Suasana di kelas 5 sains 1 agak tegang. Kertas jawapan subjek biologi akan dikembalikan kepada pelajar-pelajar. Seorang demi seorang keluar apabila nama dipanggil oleh guru yang mengajar mata pelajaran itu.
“Dewi Rania!”
Dewi keluar ke hadapan mengambil kertas jawapannya. Izhar memandangnya. Perempuan ni kelakar betul. Gaya dia pun nak tergelak aku tengok. Dengan ikatan dandan di sebelah kanan dan kiri. Jalan tunduk ke bawah. Nampak ke orang di hadapan dia? silap haribulan boleh langgar tiang. Kih!kih!kih! muka dia pun penuh dengan jerawat. Patutlah pun tunduk sentiasa. Agaknya segan dengan orang ramai. Dah lah tu gemuk pula. Bagi aku dia ni tak gemuk mana cuma badannya sedikit berisi. Agaknya siapalah yang nak kan dia? Kalau aku sorry beb! Tak hingin aku. Kalau macam si Aleyssa tu ok juga. Badan pun slim ala-ala model. Cantik dan bergaya. Izhar memandang Aleyssa. Aleyssa senyum apabila melihat Izhar memandangnya. Izhar membalas kembali senyuman kepada Aleyssa. Izhar tahu yang Aleyssa sudah lama menaruh hati kepadanya tetapi Izhar hanya menganggapnya sekadar kawan sahaja. Tiada lebih dari itu. Perjalanan masih jauh harus ditempuh.
“Izhar Muhaimin!”
Izhar tersentak dari lamunan lalu terus bangun menuju ke hadapan.
“Keputusan awak tidak begitu memuaskan. Saya harap awak akan memperbaikinya. SPM semakin hamper. Awak boleh tengok jawapan Dewi Rania. Jawapannya begitu bagus dan padat dengan isi-isi yang bernas.”
“Terima kasih cikgu.” Izhar kembali ke tempat duduknya. Dia melihat markah yang diperoleh.
Hah, aku cuma dapat markah cukup makan je! Ni tak boleh jadi ni. Aku kena berbuat sesuatu. Kalau tak, jatuh prestasi aku sebagai pengawas sekolah. Papa mesti naik angin dengan aku punya. Oh, tidak! Aku tak mahu itu berlaku!!! Siapa boleh tolong aku ni? Aleyssa? Dia ni bukannya nak menolong aku. Lagi nak merosakkan aku ada lah. Dewi…budak tu? Tak nak aku tapi… nak buat macam mana? Hanya dia saja yang boleh bantu aku buat masa ni. Nak tak nak terpaksalah terima.
Kring!!! Loceng menandakan berakhirnya waktu persekolahan berbunyi. Para pelajar bangun dan mengucapkan terima kasih kepada guru mereka. Kelas mula bersurai.
“Izhar, jom jalan sama Elys.” Aleyssa menghampiri meja Izhar.
“Tak apalah, Elys balik dulu… Izhar nak buat ulangkaji sikit.” Izhar mengerling ke arah meja Dewi. Dilihatnya Dewi sedang tekun mengulangkaji.
“Kalau macam tu, Elys jalan dulu ye!”
Izhar mengangguk dan menghadiahkan sebuah senyuman. Aleyssa beredar dari situ.
Inilah masanya Izhar. Dah tiada siapa lagi di sini kecuali kau dan dia. Izhar bangun dari kerusi melangkah terus menuju ke meja Dewi. Dewi masih lagi tekun membuat ulangkaji. Tidak sedar akan kewujudan Izhar di hadapannya.
“Hmm…hmm…”
Dewi mengangkat muka. Dilihatnya Izhar sedang berdiri sambil merenung dirinya. Apahal dengan mamat sekor ni? Selalunya tak sibuk mengacau aku. Hari ni mimpi apa dia tiba-tiba tercegat di hadapan aku ni? Buang tabiat agaknya. Kacau daun betul!
“Boleh aku duduk di sini?”
Hei dia ni minta permission pulak dengan aku nak duduk di sini. Suka hati kau lah nak duduk di mana. Bukannya aku kenakan bayaran kat kau pun! Dewi mengangguk lalu meneruskan kembali kerjanya. Izhar mengambil tempat duduk di hadapan meja Dewi.
“Mmm… boleh aku pinjam kertas jawapan biologi kau tadi?”
La, nak pinjam kertas jawapan aku rupanya. Ingatkan apa tadi. Buat gelabah aku ajelah. Dewi mengeluarkan kertas jawapan dari helaian buku teks biologi.
“Nah.” Dewi menghulurkan kertas jawapannya kepada Izhar. Izhar menyambutnya.
Izhar melihat markah yang tertera di muka hadapan kertas tersebut. Mak aih! 96 peratus. Banyak tu! Kalah aku. Patutlah cikgu asyik puji dia. Memang brilliant girl dia ni. Izhar membuka helaian demi helaian. Betul kata cikgu. Jawapannya memang padat dan bernas. Aku harus belajar daripada dia. Ya, dia harus menjadi guru aku!
“Awak nak pinjam pun tak apa saya bagi.”
“Oh, ye ke? Terima kasih… tapi bukan ini yang aku mahu sebenarnya…”
Dewi tiba-tiba berhenti daripada bacaannya lalu cuba menentang renungan Izhar.
Wow, berani dia tenung aku macam tu!
“Habis tu apa yang awak mahu sebenarnya? Jangan ganggu saya boleh tak? Saya tak ada masa nak layan perkara yang mengarut. Buang masa saya aje.”
“Hei, siapa yang mengarut ni? Aku cuma nak minta tolong kau ajar aku itu aje.” Izhar geram. Perempuan ni sombong sangat kenapa? Nasib baik kau pandai kalau tak jangan harap aku nak minta pertolongan dari kau.
“Ajar awak? Banyak cantik muka awak. Awak belajar la sendiri. Tak pun awak suruh je buah hati awak tu si Aleyssa ajarkan awak.”
Eh, perempuan ni memang la muka aku ni tak cantik tapi handsome. Kalau tak macam mana kebanyakan awek kat sekolah ni boleh tersangkut dengan aku.
“Pardon… Aleyssa tu bukannya awek aku. Aku just kawan je dengan dia. Alah Dewi bolehlah ye kau ajar aku. Lagi pun aku ni bukannya sesiapa dengan kau. Kawan kau juga kan?”
Hei, tolong sikit. Sejak bila kau jadi kawan aku? Tegur pun nak tak nak dengan aku selama ni. Tak hairanlah kalau kau tak jadi kawan aku pun. Aku ada dunia aku sendiri.
“Tak boleh. Saya tak nak!”
“Alah, bolehlah Dewi.”
“Tak boleh. Titik!”
Alamak, macam mana ni? Dewi tak nak tolong aku. Mati aku! Kena buat sesuatu ni. Izhar tanpa berlengah lagi terus memegang kaki Dewi sambil melutut di Hadapan Dewi.
“Dewi, tolonglah aku. Aku janji lepas kau ajar aku, aku tak kan ganggu kau lagi. Kalau kau suruh aku bayar pun aku sanggup. Janji kau jadi cikgu sementara aku. Tolonglah kawanmu yang lemah ini. Aku bermohon kepadamu.” Izhar menggoncang-goncang ke dua-dua belah kaki Dewi. Ceh, bukan senang aku nak berlakon macam ni. Bantai jelah janji dia percaya.
“Izhar, apa yang awak buat ni? Eh, lepaslah… janganlah macam ni…hei, bangunlah.”
“Tak boleh. Selagi kau tak setuju selagi tu aku tak bangun…”
“O.k, o.k saya setuju ajar awak.”
“Janji?”
“Ye,saya janji!”
Izhar tersengih. Yes, menjadi juga gimik aku! Cayalah!
“Esok lepas kelas akhir kita belajar sama ye!”
“Yelah.”
“Jangan lupa!”
“Ingat!”
“O.klah dah lambat ni, aku balik dulu. Bye sayang! See you tomorrow!” Izhar tersenyum riang. Dia berlalu dari situ.
Dewi menghela nafas. Dia terduduk kembali.
Sebulan telah berlalu pergi. Hubungan antara Izhar Muhaimin dan Dewi Rania berjalan lancar. Mereka sentiasa diperhatikan mengulangkaji bersama. Prestasi Izhar juga kian meningkat. Dia mudah faham apa yang telah diajar oleh Dewi kepadanya. Dewi pula tiada masalah untukmengajar Izhar yang cepat menangkap apa yang diajar olehnya. Mereka menjadi rapat. Banyak perihal Dewi yang diketahui oleh Izhar. Dia seorang yang baik, pemalu, tidak suka marah-marah. Paling tidak disangka oleh Izhar, Dewi seorang yang petah bercakap. Tidak kira topik apa yang dibincangkan pastinya Dewi akan petah berbual.
Loceng akhir waktu pembelajaran sudah lama berbunyi. Izhar menghampiri meja Dewi.
“Dewi, hari ni aku nak bawa kau ke satu tempat yang bagus. Di sana kita boleh belajar dengan tenang. Nak tak?”
“Emm… boleh juga tu. O.k saya kemas dulu barang saya.” Dewi terus mengemas barangnya memasukkannya ke dalam beg sekolah.
“Dah siap?”
“Dah.”
“O.k jom.”
“Wow…best juga ye tempat ni. Sejuk mata memandang.”
“Jom kita duduk di tepi tasik tu. Di situ ada beberapa batang pokok besar. Kita landing kat bawah tu nak tak?’
Dewi mengangguk tanda setuju. Mereka menghampiri sebatang pokok dan melabuhkan punggung di situ.
Bestnya menikmati pemandangan menarik dan duduk berduaan macam ni ibarat sepasang kekasih pula. Tapi aku dan dia mana sesuai. Umpama beauty and the beast. Tak akan dia boleh tertarik dengan aku. Alangkah bagus kalau suatu hari nanti aku boleh berubah dari menjadi beast kepada beauty. Tentu dia tak tolak punya. Ah, jangan berangan jauh Dewi nanti diri sendiri yang merana. Lebih baik berada di alam realiti.
“Nah, ambil satu.” Izhar menghulurkan aiskrim cornetto berperisa coklat kepada Dewi.
“Untuk saya?”
“Ha,ah… kenapa? Tak suka ke perisa tu? Kalau tak suka boleh tukar dengan aku punya.”
“Suka. Suka. Tapi kenapa bagi saya?”
“Saja… Belanja. Salah ke?”
“Tak. Actually, thank’s for this ice cream.” Dewi mmbuka pembalut aiskrim dan terus menjilat asikrim tersebut.
“Lain kali kalau kita datang sini lagi boleh bawa pancing ye!”
“Bawa pancing nak buat apa?”
“La… nak pancing ikan la saying oii! Nak buat apa lagi. Tak kan nak pancing orang kot?”
“Loyar buruk ye awak ni. Nah, ambil ni!” Dewi dengan pantas melumurkan aiskrim ke muka Izhar.
“Apa ni! Tak aci la macam ni!” Izhar mengejar Dewi yang terlebih dahulu melarikan diri.
Mereka seperti anak-anak kecil yang bekejar-kejaran bermain sesama sendiri. Keriangan terpancar di wajah mereka berdua.
“O.k, o.k mengalah!” Dewi mengangkat tangan tanda kalah. Senyuman masih lagi terukir di bibir.
Izhar yang sedang melihatnya tersenyum senang. Pandai juga ye dia ni bergurau. Ah, senyuman itu… bias membuatkan aku tak tidur lena. Cantik. Adakah aku sudah jatuh cinta?
“Kesian dia. Mari sini saya bersihkan muka awak tu.” Dewi mengeluarkan tisu dari poket baju kurungnya. Dia menghampiri Izhar dan mengelap muka Izhar dengan tisu di tangannya. Saatitu Izhar mengambil peluang utnuk menatap wajah Dewi dengan lebih dekat lagi. Mata bertentang mata. Tiada kata-kata yang terungkap. Hanya perasaan bermain-main di hati.
“O.k<>
Izhar masih lagi memandang wajah Dewi. Dia seakan akan berkhayal. Dewi yang perasankan kelakuan Izhar berasa malu. Dia menundukkan wajahnya.
“Awak, dah siap.” Dewi menguatkan suaranya.
Oh, terima kasih.” Izhar tersedar dari khayalannya.
“Dah petang sekarang ni saya kena balik.”
“O.k.”
Dewi mengatur langkah menuju ke kelas. Dengan tiba-tiba tangannya ditarik oleh seseorang menuju ke arah tandas.
“Hei, lepaslah!” jerit Dewi kuat.
“O.k” Aleyssa melepaskan tangan Dewi.
“Kau Aleyssa. Kau sebenarnya nak apa dari aku?”
“Aku nak kau lepaskan Izhar! Kembalikan dia pada aku!”
“Kalau kau nak dia, kau ambil saja la. Kenapa nak beritahu aku?”
“Hei, Dewi dengar sini! Kau jangan nak berlagak dengan aku. Kau cermin sikit muka kau tu. Kau tak layak nak berdampingan dengan Izhar. Dah lah gemuk. Muka pula banyak jerawat. Hodoh pula tu. Jangan perasanlah Izhar nak dengan kau. Dia hanya mempergunakan kau saja untuk kepentingannya. Aku ni yang lebih layak mendampingi dia tahu tak!” Aleyssa separuh menjerit. Dewi sudah menakung air mata.
“Bohong! Semua tu bohong! Aku tak percaya. Dia ada cakap dengan aku yang kau bukan awek dia.”
“Kalau kau tak percaya lihatlah nanti. Aku akan buktikan pada kau yang Izhar hanya sukakan aku bukannya perempuan seperti kau!”
Dewi diam. Perasaannya berkecamuk. Hatinya hancur. Dia terus beredar dari situ. Air mata berlinangan. Mengenangkan nasib diri yang malang. Aleyssa tersenyum kemenangan.
Dewi…Dewi…Sememangnya kau perempuan yang malang. Hanya menyimpan angan-angan di dalam mimpi. Izhar tu tak layak buat kau. Kau hanya layak untuk pengemis di jalanan sahaja. Kau nak buktinya kan? O.k aku akan buktikan pada kau yang Izhar hak aku. Izhar sukakan aku. Tunggulah…!!!
Seperti biasa Dewi dan Izhar akan mengulangkaji pelajaran selepas tamat sesi persekolahan.
“Alamak, aku lupalah nak pulangkan buku laporan.” Izhar melihat jam di pergelangan tangan.
“Nak dekat pukul tiga ni. Aku pulang dululah ye Dewi. Petang nanti aku ada permainan bola sepak dekat kawasan rumah aku.” Izhar mula mengemas buku-bukunya.
“Hai, dah nak dekat periksa pun masih ada hati nak main lagi?”
“Biasalah… untuk kesihatan juga.” Izhar tersengih. Dewi hanya geleng kepala.
“Buku ni saya nak pinjam dulu boleh?”
“O.k… aku pergi dulu.” Izhar tergesa-gesa keluar.
Izhar melangkah masuk ke dalam bilik pengawas. Dia membuka beg dan mengambil buku laporan pengawas lalu diletakkan di atas meja. Dilihatnya di atas meja itu berselerakkan.
“Hish, siapa punya kerjalah ni yang buat sepah kat sini! Menyusahkan orang je nak betul balik!” Izhar mula sibuk mengemas. Dengan tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Izhar terkejut. Aleyssa terus meluru mendapatkannya. Dia menangis teresak-esak di dada Izhar. Izhar kaget. Tidak tahu hujung pangkal. Dia cuba juga memujuk Aleyssa.
“Siap pun akhirnya!” Dewi tersenyum riang. Dia mula mengemas peralatannya. Kemudian berjalan keluar dari kelas. Dia melewati bilik pengawas. Tiba-tiba dia behenti melangkah.
“Aku tahulah tapi nama dia siapa?” “Macam dengar suara Izhar je kat dalam tu. Ah, baik aku pulangkan buku notanya. Lagipun aku dah habis buat tadi. “ Dewi berpatah kebali ke bilik pengawas. Tanpa mengetuk dahulu dia terus membuka pintu dan masuk ke dalam. Alangkah terperanjatnya dia, dilihatnya Izhar dan Aleyssa sedang duduk berdua-duaan sambil Aleyssa melentokkan kepala ke dada Izhar. Hancur berkecai hatinya menyaksikan drama yang dimainkan oleh mereka berdua.
“Dewi…” Izhar terpana. Lidah kelu untuk berkata-kata.
Dewi menggagahkan diri menghampiri Izhar. Berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Di dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Dia menyerahkan buku nota kepada Izhar. Izhar menyambutnya perlahan.
“Terima kasih.” Dewi cepat-cepat mengatur langkah keluar dari situ.
“Dewi, tunggu dulu! Semua ni salah faham je!” Izhar mengejar Dewi tetapi Dewi hilang entah ke mana. Izhar mengeluh kesal.
Aleyssa tersenyum megah. Segala-galanya telah berjalan lancar. Padan dengan muka kau Dewi! Berlagak sangat! Kau nak bukti? Inilah buktinya. Sekarang Izhar hak aku. Kau tak layak untuknya. Ha!Ha!Ha!
Empat tahun kemudian…
Izhar menghempaskan diri di atas katil. Fikirannya celaru memikirkan sesuatu. Peristiwa tengahari tadi menerjah kembali ke dalam benaknya. Di cafe seorang gadis yang begitu cantik bersama rakan-rakannya sedang menikmati makanan sambil berbual-bual diselangi gelak ketawa telah menarik perhatian Izhar.
Benarkah itu dia? Wajahnya, bibirnya, malah senyumannya tidak ubah seperti dia. Aku tidak pernah melupakannya. Tapi gadis itu… Ah, tak mungkin itu dia! Gadis itu begitu kontras dengannya. Seorang yang berkeyakinan dan ada gaya tersendiri. Wajahnya bersih tanpa kelihatan jerawat walaupun sebutir. Rambut dibiarkan lepas terbuai-buai ditiup angin. Sungguh ayu. Izhar mengeluarkan gambar kecil di dalam dompetnya. Gambar kenangan antara dia dan Dewi Rania. Ditatap gambar itu sepuas hatinya. Tidak disedari rakan sebiliknya sudah berada di dalam bilik memerhati tingkah lakunya.
“Fulamak, mamat sorang ni petang-petang hari boleh landing kat katil sambil menatap gambar yang tersayang. Pencinta wanita habis ni! Aku memang pencinta wanita yang lembut seperti dia…!” Fairuz menyanyi riang sambil memetik gitar kesayangan. Sengaja dia mengusik Izhar.
“Mana ada. Kau ni pandai-pandai je. Ni gambar kawan akulah.”
“Ye ke? Aku tengok kau tenung gambar tu sampai boleh tembus dibuatnya. Itu pun nak sangkal lagi ke? Bagi aku tengok gambar tu.”
“Tak percaya sangat. Nah, tengok!” Izhar menghulurkan gambar kepada Fairuz.
“Gambar perempuan dengan kau. Siapa dia?”
“Kan aku dah kata tadi kawan aku!”
“Dewi…”
Fairuz melihat gambar itu dengan lebih teliti.
“Aku rasa macam pernah lihat tapi di mana ye?”
Izhar merampas kembali gambar itu.
“Kau jangan nak buat lawak lah Yuz. Dia dah hilang entah ke mana.”
“Oh, gitu ke? Ni tengah frust la ni… Kau tak payah nak frust nonggeng lagi. Lepas maghrib nanti kau ikut aku join kelab seni dan kebudayaan. Boleh release tension kau tu.”
“Best ke?”
“Aku bukan apa, fasal ada sorang awek cun ni. Dia naib pengerusi di kelab tu. Aku minat habislah kat dia. Dia tu banyak peminat. Setakat tengok dari jaug jela aku.”
“Ooo… jadi sebab tu kau nak join kelab tu. Hantu punya kawan.”
“Dah la aku pergi mandi dulu.”
Mereka berdua sudah berada di dalam dewan serbaguna menunggu ketibaan pelajar-pelajar yang lain.
“Mana awek cun yang kau cakapkan tu?”
“Sabarlah, dia belum datang lagi.” Fairuz menjengah ke seluruh kawasan dewan. Matanya melias mencari seseorang.
“Ha, tu pun dia dah datang! Fulamak, cantiknya dia malam ni! Oh, Rania bidadariku…”
Izhar memandang ke arah pelajar yag dimaksudkan oleh Fairuz. Ini gadis yang aku jumpa masa di cafe tadi. Cantik sungguh dia malam ni. Patutlah mamat sorang ni sanggup datang. Wajahnya persis seperti dia. Adakah itu dia? Jikalau benar…
“Assalamualaikum dan selamat malam semua. Saya meminta maaf bagi pihak pengerusi kerana tidak dapat hadir malam ni memandangkan dirinya tidak sihat. Pada malam ni saya akan menggantikannya selaku pengerusi majlis.”
Semua pelajar diam dan mendengar percakapan gadis itu.
“O.k, sebelum itu saya rasa baik saya kenalkan diri saya kepada awak semua. Mungkin ada yang masih tidak mengenali saya dan mungkin masih baru untuk kelab ni. Nama saya Dewi Rania bt…”
Dup! jantung Izhar berdetak. Namanya Dewi. Betulkah namanya Dewi? Atau aku salah dengar. Izhar memerhati raut wajah Dewi. Memang tak tumpah seperti Dewi. Tak mungkin itu Dewi. Mungkin pelanduk dua serupa dan kebetulan mempunyai nama yang sama.
“Baiklah, mana-mana pelajar yang baru join kelab ni sila isi borang ni dan kembalikan kepada saya sebelum pulang ok?” Dewi tersenyum manis.
Perbincangan sedang dijalankan. Selaku naib pengerusi, Dewi memberi yang terbaik untuk kelabnya. Setiap apa yang diusulkan Dewi terima dan memberikan idea-idea yang bernas. Izhar terpegun. Akhirnya perbincangan selesai.
Izhar pergi mendapatkan Dewi yag berada di hadapan bersama-sama pelajar lain yang menyerahkan borang mereka. Di dada Izhar bergetar hebat. Izhar menghampiri Dewi. Dewi sedang tunduk menulis sesuatu.
“Betulkah awak Dewi yang suatu waktu saya kenal dahulu?” Dewi mengangkat wajahnya. Dahinya berkerut.
“Saya kenal awak ke”
“Saya Izhar Muhaimin…”
Dewi menentang wajah Izhar. Dia terpana.
“Izhar…”
“Dah berbagai-bagai cara aku guna untuk merapatkan kembali perhubungan aku dengan dia Yuz. Tapi satu pun tak menjadi. Dia tetap macam tu. Masih dingin dengan aku. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Kau tolong aku Yuz. Aku tertekan ni!” Izhar menyandarkan badannya ke dinding sambil duduk mencangkung di atas katil. Fairuz sedang memetik gitarnya kesayangannya.
“Susah juga ye masalah kau ni. Aku pun tak tahulah macam mana nak kata. Tak sangka awek tu rupanya awek kau yang dalam gambar tu. Susah aku nak percaya. Beginilah, senang kau cari je awek lain habis cerita.”
“Kau ni ingat senang aku nak jatuh cinta semula. Bukan macam pilih ikan kat paar tu. Kalau macam tu tak payah susah-susah aku baut semua ni.”
“O.klah, o.klah… aku dendangkan kau sebuah lagu ye. Bagi kau relax sikit. Lagu ni famous tau sekarang ni. Kau dengar ye…” Fairuz mula memetik gitar.
“Dewi aku mohon beri kesempatan tuk bisa menebus dosa ku kepadamu… maafkanlah aku yang menyakitimu… aku tidak pernah menyangka bisa begini…”
“Got the idea!” Izhar memetik jari.
“Apa dia?”
Dewi melangkah masuk ke dalam dewan serbaguna.
“Kenapa gelap je dewan ni? Dia orang tak datang lagi ke? Bukan ke aku dah suruh si Lin tampalkan advertisement. Hei, si Lin ni memang tak boleh diharap. Nak aku juga buat!” Dewi geleng kepala.
Tiba-tiba lampu sport light dinyalakan di hadapan pentas. Satu dihalakan kea rah Dewi. Muzik dimulakan. Beberapa orang pelajar bermain alat muzik. Kelihatan Izhar berdiri di atas pentas sedang memegan mikrofon.
Dewi aku mohon beri kesempatan
Tuk bias menempuh dosaku kepadamu
Maafkanlah aku yang menyakitimu
Aku tidak pernah menyangka bisa begini…
Oh, Dewi
Dengarkanlah…
Dewi,
Kaulah hidupku
Aku cinta padamu sampai mati
Dewi…
Belahlah dadaku
Agar kau tahu
Agar kau mengerti
Ooo…ooo…ooo…
Semua terjadi begitu saja
Tak ada seirus atara dia dan aku
Tidak ada cinta dan tak ada hati
Hanya kerna aku lelaki dan dia wanita…
Oh, Dewi
Dengarkanlah…
Dewi,
Kaulah hidupku
Aku cinta padamu sampai mati…
Dewi,
Belahlah dadaku
Agar kau tahu
Agar kau mengerti
Ooo…ooo…ooo…
Izhar turun dari pentas menghampiri Dewi. Dia memegang sejambak mawar merah.
“Untukmu Dewi.” Izhar menghulurkan jambangan tersebut. Dewi menyambutnya.
“Terima kasih.”
“Dewi, Izhar minta maaf. Apa yang berlaku suatu waktu dulu bukanlah seperti yang disangka. Semua itu adalah rancangan Aleyssa. Izhar kesal dengan apa yag telah dilakukan olehnya.”
“Saya dah lama maafkan awak dan Aleyssa juga.”
“Kalau begitu…” Izhar melutut di hadapan Dewi.
“Sudikah kau menerima cintaku kembali?”
Dewi diam. Hanya mematungkan diri. Air mata mula bergenang. Izhar mengeluh hampa. Dia bangun semula lalu meraih jari jemari Dewi.
“Dewi, ketahuiah dikau yang aku amat mencintai dirimu. Sejak kita mula berkawan rapat dan saling bantu-membantu di dalam pelajaran. Aku telah mula jatuh cinta kepadamu. Selama empat tahun aku mencarimu. Baru sekarang aku berjumpa dengan dirimu. Aku tak akan mebiarkan dirimu pergi lagi meninggalkan diriku. Aku teramat merinduimu. Aku cinta padamu Dewi.” Izhar mengucup jemari Dewi dengan penuh syahdu.
Dewi memejamkan matanya. Terasa air hangat jatuh di pipi gebunya. Dia menarik jemarina perlahan dari genggaman Izhar.
“Semuanya sudah terlambat. Maafkan saya Izhar… maafkan saya.” Dewi mengatur langkah meninggalkan Izhar. Izhar menerimanya dengan redha.
Kau hipokrit Dewi…hipokrit! Kau sebenarnya masih cintakannya. Bukankah dia juga telah menyatakan bahawa dia juga menyintai kau. Sejak kamu berdua disatukan. Bukannya dirimu sekarang baru dia jatuh cinta kepada kau. Lagipun bukankah kau berubah kerana dia juga? Untuk standing dengan Aleyssa kau nekad untuk berubah. Sekarang kau sudah berjaya. Apa lagi kau nak? Izhar juga sudah memilih kau. Cuma menunggu diri kau untuk merialisasikannya. Bertindaklah sekarang Dewi. Bertindaklah… terimalah lamarannya.
Dewi dengan tiba-tiba mematikan langkah. Dia memusingkan tubuhnya lalu berlari mendapatkan Izhar. Air mata berlinangan di pipi. Izhar mengucapkan syukur di dalam hati. Kedengaran bunyi sorakan dan bertepuk tangan bergema di dalam dewan. Lampu dipasangkan semula. Pelajar-pelajar berkerumun mendapatkan Izhar dan Dewi.
“Tahniah Izhar.” Safwan selaku pengerusi kelab menepuk bahu Izhar. Dia menjeling ke arah Dewi.
Dewi tersenyum malu-malu.
“Oh, jadi pengerusi pun sama berkomplot dalam rancangan ni ye?” Dewi mengusik Safwan.
“Saya Cuma mahu menolong anak buah saya saja. Tak gitu Izhar?” Izhar mengangkat kening.
“Hei kawan, bagus betul kau acting tadi ye! Macam filem Hindustan la pulak.” Fairuz muncul dari belakang. Izhar tersenyum simpul.
“Sebelum tu kita ada lagi satu surprise untuk Dewi.” Lin pula menyampuk.
“Apa dia?” Tanya Dewi.
Sekumpulan pelajar membawa kek hari lahir untuk Dewi. Alamak, aku lupa yang hari ni birthday aku! Apa-apa pun thank’s to you all. Dewi tersenyum riang.
“Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to you Dewi! Happy birthday to you!!!!”
Dewi meniup api lilin.
“Happy birthday sayang…” Izhar berbisik ditelinga Dewi.
No comments:
Post a Comment