Mengeletar kedua-dua belah tangannya tatkala ini. Bola matanya tertacap pada nama yang tertera di bucu kad tersebut. Dirasakan seperti hati tertusuk sembilu. Sakit. Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini… ku bermohon kepadamu…

Walimatus urus

ZAINAL BIN MOHAMED & AZIAH BINTI AZLAN

Serta seisi keluarga…

Dengan keizinan Allah s.w.t ke atas hambanya yang merancang, kami sekeluarga sepakat mempersilakan CIK NUR AIRIESHA ke majlis putera kami:

AIRIEL IZDHIHAM BIN ZAINAL

Dengan pasangannya

SHAHIDATUL MAISARAH BINTI KHAIRUDDIN…

Tanpa disedari air hangat laju mengalir membasahi pipi gebu Riesha. Segala-galanya sudah berakhir. Apa yang menjadi igauan serta ketakutan Riesha selama ini kini sudah ternyata benar.

Akan Datang...

Pintu bilik dibuka dari luar. Syifaa meluru masuk ke dalam. Terus mendapatkan Azwani yang sedang leka bersiap untuk turun ke court bola tampar.

“Awan!!!” Syifaa menjerit kuat kegembiraan.

“Hish, apa kau ni Syifa jerit kuat sangat. Bingit telinga aku ni. aku belum pekak lagilah.” Tersentak Azwani dibuatnya dengan jeritan Syifaa seperti halilintar itu. Kalau ada penyakit jantung mahu dia masuk ICU.

“Sorry!” sengih Syifaa di hadapan Azwani.

“Ni apa sengih-sengih? Ada apa-apa ke ni?”

Syifaa perlahan-lahan mengeluarkan sesuatu yg disorok di belakang tubuhnya.

“Nah, untuk kau!” hulur Syifaa kepada Azwani.

Namun huluran itu tidak disambut oleh Azwani. Hanya dipandang sepi. Syifaa mengerutkan kening. Hairan melihat perlakuan Azwani yang tidak menghiraukan langsung bungkusan yang dihulurkan.

“Kenapa awan?”

“Kenapa apa?”

“Hadiah ni… kau tak nak ke?”

“ Huh, bosan sungguh aku. Kalau kau berkenan, kau ambil jelah Syifaa aku dah malas dah nak terima. Dia orang ni macam tak faham-faham apa yang aku cakap. Aku dah kata aku tak nak terima siapa-siapa. Degil betul!”

“Tapi awan… tak baiklah kau buat macam ni. Orang dah bagi baik ambil. Ini tak kau pass kat aku pula. Macam tak hargai pemberian dia orang pula.”

“Nasib dia orang lah. Aku dah cakap aku tak mahu ada apa-apa perhubungan dengan mana-mana lelaki buat masa sekarang ni. Yang dia orang bermurah hati sangat tu kenapa? Tak ada kerja lain ke nak buat? Apa dah tak ada perempuan-perempuan lain ke dia orang nak kejar di universiti ni? Yang lebih cun dari aku pun ada. Tapi kenapa aku juga jadi mangsa dia orang? Penat aku nak layan. Haih… eh, dah lah aku nak pergi ni. Kalau ada sesiapa yang cari aku, beritahu aku ada di court bola tampar ok syifaa!” Azwani melangkah pergi meninggalkan Syifaa yang masih terkebil-kebil di dalam bilik mereka. Mungkin terpana dengan kenyataan Azwani tadi.

Monday, January 16, 2012

Aku dan Kau


Mulanya aku
seperti membencimu
balik-balik muka dia lagi
macam tiada muka lain
dalam dunia ni
di mana saja aku pergi
di situ ada kau
pelik bin ajaib
macam tak ada tempat lain nak pergi

Aku mula naik meluat
benciku semakin menjadi-jadi
macamlah diri tu hensem sangat
sekali tengok
macam cicak koben ada la...
yang hairan tu
macam mana perempuan lain
boleh minat
aku tengok macam nak berkarat je
mata aku ni...

Timbul pula gosip hangat
antara aku dan dia
muka ni tak tahu nak letak mana
dia pula asyik tersengih
macam kerang basi kat aku
ish, rasa nak tampar je muka dia!
sabar!sabar! sabar tu
separuh dari iman

Sudah lama tidak
bertemu sapa
antara aku dan kau
kian menyepi
kini hati terkenangkan di kau
di kala rasa kesunyian
dari situ terbitnya
rindu seorang kekasih

Kau muncul
di saat aku memerlukan dirimu
membantu di dalam kesusahan
saat itu terasa seperti
muncul kebahagiaan
akhirnya kau melamar ku...


Sunday, December 25, 2011

NOVEL : Kau Perempuanku (bab 1)

Kaki melangkah ke café berdekatan. Beberapa orang pelajar lelaki yang berada berhampiran memberikan siulan nakal sengaja mahu mengusik gadis itu. Gadis itu hanya memberikan senyuman. Tahu mereka hanya mahu mengusik dirinya. Maklum sahajalah dia adalah salah seorang gadis freshie yang semakin popular namanya di universiti itu.

“Hei, Iz… here!” jerit Iman sambil melambaikan tangannya ke arah Izra.

Izra cepat-cepat mengatur langkah menghampiri empat sekawan di salah sebuah meja makan di café tersebut.

“Hi geng! Wazzup?” Izra menarik keluar kerusi lalu duduk.

“Wah, wah… Iz. Kau sekarang bukan main lagi ye. Meletup-letup nama kau kat universiti ni.” Irma memuji.

“Yela… orang cantik la katakan… pandai pulak tu.” Iman pula menyambung.

“Mana ada. Aku biasa-biasa je. Macam korang jugak. Apalah korang ni.” Sengih Izra.

“Kau lain Iz. Kau tu macam ada satu aura yang boleh buat orang tertarik kat kau. Kami ni tak ada aura tu. Betul tak korang?” Ika menanya pendapat rakan-rakan yang lain.

“Betul…betul.” Semua mengangguk.

Izra hairan melihat kelakuan mereka berempat.

“Eh, kejap…kejap! Korang ni semacam je hari ni. Siap cakap aura segala ni… ni tak lain dan tak bukan nak suruh aku belanja la ni…”

Mereka berempat sengih seperti kerang busuk.

“Eh, macam tau…tau pula kau ye.” Intan menyahut.

“Oh, nak pekenakan aku rupanya. Yelah…yelah… aku belanja. Terima kasih yang tak terhingga dengan puji-pujian korang tu ye… Ha, apa lagi? Cepatlah order.”

Tanpa berlengah lagi mereka terus membuat pesanan makanan dan minuman.

“Kau tak makan ke Iz?” Tanya Iman sebaik sahaja makanan yang dipesan mereka tadi sampai. Dilihatnya Izra tidak memesan sebarang makanan. Hanya ada segelas oren jus di hadapannya.

“Tak…”

“Kenapa? Kau tak lapar ke nanti?”

“Malaslah aku… lepas ni aku nak keluar dengan BFF aku.” Senyum Izra.

“Boyfriend??? Woo… hebat kau Iz. Baru kita memulakan kuliah kat sini kau dah dapat boyfriend. Aku salute dengan kau.” Irma menepuk-nepuk bahu Izra.

Woit, korang ni betul-betul salah fahamlah. BFF tu maksud aku best friend forever not boyfriend forever.”

“Laaa… aku ingatkan tadi kau betul-betul dah ada boyfriend. Maka terbuka luaslah peluang kami nak tackle seorang pria yang kacak tu.”

“Pria kacak? Hai… mamat mana lah pula korang nak perebutkan lagi ni? Sudah-sudah lah tu korang. Jatuh pride kita nanti.”

“Yang ni serius aku cakap memang kacak habis. Macam… macam… hah! Macam Jang Geun Seuk aku.” Irma dah tersengih membayangkan jejaka idamannya yang melakonkan watak Hwang Tae Kyung dalam you’re beautiful.

“Apa pula Jang Geun Seuk… macam Kim Hyun Joong aku lah. Wah, bestnya kalau aku dapat BF yang handsome macam dia.” Ika pula mencelah.

“Mana ada macam Kim Hyun Joong. Dia macam Jae Jong akulah!” Iman membantah.

“Tapi… aku rasa wajah dia ada iras-iras Wu Chun…” Intan tiba-tiba bersuara.

“Ha???” Ketiga-tiga mereka memandang Intan. Intan hanya selamba menghabiskan makanannya. Tidak memperdulikan pandangan rakan-rakannya. Bukan ke Wu Chun tu pelakon drama Taiwan? Ahli kumpulan Fahrenheit?

“Sudah, sudah! Korang ni… benda macam tu pun nak bertekak ke? Semuanya orang Korea pula tu. Giler korea betul la korang ni. Member aku tu tak lama lagi sampai la tu kat sini. Nanti aku perkenalkan dia kat korang. Jangan pula korang kata wajah dia ada iras-iras Lee Minho la… Lee Hong Ki la… Aku tak nak dengar semua tu faham!”

Mereka berempat mengangguk. Dengan tiba-tiba telefon bimbit Izra berbunyi. Lagu Trap nyanyian No Min Woo kedengaran. Mereka semua tersentak lalu memandang wajah Izra pelik. Tadi kata tak suka korea? Apahal pula pakai ringtones lagu korea? Mereka sudah menjegilkan mata masing-masing kepada Izra. Izra hanya tersengih.

“Hello…”

“Hello Iz… kau kat mana?aku dah ada depan Café yang kau cakap tu. Aku tak Nampak pun kau!”

“Kau dah ada depan café?” Izra tercari-cari kelibat rakan baiknya itu. Sebaik sahaja ternampak batang tubuh orang yang dicari, dia melambai-lambaikan tangan.

“O.k, O.k aku dah Nampak kau.” Senyuman ditujukan ke arah Izra. Lantas dia melangkah menuju di mana Izra berada.

“Rakan-rakan ku sekalian… aku kenalkan inilah Syahz. Member baik aku yang aku beritahu tadi. Handsome kan?”

“Hi semua!” Syahzran melemparkan senyuman kepada mereka berempat.

Mereka semua terpegun dengan sapaan Syahzran itu. Terpikat dengan senyuman yang telah diberikan oleh Syahzran.

“Alamak, looks alike Nickhun 2pm!” jerit Ika.

“Nickhun oppa… anyong!” Iman menyapa kembali.

“Nickhun… sarangheyo!” Irma mula mengarut.

Ika dan Iman cepat-cepat menekup mulut Irma sebelum keluar perkataan-perkataan mengarut dari mulutnya. Mereka kemudian tersengih di hadapan Syahzran. Syahzran blur. Nickhun? Siapa Nickhun? Oh, Boy from 2pm tu. Memang ada yang pernah cakap muka aku ni macam Nickhun 2pm. Tapi betul ke sama? Dia pandang Izra dengan wajah yang pelik.

“Eeeiii… geram betul aku! Dah aku cakap tadi jangan sebut pasal orang orang korea ni. Dia orang buat balik!” Kata Izra dalam nada berbisik berbaur geram. Dia kemudian memberikan panahan mata yang tajam kepada rakan-rakannya tanda amaran.

Rakan-rakannya hanya buat tidak tahu dengan pandangan dari Izra. Mereka mula sibuk membuat hal masing-masing.

“Hai, Syahz! Nice to meet you. Just ignore with them. Mereka memang macam ni. Crazy with korea.” Intan tersenyum manis menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

Syahzran yang melihatnya tiba-tiba rasa tertarik untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi. Senyuman gadis itu benar-benar telah membuatkan hatinya terpikat. Masih banyak masa lagi Syahzran. Sabar! Sabar!

“O.k Syahz… ni aku kenalkan Ika, Iman, Irma dan last sekali ni Intan. Paling senyap antara semua tetapi dialah paling tip top!”

“Tip top?” Tanya Syahzran mahukan penjelasan yang lebih lanjut.

“Intan ni tip top dalam pelajaran. Tanyalah apa-apa pun pasti dia ada jawapan punya. Betul tak intan?” Iman menepuk bahu Intan.

“Mana ada Syahz. Dia orang ni saja main-main. Saya biasa-biasa je.” Merah muka Intan menyangkal kata-kata rakan-rakannya.

“Hahaha… Intan dah mula segan nampaknya. O.k lah geng, aku nak gerak dulu. Apa-apa hal call or message aku.”

“Izra , apasal cepat sangat nak geraknya? Kita orang baru nak berkenal-kenalan dengan Syahz ni… Kedekut betul lah kau!” Irma menghalang pemergian Izra dan Syahzran.

“Betul!” sampuk Iman.

“Alah, korang ni lain kalilah. Banyak masa lagi kan? Bukannya satu sem je kita kat sini tapi enam sem. O.k, aku nak cepat ni. Aku pergi dulu! Jom Syahz.” Izra menarik tangan syahz secepat mungkin.

Syahzran terpinga-pinga dengan keadaan itu. Dia hanya mengikut hanyunan langkah Izra. Mereka menghantar pandangan hampa kepada kedua pasangan itu.

“Izra, kenapa tergesa-gesa ni? Bukan ke kita masih ada banyak masa lagi ni?”

“Kita tak boleh berlama-lama di situ nanti tersangkut.”

“Hah, sangkut? Apasal pula?” Lagi Syahzran pelik dengan kata-kata Izra. Tidak mengerti apa maksud Izra yang sebenarnya.

“Kau akan tahu nanti Syahz bila kau dah kenal dia orang. Buat masa ni kau ikut je cakap aku. Jangan banyak Tanya nanti aku gam mulut kau.”

“Amboi …garang betul minah sorang ni. Karang aku kiss kau baru tau!”

“Hah, kau nak kiss aku Syahz? Cubalah kalau dapat.”

“Ooo… kau nak main-main dengan aku ye. Meh sini!” Syahzran terus mengejar Izra yang sudah pun membuka langkah seribu. Gelak ketawa mereka kedengaran. Suasana ini juga menimbulkan kehairanan kepada pelajar-pelajar lain yang menyaksikan aksi mereka berdua.

Tanpa Izra sedari seseorang telah melintas di hadapannnya. Izra tidak sempat membrek lalu satu pelanggaran terjadi. Habis buku-buku dan kertas-kertas berupa nota berterbangan lalu jatuh bertaburan di atas lantai kaki lima. Izra pula sudah jatuh terjelepuk di atas lantai. Mujur tidak mencium lantai simen kaki lima. Kalau tidak di mana mahu dia meletakkan mukanya yang cun habis itu? Dia mula menggosok punggung. Syahzran cepat-cepat menghampiri Izra.

“Kau ok ke Iz?” Syahzran cuba menolong membangunkan Izra.

“Adoi… sakit gila punggung aku ni.” Berkerut-kerut dahi Izra menahan rasa sakit.

“Tula kau… lari tak ingat dunia lagi. Dah la tolong aku kutip buku-buku student ni.”

“Yelah…” Izra mula memungut satu persatu buku yang bertaburan di atas lantai.

“Nah buku awak. Sorry ye saya tak sengaja tadi. “ Izra tersenyum manis.

Pemuda itu hanya menyambut huluran Izra. Tidak pula dia mengucapkan terima kasih kepada Izra. Izra mula merasa pelik. Hai tak kan dengan senyuman aku dan suara aku yang merdu ni dia boleh jadi bisu kot? Ke sememangnya dia bisu? Ish, apalah kau ni Iz… Tak baik mengata orang sesuka hati. Biarkan dia. Agaknya dah tertawan dengan aku la tu. Hahaha… Izra masih lagi mengekalkan senyuman manisnya. Sebaik sahaja dia mnedongakkan wajahnya memandang pelajar tersebut, tiba-tiba senyumannya mati. Lidahnya kelu. Bola matanya membutang.

Apakah ini hanya satu mimpi? Atau ianya realiti? Harap-harap ia satu mimpi. Mimpi yang sesingkat mungkin. Izra mahu terjaga dari mimpi yang mengerikan ini. Arrgghhh…tidakkkk!!! Izra, cepat lah sedar dari terus terlena dengan mimpi ngeri ini!


Monday, December 5, 2011

CERPEN : My Wife From Village

Dengan sekali lafaz sahaja Nia Nur Raudhah kini sah menjadi milik Ashraf Al-Hafiz sepenuhnya. Secara automatik gelaran cik telah bertukar ganti dengan gelaran puan.

“Tahniah Nia! Tak sangka aku kawan baik aku ni akhirnya dah selamat mendirikan rumah tangga. “

“Hmm…”

“Sorry, aku tak dapat datang. Busy sikit kat sini.”

“Muka kau nak datang kat sini Wir? Tak payahlah… Bukan senang kau nak tinggalkan kerja kau tu. Lepas tu nak book tiket flight lagi. Aku rasa aku dah beranak-pinak pun belum tentu lagi kau boleh datang. Maklumlah… kau tu kan workaholic.”

“Janganlah cakap macam tu… Walau apa pun aku akan tetap jenguk kau juga suatu hari nanti. Kau kan kawan terbaik aku di sini dahulu. Lagi pun family aku masih ada kat sana. Mustahil aku tak balik.”

“O.k aku tunggu kedatangan kau.”

“By the way, suami kau handsome tak?”

“Handsome? Ntahlah. Aku rasa biasa je. Handsome lagi hero Twilight aku. Ah, lupalah aku nak beli DVD terbaru cerita tu. Tak apalah esok-esok aku boleh beli.”

“Nia… kau masih ingatkan dia?”

“Nonsense. Tak ada makna aku nak ingatkan dia lagi. Antara dia dan aku dah tak ada apa-apa dah. Semuanya dah berakhir. Sejak aku jejakkan kaki aku ni kat tanahair aku dah berazam nak mulakan hidup baru. Tak nak dengar lagi apa-apa tentang dia.”

“Habis tu yang kau nak beli DVD Twilight tu…”

“Ya tak ya juga. Nasib baik kau ingatkan. So tak payahlah beli. Save sikit duit aku.” Nia sudah ketawa dengan kebodohan diri sendiri. Nak cover tapi tak pandai. Nia… Nia…

“Ntah apa-apalah kau ni Nia. O.k lah, aku nak end call ni. kau jaga diri baik-baik tau. Aku tak ada nak tolong kau kat sana. Kirim salam aku kat suami kau.”

“Yelah cik Wirdania Aishah. Akan ku kirim salam kau pada suami aku yang tercinta tu.”

“O.k, assalamualaikum…”

“Waalaikum salam..” Jawab Nia menutup perbualan. Sebaik sahaja Nia habis berbicara, dia terdengar suara orang sedang bercakap di belakang rumah. Perlahan-lahan dia megatur langkah mengintip siapakah gerangan orang itu.

Eh, macam kenal. Tu kan suami aku. Apa dia buat kat situ? Oh, tengah bercakap dengan telefon rupanya… Tapi dia tengah bercakap dengan siapa tu? Nia ingin tahu. Terus sahaja dia memasang telinga menangkap butir-butir perbualan suaminya.

“Tahniah kepala hotak kau! Kau tahu tak Fiz, betapa terseksanya aku kat sini hanya tuhan saja yang tahu. Dengan nyamuk yang banyak. Air cond pula tak ada…”

“Kau sabar jelah Ashraf. Bukannya lama mana kau nak stay kat situ.”

“Sabar tak sabar. Aku rasa diri aku ni dah macam tercampak kat pedalaman mana ntah. Rasa nak balik K.L sekarang ni juga.”

“Kau jangan buat kerja gila Ashraf. Karang family kau juga yang kena tanggung malu.”

“Tulah… silap aku juga. Terima je cadangan menantu pilihan mama aku tanpa tahu mana asal usulnya. Rupa-rupanya dia pilih budak kampung. Hangin betul aku. Apa yang istimewanya entah. Kampung girl! Yang dia tahu memasak, mengemas, menjahit. Malu aku nanti nak bawa dia pergi dinner syarikat.”

Mendidih darah Nia sebaik sahaja mendengar ungkapan kampung girl dari bibir Ashraf. Dah lah tu siap memperlekehkan dirinya lagi. Memang dia berasal dari kampung tapi gadis kampung sekarang bukan seperti gadis kampung dahulu. Zaman sudah berubah. Gadis kampung juga turut mengikuti arus kemodenan dunia zaman ini. Cetek betul pemikiran suami aku ni. Akan aku buktikan yang persepsi kau terhadap gadis kampung itu salah. Akan aku tunjukkan siapa gadis kampung sebenar. Nia terus berlalu dari situ.

“O.k, sekarang kita dah ada bilik masing-masing. So lepas ni kita buat hal masing-masing. Cuma kita tinggal satu bumbung je. Like housemate… Ada faham?”

Nia hanya mengangguk. Dari awal dia sudah dapat agak yang Ashraf akan buat seperti ini. Masakan tidak, sejak malam pertama perkahwinan mereka sudah tidur berasingan. Seorang tidur di atas katil seorang lagi tidur beralaskan comforter. Tak hairanlah aku tak sebilik dengan dia pun. Aku pun tak hingin. Nia terus membawa beg pakaian ke bilik yang akan dihuninya sekarang.

Sudah seminggu Nia berada di kediaman Ashraf. Sudah seminggu juga dia dan Ashraf dengan kehidupan masing-masing. Nia mula berasa bosan. Seharusnya dia menjalankan misinya. Bukan hanya duduk diam sahaja membiarkan Ashraf terus-terusan memperlekehkan dirinya sebagai gadis kampung yang tidak tahu apa-apa. Persepsi Ashraf perlu diubah. Nia mundar-mandir mencari idea. Hah!

Misi pertama bermula… Chiayok! Chiayok! Nia!

Telefon bimbit yang berada di atas meja bacaan dicapai. Begitu lincah jari Nia mendail nombor telefon bimbit Ashraf.

“Hello?” Kedengaran suara Ashraf di sebelah sana bercakap.

“Assalamualaikum… Ashraf…” Ashraf termalu sendiri. Dia hanya menjawab dalam hati.

“Hah, Nia! Ada apa kau call aku ni?” suara mesti garang.

“Tak ada la… saya nak tanya awak ni… awak balik makan tak hari ni?” selamba Nia membalas.

“Tak hingin la aku nak makan. Menghadap lauk kampung kau tu pun aku tak ada selera, inikan nak bersantap. Al-jawabnya terkeluar isi perut aku kat situ nanti.” Sinis kata-kata Ashraf. Sengaja mahu menyakitkan hati Nia.

Ish, mamat ni… sengaja nak menaikkan darah aku. Kalau kau ada depan aku sekarang ni mahu aku penangan sekali. Sabar, Nia… sabar… dia masih bertitle suami kau. Silap haribulan kau pula dapat dosa. Kau kena pandai bermain psychology dengan dia… Nia menarik nafas.

“Laa… kenapa awak tak cakap awal-awal. Kalau saya tahu taklah saya teruk-teruk nak masak lauk kekampungan saya tu hari-hari untuk awak. Membazir je awak tak makan. Tak elok membazir sebab membazir tu amalan syaitan.”

Hampeh minah ni… dia kenakan aku balik. Tak apa, tak apa…

“O.k, kalau macam tu… awak cakap je apa yang awak nak makan. Saya akan cuba sedaya yang boleh masak kan untuk awak.”

Huh, biar betul minah ni? dia nak masak apa yang aku nak makan? Betul serius ke dia ni? huhu… peluang keemasan ni.

“O.k, aku nak selain dari masakan kampung kau. Hmm… buat permulaan aku nak kau masak masakan western boleh?”

“Western?” Nia sengaja tunjuk blur.

“Masakan baratlah… orang putih faham?” kata Ashraf geram. Hish, nilah yang susahnya kalau dah duduk kampung tu kampung jugak. Tak tahulah macam mana mama boleh terpikat dengan kampung girl ni.

“O.k”

Hah, dia kata o.k? Ni yang aku confuse ni. boleh ke dia? Well, wait and see!

Ashraf menyandarkan diri di kepala katil. Fikirannya kini mula menerawang memikirkan sesuatu. Tidak disangka Nia yang selalu diperlekehkan sebagai gadis kampung boleh tahu masakan barat. Sungguh di luar jangkaan. Masakannya pula setanding dengan masakan hotel. Sedap. Masih terasa-rasa di lidah. Walaupun simple apa yang dimasaknya tadi dalam diri terasa kepuasannya. Mana dia belajar semua ni ya? Benar ke dia gadis kampung? Ashraf terimbas kembali adegan di meja makan. Dia tersenyum sendiri.

“Hah, apa lagi awak… duduklah.”

Ashraf menarik kerusi keluar lalu duduk. Dia betul-betul terkejut dengan hidangan pada malam itu.

“Nia, kau masak semua ni?”

“Yelah, siapa lagi nak masak… tak kan hantu kot? Maaflah, simple je masakan hari ni. Nak masak banyak-banyak takut tak habis pula nanti.”

Ashraf menjeling Nia. Sempat lagi minah ni kenakan aku… Tak boleh jadi ni. kena buat sesuatu nampak gayanya.

Ashraf cepat-cepat mencapai garpu dan pisau pemotong untuk memotong daging ayam.

“Nampak macam sedap luarannya. Rasanya belum tentu lagi…”

Nia angkat kening apabila mendengar kata-kata Ashraf. Kau rasa dulu Ashraf. Jangan banyak bunyi.

Masuk saja daging ayam ke dalam mulut Ashraf, mulalah wajahnya berkerut seribu. Kemudian dia terbatuk-batuk.

“Kenapa ni Ashraf? Awak o.k ke?” riak wajah Nia mula cuak. Cepat-cepat dia menghulurkan segelas air kepada Ashraf. Ashraf rasa mahu tergelak saat itu juga melihatkan kekalutan Nia. Gelabah juga minah ni. tahu pun kau. Suka sangat sindir orang. Rasakan!

“Chicken chop ni… rasa dia…”

“Rasa apa?’ Nia cepat-cepat mengambil garpu lalu merasa daging ayam tersebut. O.k je rasa dia. Sama macam aku masak sebelum ni… ditenung wajah Ashraf hairan.

“Sedap… Thumb up!”

“Ashraf!!!”

11.30 minit pagi. Kompleks beli belah Mid Valley Megamall.

Nia begitu geram. Kerana kegeramannya itulah telah membawa dirinya ke pusat membeli-belah tersebut.

Ada ke patut mamat tu kutuk pakaian aku pakai hari-hari? Nak kutuk kain batik lepas aku pula tu. Dia ingat dia tu siapa? Anak raja? Anak menteri? Hei, pakaian aku tu jugalah nenek moyang kau pakai masa perang Jepun tahu tak? Ada kau kesah? Hish, aku ni… masa tu dia pun tak ada lagi kat dunia ni… macam mana dia nak kesah.

Tiba-tiba matanya tertacap ke arah sebuah butik. Apa lagi… terus dia mengorak langkah ke situ. Tangannya sibuk menilik pakaian yang tergantung di situ. Terlintas satu idea di fikiran. Senyuman terlirik lebar. Ooo… nak kutuk pakaian aku ya… siaplah kau!

Misi kedua… go!

Ashraf santai di sofa menonton rancangan kegemarannya CSI di televisyen. Perhubungannya antara Nia kian baik. Sudah boleh berbual sesama sendiri. Tidak seperti sebelumnya. Ashraf sendiri pun tidak menyangka dia boleh duduk semeja dan berbual bersama Nia.

Hish, mana minah ni? Ashraf menala pandangan ke tingkat atas. Dia dah tidur ke? Tak kan kot… awal lagi ni. Ashraf menukar rancangan lain setelah habis rancangan kegemarannya ditayang. Bosan la pulak layan tv sorang-sorang ni. Baik aku naik tidur lagi bagus. Ashraf menekan punat off remote control.

“Ashraf, kenapa awak tutup tv tu… saya nak tengoklah!” Nia menghampiri Ashraf yang berada di sofa.

Sebaik sahaja Ashraf menoleh ke arah Nia… Makk Aaiihhh!!! Kejadah!!! Baju apa yang dipakai ni??? hampir sahaja Ashraf melompat tinggi dari sofa. Terkejut bukan kepalang melihat perubahan drastik Nia.

Nia yang melihat kelakuan Ashraf seperti terkejut biawak itu tersenyum gembira. Baru kau tahu Ashraf… kampung girl ke tak kampung girl nyer aku ni… muahhahahaa!!! Sukanya aku!!! Nia terus merampas remote control yang berada di tangan Ashraf. Dengan selambanya dia duduk disebelah Ashraf menonton tv.

Amboi minah ni… tak takut ke aku kat sebelah ni? karang sekali aku terkam kau baru tahu. Dah la pakai baju macam gini. Seksi maut! Meremang bulu roma aku.

“Nia, go back to your room. Change your cloth right now!” Arah Ashraf.

Nia buat tak tahu. Masih lagi tidak berganjak menonton tv.

Haih, ingat aku cakap dengan tunggul ke? Minah ni…

“Nia!” bergema suara Ashraf.

“Apa?”

“Pergi tukar pakaian kau sekarang!”

“O.k apa yang saya pakai sekarang ni…”

“O.k kata kau? Hilang akal apa?”

“Awak jugak yang kata pakaian saya kuno la… ketinggalan zaman la…jadi saya pergi la beli pakaian baru. Cina kat butik tu cakap ni la trend zaman sekarang. Sesuai dengan saya pula tu. Apa… tak cantik ke saya pakai macam ni awak?” Nia buat gaya ala-ala model menayang pakaiannya di hadapan Ashraf.

Ashraf mengetap gigi geram. Minah ni betul-betul mencabar kesabaran aku.

“Nia, change your cloth now!” Arah Ashraf geram.

“Apa? Tak fahamlah Ashraf.” Nia sudah menjarakkan tubuh dari Ashraf.

“Tukar baju kau sekarang! Kalau tak…”

“Kalau tak apa?” Bersiap sedia melarikan diri.

Ashraf dengan pantas mengejar Nia yang terlebih dahulu melarikan diri.

“Jangan harap awak dapat tangkap saya. Saya ni jagoan lumba lari pecut sekolah tau! Uwekkk!!!” Dijelir lidah kepada Ashraf yang masih mahu mengejarnya.

“Jaga kau!”

Seperti kanak-kanak bermain aci kejar lagaknya mereka berdua. Betul-betul keriangan. Walaupun kaki Nia sudah penat untuk berlari, Ashraf masih tetap mahu mengejarnya. Tiba-tiba… Alamak, habislah aku! Tapak kaki Nia terseradung hujung permaidani. Ashraf yang mengejar dari belakang tidak sempat membrek. Kedua-duanya kini jatuh tergolek di atas permaidani yang serba indah itu.

Nia kini terperangkap. Ashraf berada di atas tubuhnya. Hanya selang beberapa inci sahaja kedua-dua mereka. Seram sejuk dia dengan keadaan begitu. ashraf turut sama terpempan. Entah mengapa hatinya memujuk supaya tidak mengalihkan pandangan dari wajah yang cantik manis di hadapannya sekarang. Secara automatik jemari Ashraf mengalihkan rambut Nia yang menutupi wajah. Perlahan-perlahan dia mengusap pipi Nia. Nia telan liur. Wajah Ashraf kini semakin mendekati wajahnya. Semakin lama semakin dekat. Dekat lagi. Lagi dan lagi. Makkk… tolong Niaaa!!!

“Ok…o.k… Saya tukar!” cepat-cepat Nia bersuara. Kalau tidak, sah-sah bibirnya akan menjadi mangsa kegilaan Ashraf.

Ashraf kembali ke alam realiti. Terus sahaja melepaskan Nia. What have I done? With this girl? Oh, no! I’m gonna crazy now!

Sebaik sahaja terlepas dari genggaman Ashraf, Nia berlari menuju ke tingkat atas. Pintu bilik ditutup. Nia bersandar di pintu. Apa yang berlaku tadi? Giler! Memang giler!

‘Nia, aku balik lewat malam ni. Ada urusan. Jangan tunggu aku. Kunci pintu rumah elok-elok. O.k!

Nia sudah tahu apakah urusan Ashraf itu. Sememangnya dia maklum benar. Bukannya aku tak tahu kau pergi mana Ashraf. Cuma aku tak nak ambil pusing hal kau. Tapi kali ni aku tak boleh biarkan kau terus terjerumus ke tempat yang tak ada faedah tu. Aku harus berbuat sesuatu…

Misi ke tiga… Nia sshi, aja’ aja’ hwaiting!

Bunyi muzik yang begitu kuat dengan lampu yang berputar mengikut rentak irama muzik yang diperdengarkan menggamatkan suasana pengunjung yang mengunjungi kelab itu. Ashraf dan rakan-rakan hanya duduk dan memerhati gerak tari pengunjung yang menari. Sambil itu mereka menikmati minuman ringan yang dijual di situ.

“Hei, Ashraf… kau punya bini tak marah ke kau pergi sini? Nanti mengamuk pula dia tahunya kau kat sini.” Tanya Farhan.

“Apa dia nak kisah. Aku punya badan. Suka hati akulah nak buat apa pun.”

“Kesian kat bini kau duduk rumah sorang-sorang. Nasib malang betul dia dapat laki macam kau ni ish…ish…”

“Biar dia rasa. Siapa suruh terima pinangan mama aku dulu…”

“Eh, ada awek barulah malam ni… Fulamak… sweet giler!” Azizi mula meng`usha’ gadis yang dimaksudkan.

“Ha’ah lah… memang sweet.” Azim setuju dengan pendapat Azizi.

“Mana? Mana?” Farhan mula tertarik mahu melihat gadis yang diperkatakan oleh mereka berdua.

“Tu… yang tengah duduk baju warna hijau daun.” Beritahu Azizi.

“Alamak, dia senyum kat kita la…” Azim mula perasan.

Ashraf malas ambil pusing. Dia tidak mahu lagi ambil kisah pasal perempuan. Dia hanya rindukan bekas tunangnya. Bagaimana keadaan Rhea agaknya sekarang? Masih adakah cintanya di hati Rhea. Ashraf meneguk minumannya.

“Kenapa aku rasa macam kenal je awek tu? Eh, tu bukan ke… Ashraf bini kau la!” Farhan terjerit kecil. Benar-benar terkejut dengan kehadiran Nia di situ.

Tersedak Ashraf dengan kata-kata Farhan. Nasib baik tak tersembur air yang diminumnya ke muka Farhan. Dengan pantas dia mengalih perhatian ke arah gadis tersebut.

Hah, Nia!!! Apa dia buat kat sini??? Kau betul-betul drive me crazy la Nia!

Nia melambaikan tangan ke arah mereka berempat. Kakinya mengorak langkah menghampiri empat sekawan itu.

“Hi, guys! Boleh saya join sekaki?” Nia mengenyitkan mata. Sengaja menaikkan kemarahan Ashraf.

“Nia, jom balik!”

“Apalah awak ni… saya baru datang dah ajak balik. Tak best la macam ni… saya nak juga rasa keseronokkan masuk ke tempat macam ni.”

“Laa… ni bini kau ke Ashraf? Hmm… boleh tahan.” Azim memuji Nia.

Nia membalas dengan senyuman. Semakin membara Ashraf melihat perlakuan Nia yang sememangnya mahu mencabar dirinya.

“Jom balik!”

“Tak nak. Baru datang tak kan nak balik. Saya nak lepak sini puas-puas dulu baru balik.”

“Betul tu Ashraf. Dia baru je datang kau dah ajak balik apa kes? Biarlah dia lepak sini puas-puas dulu.” Farhan setuju dengan Nia.

“Balik!” kali ini keras ungkapan Ashraf membuatkan Nia tersentak. Rakan-rakannya hanya mendiamkan diri. Tahu Ashraf sedang marah. Dengan pantas tangan Nia dicengkam kuat. Nia ditarik keluar dari kelab tersebut.

“Ashraf, apa ni? lepaslah!” jerit Nia. Pergelangan tangannya dirasakan begitu sakit dengan cengkaman kuat Ashraf.

Ashraf tidak memperdulikan jeritan Nia mahupun rontaan Nia. Perbuatan Nia sudah melampaui batas. Dia harus mengajar Nia.

“Lepaslah Ashraf, sakitlah!” Nada suara Nia mula bertukar. Dia hampir menangis menahan kesakitan yang dialaminya.

Mendengarkan nada suara Nia yang berubah, Ashraf mula kendur. Dia melepaskan cengkamannya. Namun wajahnya sengaja diseriuskan untuk menakutkan Nia.

“Kenapa kau ke sini Nia?”

“Saja… nak berhibur. Kat kampung tak ada tempat macam ni… tengok macam seronok jer tempat ni. Saya pun teringin nak masuk. Jadi hari ni saya pergilah. Tak sangka pula jumpa awak kat sini. Awak buat apa kat sini? Oh… awak pun sama ya nak berseronok macam saya juga.” Nia sengih di hadapan Ashraf.

Ashraf menarik nafas. Dirasakan dirinya seperti diperbodohkan. Gadis kampung yang tak tahu apa-apa sudah mempermainkannya. Sungguh mencabar kewibawaannya.

“Nia, kau tak boleh masuk tempat-tempat macam tu…”

“Apasal pula? Awak boleh, kenapa pula saya tak boleh?”

“Ini bukan tempat kau, Nia… lagipun kau isteri orang!”

“Kalau saya isteri orang, awak tu siapa? Bukan suami orang juga ke?”

Terdiam Ashraf dengan bidasan Nia. Dia mati akal untuk menjawabnya kembali. Bosan menunggu jawapan dari Ashraf, Nia kembali menyusun langkah menuju ke kelab.

“Nia, nak pergi mana tu?”

“Nak masuk la…” tunjuk Nia ke arah kelab.

“Kan aku dah kata tak boleh!”

“Sebab?”

“Tak ada sebab. Sememangnya kau tak boleh masuk!”

“Tak kira… nak masuk juga.”

Belum sempat Nia mencapai pemegang pintu, terasa dirinya tiba-tiba terapung di awang-awangan.

“Ashraf, turunkan saya!!!” Nia meronta-ronta supaya dirinya dilepaskan.

Ashraf tidak peduli dengan permintaan Nia. Dia terus mengendong Nia hingga ke kereta. Sekali tengok aksi ini seperti di dalam filem-filem melayu dahulu kala menculik anak gadis sambil mengendongnya di atas bahu. Beberapa orang yang menjadi penonton di situ hairan melihat kelakuan mereka berdua.

“Don’t worry! She’s my wife…” sengih Ashraf kepada mereka.

Sebaik sahaja tubuh Nia berjaya diboloskan ke dalam kereta, Ashraf memandu pergi menuju ke suatu destinasi.

“Masih marah lagi?”

Diam.

“Maaf.” Ashraf menghulurkan aiskrim connetto perissa vanilla kepada Nia. Tahu isterinya itu meminati aiskrim. Dengan harapan dapat memujuk Nia.

Nia memandang Ashraf. Wajahnya dikelatkan. Marah betul dia dengan perbuatan Ashraf sebentar tadi. Malu dia tidak terkira.

Hah, aiskrim connetto! Favourite aku tu… tapi masa bila pula dia pergi beli aiskrim tu? Hmm… idea nak memujuk akulah tu. Macam mana ni? nak ambil ke tak nak? Otak Nia ligat berfikir. Ah, orang dah hulur… ambil jelah. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari hehehe…

Nia menyambut huluran Ashraf. Ashraf senyum. Akhirnya Nia berjaya dipujuk. Mereka berdua duduk dipingiran bukit. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Agak nyaman dirasakan. Nia dan Ashraf sibuk menikmati aiskrim masing-masing. Pandangan dihalakan ke hadapan. Agak menarik pemandangan di situ apabila malam menjelma. Lampu neon yang memancar mewarnai pemandangan Bandar Kuala Lumpur. Cukup cantik.

“Ashraf…”

“Hmm…”

“Awak suka ya pergi tempat macam tu?”

Ashraf diam.

“Selalu ke awak pergi sana?”

“Jarang. Kalau member-member ajak baru aku pergi. Itu pun tengok juga kalau aku busy aku tak pergi.”

“Kalau saya pergi?”

“Nia, kan aku dah cakap kau tak boleh pergi!”

“Tapi kenapa?”

“Aku kata tak boleh pergi… tak boleh pergilah! Faham?”

“Faham.” Nia mengangguk.

Sepi.

“Kalau saya tak boleh pergi, awak pun tak boeh pergi!” tenang Nia berkata.

Bulat mata Ashraf merenung Nia.

“O.k, o.k Deal. Kau tak boleh pergi, aku pun tak boleh pergi. Puas hati!”

Nia tersenyum senang. Misinya sudah berjaya.

“Tapi kan Nia… kau ni kelakarlah!” Ashraf ketawa melihat Nia.

“Apasal awak ketawa? Ada apa-apa yang pelik dengan saya ke?” sungguh pelik Nia dengan kelakuan Ashraf. Tiba-tiba saja ketawa. Dia berpakaian pelik ke hari ni? tak rasanya. Hari-hari aku pakai macam ni kalau keluar.

“Memang pelik pun. Mana ada orang pakai tudung masuk clubbing. Tak pernah dibuat orang! Hahaha!!!” Ketawa Ashraf semakin kuat.

Nia memasamkan muka. Pasal aku pakai tudung pun nak heran ke? Suka hati akulah!

“Oh… tak ada ke? Kalau orang lain tak buat… biar saya buat. Baru catat sejarah seorang perempuan kampung masuk clubbing pakai tudung. Tak gitu En. Ashraf?”

“Dah la Nia… sakit perut aku ketawa tak henti-henti ni. karang tak boleh bawa kereta pula.”

Mereka berdua terdiam. Masing-masing menikmati angin malam.

“Aku minta maaf…” Tutur Ashraf tiba-tiba. Nia menala pandangan ke arah Ashraf.

“Tak sepatutnya aku jejakkan kaki ke tempat macam tu lagi. Sebagai seorang islam, tempat-tempat yang boleh mendatangkan maksiat dan tipu daya syaitan seharusnya aku elak. Lagi pula aku ni berstatuskan suami orang. Tapi aku pergi juga ikut kata nafsu. Aku minta maaf Nia. Aku janji mulai hari ni aku tak kan lagi jejakkan kaki ke sana. Aku janji!”

Terharu Nia mendengar ucapan Ashraf. Dia mengangguk. Dengan anggukan itu Ashraf mengerti bahawa dirinya sudah dimaafkan. Ashraf tersenyum senang.

“Thank’s Nia. You’re the best!” Ashraf mengusap pipi Nia yang dilitupi tudung.

Nia senyum. Spontan kepalanya dilentokkan di bahu Ashraf. Ashraf merangkul bahu Nia.

“Cantik tak tempat ni?”

“Hmm… cantik! Mana awak tahu ada tempat yang macam ni cantik waktu malam?”

“Adalah…”

Mereka terus menikmati pemandangan malam bandaraya Kuala Lumpur bersama kerlipan neon yang menyuluh seisi bangunan-bangunan yang tersergam indah.

Nia sudah lama bersiap. Cuma menunggu kedatangan Ashraf untuk mengambilnya pergi ke majlis makan malam syarikat kepunyaan mertuanya di Grand hotel international, jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Sekejap-sekejap dia pandang jam di dinding, sekejap-sekejap dia memandang ke luar rumah.

Ish, mana Ashraf ni? dah lama aku siap. Karang cair pula mekap aku ni tunggu kat rumah. Dia tak sampai-sampai lagi. Mata ni pula asyik nak terkatup jer. Tidur sekejap best jugak ni…eh, tak boleh! Tak boleh! Buat penat aku je dah bersiap lawa-lawa aku pergi tidur. Sah-sah rosak segala imej kejelitaan aku malam ni nanti. Jelita ke aku? Huhuhu…

Telefon bimbit Nia tiba-tiba berdering. Nia cepat-cepat menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum Ashraf, bila nak ambil saya ni?”

“Waalaikum salam… Nia, aku rasa tak sempatlah nak ambil kau. Aku ada kerja sikit nak dihabiskan hari ni juga. Esok tak sempat lagi dah. Aku telefon Pak Badar tolong hantar kau ye. Aku on the way terus ke sana nanti.”

“Tak apalah kalau macam tu… tapi tak payahlah awak nak susahkan Pak Badar datang ambil saya. Saya boleh pergi sendiri naik teksi.”

“Kalau macam tu… kita jumpa di hotel nanti. Jangan lambat tau!”

“Baiklah.”

“O.k, bye.”

Panggilan dimatikan.

Ashraf kelihatan resah. Nia masih lagi tidak muncul di dalam ballroom hotel. Mahu menelefon, talian asyik tidak dapat saja. Dia ni tutup handphone ke? Asyik voice mail je yang jawab. Majlis dah lama start. Batang hidung dia pun tak nampak. Ah, lantak kau la Nia. Baik aku layan tetamu-tetamu daripada tunggu kau.

Sepasang kaki melangkah masuk ke ballroom yang telah dipenuhi jemputan ramai. Langkah diatur rapi dan kemas. Dengan bergaya berjalan melalui jemputan yang hadir. Betul-betul mencuri perhatian hadirin yang hadir. Ashraf yang melihat terpegun dengan kehadiran seseorang di situ. Langkah kian menghampiri Ashraf. Tersenyum indah lalu menyalami Ashraf. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Ashraf.

“Maaf, saya terlambat. Jalan kat K.L macam semut. Telefon saya pulak tak makan lagi sebab tu dia meragam. Saya terlupa nak beri dia makan. Maaf sesangat ya awak…” Nia cuba memujuk.

Dengan tiba-tiba tangan Nia disambar. Ashraf mengeleng sambil tersenyum.

“It’s ok my dear. Janji sayang sampai dengan selamat. Dah cukup melegakan hati ni.”

Nia pelik. Apa dah jadi dengan dia ni? semacam jer…owh, mungkin nak cover line punya pasal. Never mind.

“Mana papa dan mama?”

“Nia!” Datin Khadijah menjerit kecil saat dia menghampiri Nia.

“Mama…” Nia cepat-cepat menyalami dan memeluk Datin Khadijah. Mereka berdua tersenyum gembira.

“Nia, baru sampai?”

“Eh, Papa! Maaf papa Nia lewat. Jalan sesak tadi…nak buat macam mana?” Terus menyalami Datuk Khalid.

“Wah, Nia hari ni betul-betul elegant lah… kalah mama tau!” Puji Datin Khadijah.

“Mana ada mama… biasa-biasa je…”

“Alah, dua-dua sama je. Sama-sama elegant. Betul tak Ashraf?” Datuk Khalid menepuk bahu anak lelakinya.

Ashraf mengangguk sambil tersenyum. Dia betul-betul tidak menyangka yang berdiri di hadapannya kini adalah Nia Nur Raudhah, isterinya. Pesona Nia menyerlah pada malam ini. Busana berwarna hijau biru yang dipakainya walaupun tampak simple telah berjaya menarik perhatian Ashraf. Bola mata Ashraf tidak lepas memandang ke arah Nia walau pun Nia sudah berada jauh mengikut Datin Khadijah memperkenalkan rakan-rakannya.

Nia… siapa kau sebenarnya? Betulkah kau seorang gadis kampung? Bagi aku kau adalah seorang gadis yang istimewa. Aku tak pernah jumpa seorang gadis seistimewa kau. Mungkin ini adalah anugerah Allah sw.t kepadaku. Maka aku harus menjaga dengan sebaik mungkin. Aku tak akan lepaskan kau Nia… kerana… hatiku sudah jatuh sayang kepada kau…

Ashraf… walaupun kau seorang yang sombong pada mulanya tetapi setelah lama aku mengenali kau baru aku tahu kau seorang yang baik, penyayang, dan bertanggungjawab. Kalau kau tersenyum wajah kau cute sangat… aku suka melihatnya. Tapi… mungkinkah kita akan bersama selamanya?...

Sedang Nia memerhatikan Ashraf, seorang gadis mendatangi Ashraf lalu dengan bersahaja dia memeluk lengan Ashraf. Mesra sekali senyumannya. Tersentap Nia melihat adegan itu. Hampir luruh jantungnya. Siapa gadis itu sebenarnya? Adakah dia kekasih hati Ashraf? Beberapa tapak diundur kebelakang. Tanpa mahu melihat adegan itu lagi, Nia terus menuju ke bahagian hidangan mengambil segelas air. Air diteguk.

“Finally… found you at here!”

Mendengarkan suara asing itu membuatkan Nia tersedak. Dia terbatuk-batuk kecil. Lelaki yang menegurnya sebentar tadi menghulurkan tisu kepadanya.

“William… you!”

“Yes, I am. Glad to meet you.” William begitu gembira dapat berjumpa semula dengan Nia. Sudah lama dia mencari Nia. Baru sekarang ditemui.

Ashraf mencari-cari susuk tubuh Nia. Namun tidak kelihatan. Di mana dia ni? akhirnya Ashraf menemui Nia di bahagian agak tersorok dari pandangan orang ramai. Langkahnya tiba-tiba mati sebaik sahaja terpandangkan seorang pemuda bersama Nia di situ.

Nia bersama William? Anak kepada CEO syarikat ZEO Corperation yang baru bertapak di Malaysia. Syarikat induknya kini gah bertapak di Dublin. Pengeluar terbesar kenderaan berjentera berat hampir di seluruh negara. Apakah perhubungan antara mereka berdua? Adakah mereka…

Ashraf kembali menala pandangan ke arah mereka berdua. William kini mengenggam jemari Nia. Aishh… ini sudah lebih ni. Berani mamat tu main genggam genggam jari bini aku! Memang nak kena! Belum sempat Ashraf mengatur langkah, dia dikejutkan dengan adegan yang tidak dijangka… Nia menampar pipi William? Kemudian berlalu begitu sahaja… bagus Nia! Kau dah buat yang terbaik! Tak sia-sia mama aku pilih kau… Ashraf menghampiri William.

“Well bro… just find the new one. Bunga bukan sekuntum…”

“But that one just I like. Not another else.”

“ Why she? so special to you Hmm?”

“Yeah… she is my girl before… and I still love her till now…”

Terkelu Ashraf dengan kata-kata yang dilontarkan William. Nia adalah GF William sebelum mereka berkahwin… oh, God!

“Er… excuse me, Ashraf…”

Ashraf hanya menggangguk. Setelah lama berdiam diri barulah dia teringatkan Nia. Terus sahaja dia mencari di mana Nia berada.

“Nia… di mana kau? Nia… kat mana aku nak cari kau ni?” berpusing-pusing Ashraf mencari Nia di merata tempat. Akhirnya jumpa juga. Nia sedang berdiri di beranda luar hotel. Bahunya terhinjut-hinjut. Mungkin sedang menahan tangis. Ashraf menghampiri Nia. Lalu dipegang bahu Nia dari belakang.

“Nia… kau…” belum sempat Ashraf menghabiskan kata-kata, Nia dengan pantas menyembamkan wajah ke dada Ashraf. Pelukkan dieratkan. Dia menangis semahu-mahunya. Ashraf kaget pada mulanya dengan keadaan itu cuba menenangkan Nia. Perlahan-lahan dia membalas pelukan Nia sambil menggosok-gosok belakang Nia.

“Dah la tu Nia… aku ada di sini. Jom kita masuk. Kat luar ni sejuk. Nanti kau sakit siapa yang susah? Aku juga…”

“Tak nak masuk… saya nak balik. Ashraf, jom la balik…” Nia merengek kecil.

“Kita makan dulu la baru balik… kau tak makan lagi kan?”

“Tak nak makan… tak ada selera. Saya nak balik… jom la balik awak…”

“O.k, o.k aku telefon papa dulu beritahu kita balik.” Ashraf mendail nombor telefon bimbit papanya.

Ashraf memandu tenang menuju ke rumah mereka di Damansara. Dia memandang sekilas ke arah Nia di sisi kirinya. Kelihatan Nia sedang melontarkan pandangan ke luar tingkap kereta melihat panorama malam. Mulutnya seperti terkunci sedari tadi.

Apa agaknya yang sedang Nia fikirkan sekarang ni... Ah, laparlah pula perut ni. Depan sana ada Mc.D. Macam tau-tau je aku tengah kebulur sekarang ni… singgah dululah! Ashraf memakirkan kereta di tempat yang disediakan. Enjin dimatikan.

“Nia, jom turun dulu. Makan… laparlah!”

Nia hanya menurut. Mereka terus masuk ke dalam restoran Mc.D.

“Kau nak makan apa Nia? Order cepat.”

“Prosperity set satu, kentang goreng yang besar punya 2, ayam 3 ketul ermm… air coke gelas besar ye! ” Nia sengih. Terbeliak mata Ashraf mendengarnya.

Setelah mendapat pesanan mereka beredar ke meja makan.

“Biar betul? Kau nak makan semua ni Nia? Selera besar ni!”

“Ha’ah…” Nia mengangguk. Tidak menghiraukan Ashraf langsung setelah mendapat makanannya. Makanan dijamahnya dengan selera sekali.

“Tadi kata tak ada selera?”

“Itu tadi…” Nia sibuk mengunyah burger prosperity.

“Oh, sekarang ni dah ada seleralah ye?”

“Yup!”

Nia…Nia…. Ashraf tersenyum melihat gelagat Nia. Senang melihat Nia kembali ceria. Terhibur hatinya.

“Nia, makan tu elok-eloklah sikit kalau ya pun lapar. Tengok tu, kan dah comot!” Ashraf mengesat ibu jarinya di tepi bibir Nia yang sudah comot terkena sos cili. Dia kemudian menjilatnya.

Kenapa ya sos cili ni rasa sedap semacam? Lain dari yang lain…

Nia tergamam sebentar dengan tindakan Ashraf itu. Terasa bahang di pipinya.

“Ashraf, kenapa awak buat macam tu? Malulah saya…”

Ashraf buat tidak peduli saja. Dia terus menghabiskan makanannya.

Eh, dia ni…boleh buat bodoh macam tu je. Ni mesti nak kenakan aku la tu… tapi, aku suka!

Kereta yang dipandu Ashraf memasuki perkarangan rumah. Enjin dimatikan. Ashraf merenung ke sisi kirinya. Kelihatan Nia sedang nyeyak tidur tanpa sebarang gangguan. Tidak sedar mereka sudah tiba di rumah. Ashraf tersenyum melihatnya.

“Nia, bangun Nia… kita dah sampai ni.”

“Hmm…” Hanya itu sahaja jawapan yang diberikan oleh Nia. Tiada tanda-tanda dia akan sedar. Betul-betul keletihan.

Ashraf tahu apa yang harus dibuat. Dia keluar dari kereta. Pintu kereta ditutup. Beralih pula ke tempat duduk Nia. Pintu kereta dibuka. Nia diangkatnya lalu dikendong sehingga ke bilik gadis itu. Dia membaringkan Nia di atas katil. Tudung Nia ditanggalkan lalu disangkut di penyidai. Dia kembali melangkah mendapatkan Nia. Selimut ditarik sehingga ke paras dada Nia. Wajah Nia ditenung lama.

Lena sungguh dia tidur. Comel pula dia waktu macam ni… mungkin dia sudah menghadapi saat-saat ketegangan membuatkan dia jadi begini. Tidurlah Nia… tidurlah sayangku… agar kau bisa melupakan segalanya dan esok kau boleh kembali ceria seperti sediakala. Ashraf merapatkan wajahnya ke wajah Nia. Dahi Nia dikucup lembut. Dia kemudian melangkah keluar dari bilik Nia.

Nia mengeliat di atas katil sebaik sahaja tersedar dari tidur. Dia melihat jam di dinding. Sudah pukul 6:17 minit pagi. Dia perlu bangun dan membersihkan diri untuk menunaikan ibadah wajib iaitu rukun islam kedua bagi seorang islam.

Eh, bukan ke semalam aku tertidur masa perjalanan pulang ke sini? Bila pula aku masuk ke dalam bilik ni? Nia berfikir sejenak. Entah-entah… dia tak? Oh tidakkk!!! Tak mungkinnn!!! Malunya akuuuu……. Pipi Nia sudah mula kena blusher.

Ting tong!!! Ting tong!!! Kedengaran bunyi loceng rumah dipetik beberapa kali.

“Sekejap!” Nia melangkah laju menghampiri pintu utama.

Ting tong!!! Ting tong!!!

“Sekejaplah… ishhh,,,tak sabar-sabar pula orang ni. Siapalah agaknya si sengal ni yang tak reti-reti nak bersabar sekejap.”

Pintu dibuka. Nia menjengah keluar melihat gerangan siapakah si sengal yang telah memetik loceng rumah bagaikan nak roboh dibuatnya.

Seorang perempuan. Eh, macam aku kenal je perempuan ni! Siapa ek? Nia mengingati semula di manakah dia pernah berjumpa dengan perempuan tersebut. Kalau tak silap aku perempuan nilah… Perempuan tak guna! Berani-berani kau datang ke sini ya! Apa yang dia nak sebenarnya ni? Nia menekan butang kawalan. Pintu pagar rumah terbuka. Perempuan itu melangkah masuk.

“Ya cik. Cik ni nak cari siapa?”

“Awak isteri Ashraf kan?”

“Ya saya.”

“Saya nak berbincang sikit dengan awak.”

“Er…boleh…boleh. Silakan masuk.”

“Cik duduk sebentar ya. Saya nak ke dapur buatkan air sekejap.” Nia terus berlalu ke dapur.

Apa yang dia ni nak bincang dengan aku ni? Ada masalah besar ke? Perlu ke aku telefon Ashraf beritahu kedatangan dia di sini? Baik jangan. Aku nak tahu apa yang nak dibincangkan dengan aku sebentar nanti.

Sebaik saja siap membancuh air dan menyediakan beberapa keping biskut, Nia membawa dulang ke meja makan.

“Er, cik… jemputlah minum.” Nia menuangkan air oren ke dalam gelas minuman.

“Cantik rumah ni…”

“Ashraf yang beli. Saya cuma tumpang duduk je.”

“Sepatutnya rumah ni hak milik kami. Rumah impian kami berdua… tapi sayang…”

“Maksud cik?” Nia ingin tahu maksud tersirat itu.

Perempuan itu tersenyum. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan. Nia semakin sangsi dengan reaksi perempuan di hadapannya ini.

“Awak ingin tahu? Baiklah saya akan ceritakan perkara yang sebenarnya…”

Perkara sebenar? Perlu ke aku tahu?

“Saya Rhea Hazwin, bekas tunang Ashraf…”

Terkedu Nia mendengar ungkapan Rhea. Sungguh dia tidak tahu Ashraf pernah bertunang sebelum mereka berkahwin. Patutlah dia selalu nampak Ashraf termenung seorang diri pada awal perkahwinan mereka. Rupa-rupanya gadis ini yang dimenungkan… tapi sekarang Ashraf dah berubah. Dia dah boleh senyum dan ketawa. Nampak keceriaan di wajahnya. Adakah disebabkan kemunculan perempuan ini maka Ashraf berubah? Mungkin betul…

“Sebab apa awak berpisah dengan dia?”

“Ini semua salah saya. Saya tinggalkan dia untuk mengejar cita-cita saya. Sedangkan masa tu kami akan berkahwin tak lama lagi. Saya dah rosakkan segala-galanya. Saya ingat Ashraf akan tunggu kepulangan saya. Saya begitu yakin yang dia akan tunggu saya sebab saya tahu Ashraf sangat cintakan saya. Rupanya tidak. kepulangan saya telah disambut dengan berita perkahwinan Ashraf. Saya betul-betul menyesal. Kalaulah saya tidak terima tawaran itu dahulu…” Rhea sudah mula menitiskan air mata.

“Cik Rhea… semua ni kehendak Allah. Dia dah tentukan segala-galanya. Kita sebagai hambanya kena redha dan banyakkan bersabar. Mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya.”

Haih, pandai la aku ni nak beri nasihat kat orang. Tak sedar diri yang diri sendiri pun tak makan nasihat. Huhuhu…

“Tapi saya masih cintakan Ashraf. Kalau boleh saya nak dia jadi hak milik saya!” Rhea sudah tersedu-sedan.

Amboi, suka hati sendiri nak ambil laki orang. Tak Nampak ke bini dia ada kat depan ni? ingat aku ni boneka ke apa?

“Tolonglah saya Nia… saya tahu awak tak cintakan Ashraf. Perkahwinan awak dengan Ashraf diatur oleh pihak keluarga masing-masing. Saya yakin Ashraf masih cintakan saya. Saya harap awak dapat lepaskan Ashraf… biarkan cinta kami bersatu kembali…” Rhea sungguh-sungguh merayu.

Nia merebahkan badan di atas katil. Keluhan berat dilepaskan. Fikirannya terimbas kembali kepada ungkapan Rhea.

“Saya harap awak dapat lepaskan Ashraf…”

Lepaskan Ashraf? Tinggalkan dia? Oh, god… what should I do? Berikanlah petunjukmu ya Allah… semoga aku bisa memilih jalan yang betul.

Nia teringatkan sesuatu. Dia mengambil sesuatu dari laci meja. Kotak dibuka. Sebentuk keronsang bertatahkan permata berwarna biru muda berkilauan mengenai mata Nia. Senyuman terlakar di wajahnya. Diambil gambar yang terselit di bawah keronsang tersebut. Gambar mereka berdua diabadikan sebagai kenangan ketika mereka bersiar-siar di KLCC. Nia membalikkan gambar tersebut. ‘ Friendship Forever’ itulah yang tertulis di belakang gambar itu. Nia tidak dapat menahan sebaknya. Setitis air mata jatuh di atas gambar yang dipegangnya.

Hanya kawan… Ya. Aku dengan Ashraf hanya kawan. Tidak lebih dari itu. Rhea adalah cinta hatinya. Aku harus kembalikan Ashraf kepada yang berhak. Ashraf, semoga kau bahagia bersama orang yang kau sayang. Aku akan doakan kebahagiaan kau walaupun kita terpisah jauh. Aku juga akan rindukan kau. Missed our moment together…

Nia mengambil telefon bimbitnya dan menaip mesej.

‘Wir, tolong carikan kerja untuk aku! Aku nak kerja balik kat Dublin!’

Mesej dihantar. Selang beberapa minit telefon bimbitnya berbunyi nyaring.

Misi ke empat… dan mungkin juga misi yang terakhir… hurmm…

Ganbatte Nia Kun! Huk…huk…huk…L

Pintu kereta dibuka. Ashraf keluar dari perut kereta. Dia menyeluk saku seluarnya lalu dikeluarkan sesuatu. Kotak kecil berbaldu biru lantas dibukanya. Sebentuk cincin bertatahkan tiga butir berlian tersemat indah di dalam kotak tersebut. Senyuman terukir di bibir.

“Hari ni aku nak confess depan dia. Harap dia terimalah!” Kotak kecil itu kembali dikatup Ashraf. Dia masuk ke dalam rumah.

“Assalamualaikum…Nia!”

“Eh, Awak dah balik.” Nia sibuk menguruskan hidangan di atas meja. Dia kembali bergegas ke dapur.

“Wah, banyaknya kau masak Nia. Sedap-sedap pula tu! Tak rugi aku kahwin dengan kau. You’re the best!”

“Terima kasih dekat mama awak sebab dia awak dapat kahwin dengan saya. Tapi saya pula rasa kena dera dengan awak. Tak aci betul!”

“Siannya dia… tak apa. Nanti aku belikan hadiah yang special khas untuk Nia ku sayang… O.k? “

“O.k.”

“Macam tu la… nak rasa sikit boleh?” cepat saja tangan Ashraf mencapai makanan yang tersedia dihidang. Sepantas itu juga telapak tangan Ashraf ditampar oleh Nia.

“Ish, Awak ni… perangai macam budak-budak. Pergilah mandi bersihkan diri tu dulu. Maghrib masanya pendek. Lepas maghrib nanti awak turun sini ok. Pakai yang smart je tau! Sebab saya suka lelaki smart. Kalau selekeh pandang sebelah mata pun saya tak hingin.”

“Baiklah tuan puteri… jumpa dalam setengah jam nanti O.k!” Ashraf mengenyitkan mata. Dia kemudian bergegas menaiki tangga menuju ke biliknya.

Nia mengeleng kepala melihat kelakuan Ashraf. Bibirnya mengukir senyuman tetapi cuma sebentar. Akan adakah perjumpaan selepas semuanya ini buat kita? Biarlah tuhan yang menentukan segalanya.

Ashraf sudah bersiap sedia menunggu Nia di sofa ruang tamu. Dia mengenakan suit yang dipakai ketika ke majlis-majlis tertentu sahaja. Tidak sabar-sabar dia menanti kedatangan Nia. Matanya sekejap-sekejap beralih ke tingkat atas mahu memastikan Nia sudah bersiap sedia untuk turun ke bawah.

Ah, dahaga pula tekak ni. ke dapur dululah…

Setelah menghilangkan dahaga, Ashraf kembali ke ruang tamu. Ketika itulah Nia muncul mengejutkan Ashraf. Tidak berkelip Ashraf memandangnya. Nia melemparkan senyuman. Bergetar jantung Ashraf sebaik sahaja menerima senyuman Nia. Bagaikan terkena panahan arjuna. Nia betul-betul telah menawan hatinya. Dengan mengenakan gaun labuh ala-ala princess, wajahnya pula di make-up secara natural, rambut disanggul kemas mengikut trend terkini menjadikan dirinya persis seorang puteri.

“Nia… you look so… damn hot! I’m speechless…”

“Thank’s Ashraf. You too. You look gorgeous tonight.”

“What? You can speak English. You fooled me!”

“Definitely yes!” senyuman kemenangan.

Ashraf menjegilkan mata. Geram juga dia dengan Nia. Selalu sahaja mengenakannya. Tapi dengan itulah mengapa dia boleh tertarik kepada Nia.

“Shall we?”

“Yes, my lady.” Ashraf menghulurkan tangan. Nia menyambutnya. Mereka berlalu ke meja makan.

Pada malam itu mereka menikmati makan malam yang begitu romantik di rumah mereka sendiri. Tiada kata-kata yang terkeluar ketika mereka di meja makan. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Ashraf apa kau buat ni? cepatlah confess. Kalau tak bila lagi masanya. Jangan Nia sudah terlepas dari tangan kau baru nak menyesal sudah… Nia tu menarik. Ramai jejaka di luar sana yang masih mengintai kalau diberi peluang.

“Er… Nia, kita menari?” Tiba-tiba sahaja Ashraf membuat usulan sebaik sahaja mereka habis menikmati makan malam.

Alamak, apa aku buat ni? menari? Lain aku nak cakap lain pula yang keluar. Dia nilah punya pasal. Cantik sangat la pula malam ni… sampai tersasul aku.

“Emm… o.k.”

Huh? Dia kata o.k? boleh ke dia?

Ashraf memainkan lagu yang berirama romantik. Dia berlalu mendapatkan Nia. Jemari Nia dicapai. Mereka mula menari. Mereka sama-sama hanyut dengan perasaan masing-masing. Cinderella story time…

Nia, sedarlah dari khayalan kau Nia… sedarlah!

Nia dengan tiba-tiba menolak tubuh Ashraf menjauhi dirinya. Ashraf terkesima. Tidak tahu mengapa Nia menjauhinya.

“Kenapa Nia?”

“Tak sepatutnya kita begini Ashraf…” Nia terus duduk di sofa.

“Apa salahnya? Nia tak suka ya?” Ashraf mendapatkan Nia.

“Bukan macam tu… tapi…” Nia serba salah. Susah dia untuk mengatur kata.

“Tapi apa? Nia… kita kan…”

“Ashraf, kita berpisah? Lepaskan saya…”

Terkedu Ashraf mendengar perkataan keramat itu. Tidak disangka Nia akan mengutarakannya. Apa yang harus diperkatakan?

“Ashraf, lepaskanlah saya. Saya tahu awak tak cintakan saya. Antara kita hanya sekadar kawan. Di hati awak sudah bertahta nama orang yang awak cinta dan nama tu bukannya nama saya. Mengapa awak masih mahu simpan saya lagi? Lepaskanlah saya Ashraf… berikan saya kehidupan yang pasti. Saya tak mampu lagi untuk terus bertahan menghadapi semua ni… kerana saya… sudah mula menyintai awak…” air mata yang dari tadi dapat ditahan sudah mula mengalir keluar. Nia tunduk. Dia pasrah dengan apa yang akan diperkatakan oleh Ashraf sebentar lagi.

Ashraf mengangkat dagu Nia. Dia menatap wajah Nia sepuas mungkin.

“No… I don’t want let you go!”

“Tapi kena…”

Belum habis kata-kata Nia terkeluar bibirnya telah dikucup oleh Ashraf.

“Cause I love you!”

Cinta, kurniaan paling indah. Begitu menusuk kalbu menikam sukma. Kerana cinta, manusia sanggup berbuat apa saja. Sanggup berkorban dan dikorbankan! Uniknya cinta apabila dua jiwa yang dulu pernah kaku membeku kini mencair dan menjadi satu.

Pertemuan dan perpisahan itu kerja tuhan. Dia yang menentukan segalanya walau seberapa hebat diri merancang. Namun jika sudah tertulis takdirnya, tiada siapa yang mampu melawan…

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!